Bagimu, Agamamu…

Tulisan ini aku tujukan buatmu, adikku…

Pesanku buatmu, dik…

Tolong! Tolong! Tolong!

Tolong tambahkan ilmu di dada mu… Ilmu dunia jua akhirat…

Kamu yang mulakan debat ini, seharusnya, kamu teruskan dengan hujahan ampuh dan padu.. Mana tahu dengan hujah kamu yang penuh ilmu, dia akan segera tergerak hatinya kembali pada fitrah asalnya…

Bukan biar terkapai dengan hujam Lakum Deenukum Wali Ya Deen kamu itu…

Tak cukup… Tak cukup… Tak cukup!

Aku bercakap ini dari sudut aku seorang kakak buat adiknya…

Sungguh, aku sedikit teruja dengan perubahan kamu pada awal hijrahmu…

Tapi…

Ada tapinya, dik…

Keterujaanku mati, bila kau menutup segala-galanya dengan pandangan kau yang satu…

Islam itu fleksibel sayang… Kau mulakan dengan kekerasan… Pada diri kau, pada mereka di sekeliling kau… Kau buat orang rasa terkapai-kapai nak gapai kau… Rasa terkial-kial nak duduk sama rata dengan kau…

Jangan terlalu keras, dik… Terutamanya pada dirimu sendiri…

Kau patut mulakan mendalami Islam itu dari bawah… Jangan kau katakan pada dirimu, bahawa kau sudah kenal Islam sejak kecil…

Aku tahu kau pergi merantau menuntut ilmu ke pondok-pondok… Tak salah… Yang jadi serba keliru dan celaru adalah, bila kau ambil ilmu yang tinggi-tinggi yang tak setaraf dengan kefahamanmu terhadap Islammu…

Kerana itu, kau mati hujah… Hanya bergantung harap pada artikel yang kau petik…

Seharusnya, kalau kau punya asas dan dasar yang kukuh, isu kalimah Allah ini tidak memberi sedikit impak pun kepadamu… Mahupun masyarakat lainnya…

Dan, sekiranya, Islam mu ampuh… Kau mampu berhujah dengan panjang lebar… Bukan membiarkan rakan mu itu terus-terusan mengasak… Dan, tidaklah juga kau dengan kalah mengatakan…

“Bagimu agamamu, Dan bagiku agama ku…”

Dik, hujah itu… Disokong ayat baginda Rasul s.a.w yang Allah abadikan dalam kalam mulia itu… Bukan sewenang-wenangnya untuk kau guna bila kematian hujah yang tak seberapa itu…

Kalimah itu, digunakan bilamana, si lawan bicaramu… Sudah tahu tentang Islam… Sudah tahu selok belok Islam… Tapi, dia masih mendakwa-dakwi yang bukan-bukan… Masih, dia menyatakan yang tidak-tidak… Masih, dia mahu menang dengan kepercayaannya… Walhal, sudah dibentang depan mata segala fakta yang kukuh yang menunjukkan betapa hujahnya kalah dengan pukulan TKO!

Dan, bilamana kau berbicara dengan si dangkal bodoh sombong yang tak mahu mengkaji hanya sekadar berlandas emosi… Bilamana, kau ajak dia berbicara secara ilmi, dia hanya peluk tubuh sendiri…

Nah!

Saat itu, bila kau yakin dia golongan seperti ini… Baru kau gunakan kalam agung itu..

“Bagimu agamamu, Dan bagiku, agamaku!”

Kerana apa?

Kerana kau sudah suluhkan cahaya… Dan dia tahu itu cahaya… Cuma, dia malu untuk mengakui… Bodoh sombong… Ego yang tiada tepi…

Kerana itu, dik…

Belajar… Belajarlah sedikit-sedikit… Yang asas… Ilmu duniawi mu juga harus diperkukuhkan… Supaya bila ditembak, dibidas sebegini rupa… Kau mampu membawa ilmu dunia dan akhirat merentas masa… Seimbang secara skala… Dan biar hujahmu penuh ilmu dan juga mampu mencelikkan mata hati yang buta…

Kakakmu ini pun, masih banyak cacat cela… Masih kurang serba serbi…

Belum cukup hebat seperti kamu yang dah mampu nak memasang niqab ke badan dan ke pondok belajar yang tinggi-tinggi…

Cuma, dasar mu perlu kukuh… Perlu ampuh…

Kau fikir, kenapa kakakmu ini yang dari sekolah diasuh dengan Islam masih bertatih-tatih dengan usrah?

Kau fikir kakakmu ini, suka-suka mahu ke usrah?

Tidak! Tidak lain hanya ada rasa rendah diri yang tak bertepi… Betapa kesedaran dalam hati… Bahawa kalau aku dibawa berhujah, pasti nanti hujahku mati… Walau beribu bukti ada dalam kalam Ilahi… Pasti aku sendiri tak mampu nak bawa serba serbi lagi…

Aku sayangkan kau… Dan, aku tak pasti bagaimana mahu menegur kau… Sebab, aku, macam yang kau tahu… Jarang sekali mahu ekspresikan kata dan hatiku pada mereka yang aku belum cukup erti dan dekat dalam hati…

YA! Benar kau sedarah sedaging dengan ku… Tapi, itu belum cukup untuk aku menala hujah dan teguranku buatmu…

Dan aku rasa… Tulisan panjang lebar ini, bukan sahaja buat pedomanmu..

Tapi, buat pedoman ramai lagi yang berada di luar sana…

Yang rasa diri sudah mampu berhujah dan mempertahankan agama… Tapi, bila dihadap reality dunia… Lari dengan kalimah yang sama…

“Bagimu agamamu, Dan bagiku agamaku…”

Kalau begitu… Habis punahlah usaha Professor Ahmad Deedat… Hancur usaha Professor Zakir Naik…

Mereka sedaya upaya menyebarkan cahaya ke serata pelosok alam… Mencari ilmu tanpa jemu…

Tapi, kita dengan mudah berhujah…

“Bagimu agamamu, bagiku agamaku!”

Fikir-fikirkan…

Tak ada kaitan dengan tertulis...

Tak ada kaitan dengan tertulis…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s