Cinta Ku Bertepuk Sebelah Tangan…

Cinta…

Cinta itu fitrah manusia… Ingin dicinta dan mencintai… Ingin dibelai dan membelai… Ingin rasa indah dan rasa macam ada dalam syurga…

Manusia ini, sering saja dijentik oleh perasan indah yang bernama cinta…

Ah! Indahnya musim bunga-bunga cinta… Seolah-olah berada dalam syurga… Habis semua lagu cinta terasa meresap je dalam jiwa… Rasa semuanya serba indah… Hatta orang bagi hempedu pahit pon, masih ditelan dengan rasa penuh bahagia!

Nah! Indahkan rasa cinta tu?

Cinta akan buat orang jadi hanyut, jadi leka… Jadi serba tak keruan… Jadi sasau dan jadi buta…

Dan cinta bisa membuat orang rebah tersungkur di pintu asmara…

Tapi, bagaimanakah rasanya kalau cinta itu langsung tak berbalas?

cinta bertepuk sebelah tangan

Mengintai si sang pujaan hati dari jauh… Melalui mukabuku… Tak lupa menyelit namanya dalam doa… Pinta dia jadi buah hati pengarang jantung selamanya…

Tapi…

Masih, kau hanya mampu cinta dia dari jauh… Rindu dia dalam tidur… Mabuk kepayang dalam sedar, mimpi terigau-igau dalam lena…

Dan, masih… Cinta kau bertepuk sebelah tangan cuma…

Dia tak kunjung tiba… Tak meluah rasa, malah tak terungkap kata walau sedetik walau sejenak…

Dan kau masih mencintai dia…

Nah! Bukankah kuasa cinta itu buat kau lupa? Buat kau leka, dan buat kau alpa?

Cuba letak ia dalam situasi berbeza pula…

Allah itu cintakan kau… Tapi, cintaNya yang Maha Agung, Maha Suci dan tiada cacat cela itu, tidak kau sambut setulusnya…

Allah memanggil kau 5 kali sehari untuk sujud padaNya… Mendamba cintaNya setulus hati kau… Jadi hambaNya yang serba serbi mencinta hanya Dia…

Tapi, kau buat lupa… Kau buat leka… Kau buat alpa…

“Ah! Masih berbaki waktu barang sepicing dua!”

“Ah! Masih punya banyak kerja!”

“Ah! Nanti-nanti saja… Allah itu Maha Tahu akan kesibukanku!”

Nah! Kau bagi alasan pelbagai ragam dan norma…

Kau hadapkan dunia lebih dari kau dambakan syurga…

Tak rasa yang Allah itu sedang menunggu cinta kau dengan setia?

Tak rasa ke, seolah-olah hanya Allah saja yang sayang kau… Tapi, kau tidak?

Sama macam kisah orang bercinta bertepuk sebelah tangan?

Cuma dalam kes ni ia terbalik sikit…. Kau yang jual mahal… Sedangkan Allah tu ada je untuk kau bila-bila kau nak…

Yelah, macam bercinta laaa kan…

Kena uji serba sikit… Sebab Allah nak bagi kita selalu ingat dekat dia…

Dia uji dengan sakit, diuji dengan tak dapat naik pangkat, diuji dengan rasa tak puas hati, diuji itu ini… Sehingga timbul perasaan keluh kesah, timbul rasa putus asa…

Tapi, kita tanpa segan silu, menangis menadah tangan malam-malam hari… Minta Allah… Masa tu rasa manisnya bercinta dengan Allah…

Tapi, takkan masa tu je nak ingat Allah?

Takkan masa dah senang… Allah bagi rezeki anak, rezeki harta, rezeki naik pangkat, rezeki itu ini… Takkan masa tu hanya cakap…

“Alhamdulillah… Ok, laaa ni.. usaha aku tak sia-sia…”

Cukup ke dengan Alhamdulillah je?

Tak rasa perlu sama-sama tingkatkan amal ibadah ke?

Sebab Allah dah bagi rezeki lebih ni…

Kau nak jodoh, dia bagi jodoh… Kau nak anak, Dia bagi anak… Kau nak naik pangkat, Dia bagi pangkat…

Cukup ke dengan sekadar Alhamdulillah…

“Cukuplah… Bukan aku terima rasuah… Bukan aku buat kerja haram… Bukan aku zina…”

Yup! Betul laaa tu, kau tak main rasuah, kau buat kerja halal, kau tak buat zina…

Tapi, takkan laaa dengan Alhamdulillah je…

Sedangkan kalau kawan kau bagi kau hadiah Iphone pon, kau rasa macam nak belanja dia makan satu tahun kan?

Inikan pulak Allah?

Tak rasa ke, Allah tengah melambai-lambai memanggil kau? Menanti kau dengan penuh rindu?

Tak rasa ke macam bercinta sebelah tangan je?

Oh, kau cinta… Memang kau cinta…

Tapi, cinta tak cukup ummmppphhh!!!

Tak cukup gula, tak cukup perasa…

Tak rasa ke macam sia-sia?

Takkan nak bercinta dengan Allah pun payah? Bukan susah pon kan?

Kau kena mantapkan tarbiyah kau… Kau kena banyakkan baca Qur’an… Kau kena banyakkan zikir… Banyakkan amal ibadat kau dari sebelum-sebelum ni…

Sebab, bukankah Dia Yang Maha Agung lagi Maha Kaya tu dah bagi secicip rezeki atas dunia ni pada kau?

Takkan dahi nak cecah sejadah di awal waktu pun payah?

Tak rasa macam kau ni menidakkan cinta Maha Agung dalam hidup kau?

Tak rasa yang kau ni hanya kejar cinta manusia, redha manusia semata…

Bila kau nak lumba lari marathon dengan laju kejar cinta Ilahi? Damba redha Ilahi setulus hati?

Lepas tu, bila ujian datang…

Kau harapkan cotton candy soothing dari Allah…

Memanglah Dia boleh bagi cotton candy comfort sepanjang masa kau bersedih berduka atas ujian kau tu…

Tapi, kau tak rasa, ujian yang dia bagi dekat kau tu… Macam cara Allah nak bagi kau gula kapas manis yang disalut dengan cili api bara keliling?

Sebab, Dia nak kau ingat Dia sentiasa…

Tapi, apa kau buat lepas kau dapat cotton candy comfort? Lepas kau Berjaya telan gula kapas manis disalut cili api bara dengan jayanya?

Kau lupa Dia kejap..

So, sampai bila nak bagi Allah ni hanya Cinta kau tanpa dibalas cinta kau padaNya pada skala maksimum?

Pernah kau fikir?

Kau jatuh tersungkur rasa cinta bertepuk sebelah tangan sangat sakit…

Kau cuba bayangkan macam mana Allah memanggil-manggil kau tiap hari supaya Cintai Dia setulus jiwa…

Kau pernah fikir?

*Nangis sedu-sedu*

375758_246287828762311_132027480188347_722811_1516978128_n

Shampoo Shaklee (Part 2)

Shampoo Prosante Shaklee

Shampoo Prosante Shaklee

Ha! Hari tu aku ada janji kan, nak update pasal shampoo Shaklee yang aku pakai tu…

Setelah hampir 3 minggu menggunakan shampoo Shaklee… Secara jujur, aku puas hati…

Rambut aku tak rasa kasar macam dulu-dulu… Tak rasa macam bulu penyapu… Nampak ok sikit…

Yup! Sebab the damaged  dah teruk sangat… So, tak boleh nak expect laaa rambut boleh jadi shiny bak rambut Rapunzel untuk 3 minggu ni kan?

Tapi, serius! Sangat best! LEmbut je.. Bangun pagi tak de laaa mengerbang macam rambut Mak Lampir kan?

Dan, paling aku suka, bau honeydew yang melekat dekat rambut…

Perghhh! Best! Tahap A laaa rambut sekarang…

Tambahan pulak dulu, sebab bertudung kan… Pergi kerja dari 830pagi sampai 5 petang… Bukak hanya pada waktu solat… Memang rasa lain…

Gatal-gatal pun dah kurang… Tak de laaa rasa nak menggaru dahsyat sebab kelumumur melampau!

Serius! Best!

Eh, bukan sebab aku dealer Shaklee, maka aku promosi kencang pasal Shampoo ni…

Tapi, sebab ia sangat menawan hati aku…

Sebab, dah banyak jenis shampoo dah aku guna… Tak mampu nak bagi result terbaik macam penggunaan Shampoo Shaklee ni..

Yang penting…

Ni semua Allah punya kuasa… Dia yang mengizinkan rambut aku jadi elok dengan penggunaan Shampoo Prosante Shaklee ini…

Dan, kita sebagai manusia, kena laaa cari alternative nak baik-pulihkan mana yang rosak tu kan… Disamping doa dan tawakal…

Serius, usaha dan pelaburan ku tak sia-sia dengan Shampoo Shaklee ni…

Alhamdulillah~

****

Shampoo Shaklee ini, tidak punya banyak buih… Tapi, ia mampu mencuci rambut anda dengan sekata dan rata…

Without excessive occurrence untuk buih ni, kita tahu yang kandungan kimia ia tidak banyak… Dan ia sangat selamat…

Kena mata pon tak de pedih mana pon..

Dan haruman honey dew itu… Buat rasa nak shampoo berkali-kali…

Tapi, cukuplah, kau shampoo rambut kau selang 2 hari… Atau seminggu 2 kali…

Shampoo dia pekat dan warna jernih… Sangat best!

So, ada yang nak ambil ini jadi testi… Atau nak jadi testi untuk diri sendiri…

Sila-sila…

Nak order pon boleh… Tak de halangan ah…

*Hehehe*

 

Perak Aman Jaya…

1381623_632467476803381_785020353_n

Perak negeri kedua termiskin di Malaysia…

*ok, ketawa kejap…*

Oh, Cik Sya tetiba rasa nak tulis pasal hal ni…

Lantak laaa kot, tetiba orang dok cakap gila politik plak kan? Tapi, this is an ugly truth yang semua orang kena tahu…

Betul…

Mengakui yang Perak ni negeri msikin… Tak payah tengok jauh, tengok diri sendiri dan jiran tetangga dah cukup…

Contoh terbaik, Manjung ni je laaaa…

Aku sebagai pekerja Vale, patut rasa bersyukur… Sebab, sekurang-kurangnya, gaji ku tidaklah sama dengan kawan-kawan lain yang bekerja dengan kadar gaji yang tak masuk dek akal…

Cuba bayangkan…

Saat harga gula, petrol, minyak masak, tepung dan segala mak bapak barang keperluan… Hatta rumah pun naik harga mencanak-canak… Takat gaji orang Manjung ni, berapa?

SPM – RM900 (ini gaji minimum yang ditetapkan kerajaan)…

Hakikat, masih ada majikan di Perak ini yang menggaji pekerja yang bertaraf SPm dengan gaji hanya RM500 – RM700…

Diploma – RM900 – RM1000

Kalau demand lelebih, memang kena bahasa… Katanya, Perak masih affordable lagi kos hidupnya!

*Hakktuiiih!*

Ijazah – RM1200 – RM1800

Itu pun, kalau dipinta, diberi alasan berjela… Tak de pengalaman… Baru grad setahun dua… Fresh grad… Tak reti buat kerja… Bla bla bla bla… Dan masih, dengan alasan yang sama… Living cost di Perak masih di takuk boleh makan dengan gaji banyak tu!

Huh! Sangat tak masuk akal!

Apa mereka ingat, orang beli beras dengan pasir?

Apa mereka ingat, kereta orang-orang Perak bergerak pakai kuasa air?

Atau mereka fikir, orang-orang Perak ni, masak lauk dengan tanah gamaknya!

Tak sedar ke atau memang sengaja melabangkan telinga, membutakan mata?

Petrol naik, effect 1 Malaysia…

Beras naik, effect 1 Malaysia…

Gula naik, effect 1 Malaysia…

Nah! Kau agung-agungkan sangat kan dengan konsep 1 Malaysia tu?

Kenapa hal-hal ekonomi ni, kau tak 1 Malaysiakan pulak?

Cessss…

Dengan harga rumah yang serba merapu… Ikut  suka dia je nak naik tanpa ada had…

Dengan gaji macam tertera di atas… Kau rasa, mampu orang nak beli rumah?

Mana ada rumah harga RM50,000? Kalau ada, mari khabarkan pada aku!

Paling rendah yang ada di pasaran pon, RM150,000… Jadi kau mahu tengok orang Perak jadi gelandangan?

Kenapa Perak jadi negari seumpama mati?

Sebab si anak muda dah tak betah nak cari rezeki di sini…

Kemudahan asas memang kurang sekali…

Bas? Huh! Paling benci dengan bas Perak Aman Jaya tu… Tak mencukupi… Tak merata-rata di sana sini…

Ada laaa 4-5 buah… boleh dibilang dengan jari.. Sangat tak effektif… Dan sangat selektif…

Jadi, pilihan apa yang anak muda Perak ini ada?

Duduk dengan mak ayah? Habiskan beras tiap bulan?

Nak hulur pada mak ayah pon terkadang ketar jari tangan dan kaki…

Kos hidup sama macam KL, macam Selangor… Tapi, masih… Gaji takat tu jugak…

Pembangunan yang tak seberapa… Dok nak sibukkan Manjung ni dengan segala macam mak datuk… Tapi, gaji had tu, had tu jugak!

Kesian tahu dekat kawan-kawan aku yang tak sempat hujung bulan dah kais-kais….

Aku faham rasa malu mereka bila dah bekerja, dah besar panjang… Masih nak mengadu ngan mak ayah tiada duit dan tak cukup modal buat nak isi minyak kereta…

Tapi, pilihan apa yang mereka ada?

Lepas tu, si balaci bodoh sombong ni…

Ada pulak dia kata, Perak diperintah PR?

Hoh! Kau belajar takat mana? Sejak bila si MB Perak tukar parti?

Katanya, kemiskinan rakyat Perak disebabkan PR yang memerintah…

Hebat laaa PR macam tu… MB Perak dari BN… Tapi, PR yang perintah Perak… Hebat! Hebat! Hebat!

*Clap! Clap! Clap!*

Ntah hape-hape… Kot ye pun tak belajar, bodoh sombong benor nak amik tahu hal politik… Jangan laa membodohkan diri tahap abadi gitu!

Huh!

Benci aku nak cakap dengan orang-orang bodoh ni… Serius!

So, MB Perak… Kau nak kata, untung laaa kau kerja Vale… Tak payah banyak bunyi dekat aku?

Sini… Aku nak cakap…

Aku kesian dekat kawan-kawan aku… Mereka kembali ke Perak dengan harapan nak jaga mak ayah.. senang, sakit pening semua depan mata…

Dah kalau gaji sendiri pon nak buat beli seluar kecik dengan baju kecik pon tak lepas… Apa hal?

Bukan tahap miskin dah… Papa kedana dah!

So, masih nak terkejut terkujat dengan kajian ni?

Nyata laaaa kau sedap-sedap je duduk atas kerusi  tu dengan makanan serba mewah… Rumah besar bertingkat-tingkat… Kereta mewah bagai… Tapi satu benda untuk rakyat sendiri pon kau tak mampu nak bagi!

Dan, kau kata kau terkejut dengan hasil kaji selidik yang aku yakin dah di edit ni?

Kau, sila turun padang! Serius! Turun padang… Tengok masalah rakyat!

Tu belum kira kes budak minum air ketum, ada penguasa pon join kenduri sekali!

Kau tahu?

Kau tahu tak?

Huh! Mesti kau tak tahu jugak!

 

Bagimu, Agamamu…

Tulisan ini aku tujukan buatmu, adikku…

Pesanku buatmu, dik…

Tolong! Tolong! Tolong!

Tolong tambahkan ilmu di dada mu… Ilmu dunia jua akhirat…

Kamu yang mulakan debat ini, seharusnya, kamu teruskan dengan hujahan ampuh dan padu.. Mana tahu dengan hujah kamu yang penuh ilmu, dia akan segera tergerak hatinya kembali pada fitrah asalnya…

Bukan biar terkapai dengan hujam Lakum Deenukum Wali Ya Deen kamu itu…

Tak cukup… Tak cukup… Tak cukup!

Aku bercakap ini dari sudut aku seorang kakak buat adiknya…

Sungguh, aku sedikit teruja dengan perubahan kamu pada awal hijrahmu…

Tapi…

Ada tapinya, dik…

Keterujaanku mati, bila kau menutup segala-galanya dengan pandangan kau yang satu…

Islam itu fleksibel sayang… Kau mulakan dengan kekerasan… Pada diri kau, pada mereka di sekeliling kau… Kau buat orang rasa terkapai-kapai nak gapai kau… Rasa terkial-kial nak duduk sama rata dengan kau…

Jangan terlalu keras, dik… Terutamanya pada dirimu sendiri…

Kau patut mulakan mendalami Islam itu dari bawah… Jangan kau katakan pada dirimu, bahawa kau sudah kenal Islam sejak kecil…

Aku tahu kau pergi merantau menuntut ilmu ke pondok-pondok… Tak salah… Yang jadi serba keliru dan celaru adalah, bila kau ambil ilmu yang tinggi-tinggi yang tak setaraf dengan kefahamanmu terhadap Islammu…

Kerana itu, kau mati hujah… Hanya bergantung harap pada artikel yang kau petik…

Seharusnya, kalau kau punya asas dan dasar yang kukuh, isu kalimah Allah ini tidak memberi sedikit impak pun kepadamu… Mahupun masyarakat lainnya…

Dan, sekiranya, Islam mu ampuh… Kau mampu berhujah dengan panjang lebar… Bukan membiarkan rakan mu itu terus-terusan mengasak… Dan, tidaklah juga kau dengan kalah mengatakan…

“Bagimu agamamu, Dan bagiku agama ku…”

Dik, hujah itu… Disokong ayat baginda Rasul s.a.w yang Allah abadikan dalam kalam mulia itu… Bukan sewenang-wenangnya untuk kau guna bila kematian hujah yang tak seberapa itu…

Kalimah itu, digunakan bilamana, si lawan bicaramu… Sudah tahu tentang Islam… Sudah tahu selok belok Islam… Tapi, dia masih mendakwa-dakwi yang bukan-bukan… Masih, dia menyatakan yang tidak-tidak… Masih, dia mahu menang dengan kepercayaannya… Walhal, sudah dibentang depan mata segala fakta yang kukuh yang menunjukkan betapa hujahnya kalah dengan pukulan TKO!

Dan, bilamana kau berbicara dengan si dangkal bodoh sombong yang tak mahu mengkaji hanya sekadar berlandas emosi… Bilamana, kau ajak dia berbicara secara ilmi, dia hanya peluk tubuh sendiri…

Nah!

Saat itu, bila kau yakin dia golongan seperti ini… Baru kau gunakan kalam agung itu..

“Bagimu agamamu, Dan bagiku, agamaku!”

Kerana apa?

Kerana kau sudah suluhkan cahaya… Dan dia tahu itu cahaya… Cuma, dia malu untuk mengakui… Bodoh sombong… Ego yang tiada tepi…

Kerana itu, dik…

Belajar… Belajarlah sedikit-sedikit… Yang asas… Ilmu duniawi mu juga harus diperkukuhkan… Supaya bila ditembak, dibidas sebegini rupa… Kau mampu membawa ilmu dunia dan akhirat merentas masa… Seimbang secara skala… Dan biar hujahmu penuh ilmu dan juga mampu mencelikkan mata hati yang buta…

Kakakmu ini pun, masih banyak cacat cela… Masih kurang serba serbi…

Belum cukup hebat seperti kamu yang dah mampu nak memasang niqab ke badan dan ke pondok belajar yang tinggi-tinggi…

Cuma, dasar mu perlu kukuh… Perlu ampuh…

Kau fikir, kenapa kakakmu ini yang dari sekolah diasuh dengan Islam masih bertatih-tatih dengan usrah?

Kau fikir kakakmu ini, suka-suka mahu ke usrah?

Tidak! Tidak lain hanya ada rasa rendah diri yang tak bertepi… Betapa kesedaran dalam hati… Bahawa kalau aku dibawa berhujah, pasti nanti hujahku mati… Walau beribu bukti ada dalam kalam Ilahi… Pasti aku sendiri tak mampu nak bawa serba serbi lagi…

Aku sayangkan kau… Dan, aku tak pasti bagaimana mahu menegur kau… Sebab, aku, macam yang kau tahu… Jarang sekali mahu ekspresikan kata dan hatiku pada mereka yang aku belum cukup erti dan dekat dalam hati…

YA! Benar kau sedarah sedaging dengan ku… Tapi, itu belum cukup untuk aku menala hujah dan teguranku buatmu…

Dan aku rasa… Tulisan panjang lebar ini, bukan sahaja buat pedomanmu..

Tapi, buat pedoman ramai lagi yang berada di luar sana…

Yang rasa diri sudah mampu berhujah dan mempertahankan agama… Tapi, bila dihadap reality dunia… Lari dengan kalimah yang sama…

“Bagimu agamamu, Dan bagiku agamaku…”

Kalau begitu… Habis punahlah usaha Professor Ahmad Deedat… Hancur usaha Professor Zakir Naik…

Mereka sedaya upaya menyebarkan cahaya ke serata pelosok alam… Mencari ilmu tanpa jemu…

Tapi, kita dengan mudah berhujah…

“Bagimu agamamu, bagiku agamaku!”

Fikir-fikirkan…

Tak ada kaitan dengan tertulis...

Tak ada kaitan dengan tertulis…

 

Kitab… Kalam dari Tuhan…

Berdebat…

Pertama kali…

Asalnya, aku hanya nak pertahan adik seatok senenek aku yang diasak dengan hujah bukan-bukan (bagi aku) sahabat baiknya mungkin… Cross-debate within Christianity and Islam… Semua pasal penggunaan nama Allah…

Sungguh, selalunya… Debat-debat begini biasanya aku hanya biarkan sepi, sekadar baca dan senyum sendiri bila melihat mereka bertelagah menjadi keyboard warrior agung…

Aku hanya senyum… Ya! Senyum… Sebab aku kadang-kadang merasakan, nilai intelek ku kurang dibanding orang…

Tapi, bila melihat adikku nan seorang ini… Bertatih-tatih berhujah… Diakhiri dengan baris ayat ini…

“Bagi ku Agama ku, Bagi mu, Agama mu…”

Aku rasa a bit off sikit…

Yup! Kadang-kadang, berdiam diri itu lebih baik…

Tapi, ada kala, berbicara dengan si dangkal, ada baiknya kau selit sikit rasa kau sikit bodoh plus kau sikit pandai dari dia…

Dan aku menyelit di tengah kebisuan keduanya… Dengan hujahku yang panjang berjela…

Katanya, Islam itu terwujud beratus tahun selepas Kristian…

Katanya lagi, Islam itu wujud selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul..

Benar, memang benar sebenarnya… Islam itu terwujud kemudian selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul…

Yang terwujud pada zaman Nabi Adam hingga zaman Nabi Isa, adalah agama Tauhid… Agama Tauhid yang mengEsakan Allah s.w.t. semata… Bukannya menduakan Allah dengan Ruhhul Quddus, mahupun Jesus…

Dan, dia membalas katanya, Kristian itu juga wujud semasa zaman Adam… Katanya, carilah dalam internet, sumbernya banyak…

Aku tegaskan di sini…

Kalau Kristian itu terwujud sejak Adam, kenapa tidak Adam saja yang kau sembah? Kenapa Jesus itu jadi tuhan ke-3 mu? Jadi anak Tuhan mu?

Bukankah Adam itu lahir tanpa ibu, tanpa bapa? Dijadikan oleh Allah dari tanah? Bukan lahir dari persenyewaan lelaki dan perempuan?

Kalau benar dari zaman Adam, Kristian itu ada… Kenapa tidak Hawa kau agungkan seperti kau mengagungkan Mariam?

Kenapa?

Pernah kau bertanya diri sendiri?

Hmmm…

Aku hanya mampu senyum… Sungguh! Senyum…

Hujah berdasarkan sumber internet?

You got to be kidding me!

Sejak zaman Nabi Adam dan Hawa, yang terwujud hanya agama Tauhid… Yang mengEsakan Allah semata-mata… Tidak pernah terwujud lagi agama lain selain agama Tauhid pada waktu itu…

Dan, kalau hujah kau adalah kerana dalam kitab Bible mu ada menyebutkan kisah Adam…

Biar aku jelaskan…

Kami, orang Islam… Percaya, bahawasanya, ada 4 kitab yang terwujud di atas muka bumi ini… Yang beragama Tauhid atau Samawi… Yang suci, kalam dari Ilahi…

Iaitu, Zabur – untuk Nabi Daud, Taurat – untuk Nabi Musa, Injil – untuk Nabi Isa, dan Al-Qur’an – untuk Nabi Muhammad s.a.w.

  1. Zabur – untuk Nabi Daud… Masih wujud hingga sekarang… Agama yang memegang pada Kitab Zabur ini sekarang dikenali sebagai Zoroastrianisme… Cuma, umat Islam tidak lagi mengimani kitab ini yang terwujud pada zaman ini, sebab isi-isinya bukanlah asli lagi, malah sudah ditokok tambah sana sini…Zoroastrianism-9780816057238
  2. Taurat – untuk Nabi Musa… Kitab ini masih wujud… Dipegang dan diimani oleh kaum Yahudi… Sungguh, ini laaa kitab Torah yang mereka yakini… Dan, umat Islam tidak sesekali mengimani kitab ini, kerana ia tidak diyakini sumbernya 100% dari Allah… Sudah pasti ia ditokok-tambah berkali-kali…Torah_Reading_Sephardic_custom
  3. Injil – Kitab Nabi Isa… Inilah pegangan kamu bukan? Turun pada Nabi Isa semasa kenabiannya.. .Dan ia tidak sesekali juga kami imani pada zaman ini sebab sudah punya penambahan dari paderi-paderi besar kamu… Bukan semata-mata ayat dari Ilahi…Bible Page
  4. Al-Qur’an – kitab suci diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W… Sungguh, ini adalah kitab suci.. Kerana itu kami imani kitab ini… Sebab ia ayat-ayat suci dari Allah… Seperti termaktub dalam ayatnya yang suci…quran-2154

Dan sungguh, kami mengimani semua Kitab yang turun dari Allah pada Nabi-nabinya… Cuma, bukan kitab itu yang ada pada zaman ini… Kerana kitab itu sudah bercanggahan… Dan tidak lagi layak digunakan sebagai kata rujuk pada Ayat Ilahi yang suci dan tidak punya cacat cela…

Dan, bilamana kamu menyatakan Kristian itu terwujud sejak zaman Adam… Aku tegaskan sekali lagi… Tidak! Kamu sudah terkeliru sama sekali…

Seperti kataku di awal tadi…

Kerana ia kalam Allah pada mulanya… Maka penceritaan tentang Nabi Adam itu ada… Sebagaimana ia diceritakan dalam Al-Qur’an… Buat kamu jadi pedoman… Bukanlah ia membuktikan bahawa agama kamu terwujud sejak zaman itu sejak waktu itu…

Dan kau mahu kembali membaca sejarah?

Silakan! Bentangkan hujah sejarahmu… Mari kita sama-sama mengkaji… Mengkaji secara ilmi… Bukan dengan emosi…

Kajilah… Membacalah… Bukan mengharap pada sumber bisu yang ada pada internet semata… Kerana sumber bisu internet ini… Biasanya dibawa, dihujah oleh yang bukan ahlinya…

Sedangkan, assignment yang dipinta pensyarah jika diberi sumber dari internet yang tidak tahu mana kesahihannya pun, ditolak mentah sang murabbi… Inikan pula, hujah agama seperti ini…

Sungguh, aku juga seorang yang masih lagi mengkaji… Masih lagi mencari.. Dan masih lagi mahu membaiki diri…

Moga sama-sama kita belajar dan mencari hikmah atas perdebatan ini…

Wallahu’alam…

Pergi Haji…

Musim Haji baru je berlalu dalam seminggu macam tu… Dan aku rasa masih banyak dosa aku, tingkah aku, dan segalanya yang ntah hape-hape pada aku yang membuatkan aku belum layak nak pergi haji… Malah, sebab aku yang ntah hape-hape ni, aku tak mampu pun nak support mama abah aku pergi haji jugak…

*Nangis*

Tapi, soalan pokok yang aku nak bawak dalam post ini bukanlah pasal aku yang tak mampu nak bawak mama abah pergi haji, mahupun, soal aku yang belum layak nak jejak kaki ke Tanah Suci itu…

Tapi, aku amat tertarik dengan satu saranan para asatizah yang tak jemu menghiasi muka TV sepanjang musim haji baru-baru ni..

“Siapa-siapa yang dah berkali-kali pergi tunaikan umrah, tunaikan haji… Apa kata, pergi Tanya saudara-mara, jiran tetangga… Tanya pada mereka, siapa-siapa yang belum tunaikan haji lagi… Cakap nak sponsor… Diam-diam sudahlah… Tak payah nak kecoh-kecoh… Moga-moga ia jadi saham akhirat kita kelak…”

*Ayat dah digubah ikut perencah turun-temurun aku*

Aku suka saranan ustaz ni…

*Ok, aku lupa nama ustaz tu sekian kalinya…. Maaf, aku ni jenis ingat muka tak ingat nama… Dan ini lagi dahsyat… Sebab aku just dengar je, tak tertengok pulak muka ustaz tu masa tu…*

Ohhoi! Andakah insan pemurah serba serbi berhati rendah nak infak kepada sepupu-sepapat, makcik pakcik, rakan tauladan, sahabat handai, jiran tetangga kalian buat pergi haji/umrah ni?

Sungguh! Aku kalau ada dengar orang dok hulur duit nak pergi haji ni, aku dengar kebanyakannya hulur pada mak ayah, adik beradik je… Atau paling dekat dan rapat pun, saudara mara seatok senenek je…

Jiran tetangga? Uih~ Belum dengar lagi… Mungkin ada… Tapi, hanya didengar dan dilihat oleh penduduk langit…

Betapalah~

Betapalah beruntung sesiapa yang menginfakkan harta mereka, memudahkan rakan taulan, sahabat handai menjalankan ibadah ke-5 ni…

Betapa ramai umat Muhammad yang rindu nak menatap pintu Ka’abah… Nak sujud di Masjidil Haram, tapi, tak berkemampuan…

Alangkah baiknya hati mereka yang suci luhur dan murni yang nak bagi belanja buat mereka golongan tak mampu ini…

Sungguh! Sangat suci buat aku…

Tambah pula, ia tak berkutik, tak kedengaran di telinga penduduk bumi… Tapi, meriah gegak gempita berita sampai ke penduduk langit… Tidakkah mereka ini golongan beruntung?

Didoakan penduduk bumi yang dibantu… Ditambah doa-doa puji-pujian penduduk langit sekalian… Betapa dia hidup dalam kasih sayang dan rahmat Allah…

Sebab, pergi haji dan umrah itu, wajibnya hanya sekali… Kalau dapat pergi lagi dan lagi, itu kan rezeki?

Maka, tak salah kalau nak berkongsi rezeki dengan mereka yang teringin dan sudah mabuk rindu pada Allah… Yang hati tak keruan mahu pergi, tapi, dana belum cukup nak menampung diri, apatah lagi anak-isteri?

Bukankah lebih mulia kalau rezeki serba banyak itu dikongsi-kongsi?

Berbahagialah mereka yang menunaikan infak ke jalan Ilahi…

Sungguh…

Sangat laaa digalakkan berkongsi sendiri… Sebab, dekat akhirat, kita takkan duduk sendiri-sendiri… Dalam kubur ada cahaya serba putih datang menerangi…

Kan?

Ya Allah! Sampaikan aku ke rumah suci Mu!

Ya Allah! Sampaikan aku ke rumah suci Mu!

Kalau aku kaya…

Ada orang bercita-cita mahu kaya… Kaya harta serba kaya-raya…

Of Course laaa orang nak jadi kaya-raya kan? Sape tak mau jadi kaya?

*Errr…*

Ok, to be honest, aku tak de laa bercita-cita tinggi benor sampai nak jadi kaya-raya macam mereka semua…

Serius, kalau aku buat online business ke, Shaklee dealer ke etc etc etc ni… Aku sekadar nak tambah duit poket… Nak simpan kot-kot boleh buat hantar mama abah aku pergi buat umrah/ haji bila-bila ada rezeki…

Sebab, aku…

Entah…

Tak terfikir pulak nak jadi kaya-raya…

*Ehhem!*

Ok, tipu…

Ada gak laaa berangan tahap mencapai langit ke tujuh… Berdoa pada Tuhan supaya aku kaya-raya…

Boleh ada kereta Lombor Kiri dan Feghaghi barang sebutir dua…

Mana laaa tahu, boleh beli teratak megah hage RM1 juta…

Atau boleh pergi melancong ke luar Negara tak terhingga merentas seluruh benua…

*Heh!*

Tapi, selalunya, angan-angan aku tak lama… Sebab cepat je terhempas ke bumi…

Sebab, ni ada suara aneh datang dalam kepala…

“Kalau kau kaya… Kau sure kau boleh istiqamah nak dekatkan diri dengan Allah? Atau kau sekadarnya saja beribadat… Dalam kepala kau penuh cara macam mana nak habiskan duit berjuta, emas berkoyan-koyan dalam peti besi… Tak ke?”

Hoh! Bila datang suara hasutan ini, aku cam… Eheh! Cam betul pulak kan bila difikir-fikir…

Malah, kalau difikirkan… Sedangkan saat tak berharta insecurity level aku tahap merbahaya… Apatah lagi kalau harta dan emas berbillion-billon depan mata…

Mau aku gelap mata… Entah hapa aku buat dengan segala mak jemah harta yang aku ada tu…

Betol! Betol! Betol!

Semua yang korang fikir tu betol…

Kita kena ubah nasib kita… Supaya kita boleh bantu orang lain jugak kan? Supaya kita boleh bagi sedekah banyak-banyak kan?

Malah, boleh tabur harta yang berjuta tu pada mereka yang memerlukan… Yang nak sangat ke Mekah tunai haji atau umrah…

Sekurang-kurangnya, itu saham akhirat aku ke sana… Kononnya kalau aku kaya raya…

Tapi…

Cukup pasti ke, boleh buat camtu kalau kaya nanti?

Sedangkan ada duit seribu dua pon, dok fikir panjang… Mana nak sedekah, mana nak bagi nafkah mana nak belanja sara diri sendiri…

Inikan pulak harta berkoyan-koyan…

Hish!

Dugaan besar tu kalau harta yang berkoyan-koyan dibuang percuma je kan?

Plus, suara sahabat baik, tak sekuat suara sahabat jahat ketika ini…

Siapa sahabat baik? Sudut hati kita yang nak buat baik… Suara hati ilham dari Ilahi…

Siapa sahabat jahat? Eheh! Dah tentu nafsu sendiri, dipacu secara rasmi dengan tajaan iblis dan syaitan yang tak sudah-sudah hebat mengiringi…

Cukup kuat ke masa tu nak tahan-tepis-tendang-terajang segala bisik si sahabat jahat?

Atau masa tu, kita dah bertukar rupa wajah dan bentuk…

Sampai sahabat jahat jadi sahabat baik yang paling akrab dan menemani…

Tak dilupa Cik Riak Membangga Diri datang pulak menyinggah di tengah hari…

Pasti haru biru rasa hati…

Tak ke?

Ok, aku rasa aku je kot yang rasa begini… Fikir bukan-bukan sebelum jadi kaya sendiri…

*Eheh!*

Sekian, luar alam hari ini…

225810_10151267379027578_973396469_n