Perak Aman Jaya…

1381623_632467476803381_785020353_n

Perak negeri kedua termiskin di Malaysia…

*ok, ketawa kejap…*

Oh, Cik Sya tetiba rasa nak tulis pasal hal ni…

Lantak laaa kot, tetiba orang dok cakap gila politik plak kan? Tapi, this is an ugly truth yang semua orang kena tahu…

Betul…

Mengakui yang Perak ni negeri msikin… Tak payah tengok jauh, tengok diri sendiri dan jiran tetangga dah cukup…

Contoh terbaik, Manjung ni je laaaa…

Aku sebagai pekerja Vale, patut rasa bersyukur… Sebab, sekurang-kurangnya, gaji ku tidaklah sama dengan kawan-kawan lain yang bekerja dengan kadar gaji yang tak masuk dek akal…

Cuba bayangkan…

Saat harga gula, petrol, minyak masak, tepung dan segala mak bapak barang keperluan… Hatta rumah pun naik harga mencanak-canak… Takat gaji orang Manjung ni, berapa?

SPM – RM900 (ini gaji minimum yang ditetapkan kerajaan)…

Hakikat, masih ada majikan di Perak ini yang menggaji pekerja yang bertaraf SPm dengan gaji hanya RM500 – RM700…

Diploma – RM900 – RM1000

Kalau demand lelebih, memang kena bahasa… Katanya, Perak masih affordable lagi kos hidupnya!

*Hakktuiiih!*

Ijazah – RM1200 – RM1800

Itu pun, kalau dipinta, diberi alasan berjela… Tak de pengalaman… Baru grad setahun dua… Fresh grad… Tak reti buat kerja… Bla bla bla bla… Dan masih, dengan alasan yang sama… Living cost di Perak masih di takuk boleh makan dengan gaji banyak tu!

Huh! Sangat tak masuk akal!

Apa mereka ingat, orang beli beras dengan pasir?

Apa mereka ingat, kereta orang-orang Perak bergerak pakai kuasa air?

Atau mereka fikir, orang-orang Perak ni, masak lauk dengan tanah gamaknya!

Tak sedar ke atau memang sengaja melabangkan telinga, membutakan mata?

Petrol naik, effect 1 Malaysia…

Beras naik, effect 1 Malaysia…

Gula naik, effect 1 Malaysia…

Nah! Kau agung-agungkan sangat kan dengan konsep 1 Malaysia tu?

Kenapa hal-hal ekonomi ni, kau tak 1 Malaysiakan pulak?

Cessss…

Dengan harga rumah yang serba merapu… Ikut  suka dia je nak naik tanpa ada had…

Dengan gaji macam tertera di atas… Kau rasa, mampu orang nak beli rumah?

Mana ada rumah harga RM50,000? Kalau ada, mari khabarkan pada aku!

Paling rendah yang ada di pasaran pon, RM150,000… Jadi kau mahu tengok orang Perak jadi gelandangan?

Kenapa Perak jadi negari seumpama mati?

Sebab si anak muda dah tak betah nak cari rezeki di sini…

Kemudahan asas memang kurang sekali…

Bas? Huh! Paling benci dengan bas Perak Aman Jaya tu… Tak mencukupi… Tak merata-rata di sana sini…

Ada laaa 4-5 buah… boleh dibilang dengan jari.. Sangat tak effektif… Dan sangat selektif…

Jadi, pilihan apa yang anak muda Perak ini ada?

Duduk dengan mak ayah? Habiskan beras tiap bulan?

Nak hulur pada mak ayah pon terkadang ketar jari tangan dan kaki…

Kos hidup sama macam KL, macam Selangor… Tapi, masih… Gaji takat tu jugak…

Pembangunan yang tak seberapa… Dok nak sibukkan Manjung ni dengan segala macam mak datuk… Tapi, gaji had tu, had tu jugak!

Kesian tahu dekat kawan-kawan aku yang tak sempat hujung bulan dah kais-kais….

Aku faham rasa malu mereka bila dah bekerja, dah besar panjang… Masih nak mengadu ngan mak ayah tiada duit dan tak cukup modal buat nak isi minyak kereta…

Tapi, pilihan apa yang mereka ada?

Lepas tu, si balaci bodoh sombong ni…

Ada pulak dia kata, Perak diperintah PR?

Hoh! Kau belajar takat mana? Sejak bila si MB Perak tukar parti?

Katanya, kemiskinan rakyat Perak disebabkan PR yang memerintah…

Hebat laaa PR macam tu… MB Perak dari BN… Tapi, PR yang perintah Perak… Hebat! Hebat! Hebat!

*Clap! Clap! Clap!*

Ntah hape-hape… Kot ye pun tak belajar, bodoh sombong benor nak amik tahu hal politik… Jangan laa membodohkan diri tahap abadi gitu!

Huh!

Benci aku nak cakap dengan orang-orang bodoh ni… Serius!

So, MB Perak… Kau nak kata, untung laaa kau kerja Vale… Tak payah banyak bunyi dekat aku?

Sini… Aku nak cakap…

Aku kesian dekat kawan-kawan aku… Mereka kembali ke Perak dengan harapan nak jaga mak ayah.. senang, sakit pening semua depan mata…

Dah kalau gaji sendiri pon nak buat beli seluar kecik dengan baju kecik pon tak lepas… Apa hal?

Bukan tahap miskin dah… Papa kedana dah!

So, masih nak terkejut terkujat dengan kajian ni?

Nyata laaaa kau sedap-sedap je duduk atas kerusi  tu dengan makanan serba mewah… Rumah besar bertingkat-tingkat… Kereta mewah bagai… Tapi satu benda untuk rakyat sendiri pon kau tak mampu nak bagi!

Dan, kau kata kau terkejut dengan hasil kaji selidik yang aku yakin dah di edit ni?

Kau, sila turun padang! Serius! Turun padang… Tengok masalah rakyat!

Tu belum kira kes budak minum air ketum, ada penguasa pon join kenduri sekali!

Kau tahu?

Kau tahu tak?

Huh! Mesti kau tak tahu jugak!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s