Pillow Talk – Part 6

(VI)

Lia pasang telinga. Rasanya, aku macam dengar orang nangis!

Lia renung jam. Pukul 3 pagi! Ah! Sudah! Tu manusia ke, hape yang menangis tu?

Lia terbangun sebetulnya. Ke tandas. Penat dia berjalan dengan bebudak kelas dia yang baru dia kenal tak sampai seminggu siang tadi. Dari AEON Wangsa Maju, bawak ke KLCC, patah balik ke Wangsa Walk, pergi pulak ke Carrefour. Dia pon tak tahu apa yang dia buat sebenarnya. Yang penting dia rasa seronok je melepak-lepak dengan bebudak sekepala tu siang tadi. Dan, diorang baru je sampai UIA pukul 10malam lepas mengukur jalan lepas kelas pukul l12 tengah hari. Gosh! Kalau UIA tak de curfew, mahu sampai esok pagi kitorang lepak!

Dan, sesampai saja dia ke bilik, katil macam melambai-lambai. Letak je kepala, memang lena! Dengan make-up tak bercuci, dengan jeans dalam jubah sarung yang dia pakai tak bertukar. Terus saja dia lena.

Dan, tepat 230pagi, dia terjaga. Sedar-sedar, badan rasa melekit semacam. Capai je tuala dan barang mandi. Kisah ke aku mandi tengah malam camni.

Dan, tiba-tiba bila masuk bilik tadi, dia terdengar macam orang bersok-sek. Macam orang menangis teresak-esak, masa tu baru rasa seram meremang tu datang. Masa tu, baru teringat urban legend bebudak yang dia hang out siang tadi pasal mahalah paling tua dalam UIA yang dia duduk tu. Ohhoi! Seram pulak aku!

Dia renung syiling compartment TInie. Ada sedikit cahaya. Cahaya laptop mungkin. Tinie ke?

Perlahan-lahan, dia menyelak langsir bilik Tinie.

“Tinie…” nama Tinie dipanggil perlahan. Kot laaa budak tu tertidur dengan laptop terbuka.

“Hmmm…” suara Tinie menyahut macam sedikit serak. Baru bangun tidur? Ke, sebab berjaga suara sampai serak macam tu?

“Aku masuk ye?” Lia minta izin.

“Kenapa?” soal Tinie yang tiba-tiba terpacul depan muka Lia. Lia pandang muka Tinie. Mata Tinie macam bengkak sikit. Macam tanda orang menangis. Eh? Kenapa pula dia nak nangis malam-malam ni?

“Kenapa, Lia?” Tinie berdehem sedikit. Membuang serak suaranya.

“Tak de, aku dengar orang nangis… Kot-kot laaa kau dengar…” Lia cuba menduga. Muka Tinie berubah sikit. Oh, betullah dia nangis.

“Oh, aku tengok series Korea…. Ganggu kau ke?” soal Tinie. Ok, Tinie, kau punya penghayatan menangis tengok series dan movies memang tahap tak boleh nak blah laaa kan? Tinie rasa macam nak hempuk kepala ke dinding.

“I see…” Lia angguk-angguk. Lepas tu, dia senyum nipis.

“Aku nak join nangis dengan kau laaa camtu…” suara Lia.

“Eh?” Tinie buat muka pelik. Tapi Lia dah pon capai headphone nya dan mula berdiri terpacak depan Tinie.

“Nangis sama-sama laaa best…” suara Lia. Tinie terkebil-kebil. Bukan dia dah dekat bape hari tak tegur aku ke sejak kes kena sembur Subuh hari tu?

Lia masih pandang wajah Tinie. Sedikit berharap. Nak tebus serba sikit rasa salah sebab sembur dia 3 hari lepas.

Lia gigit bibir. Oh, say it, Lia! Tak mati pon, mintak maaf!

“Ermmm… masuk laaa…” Belum sempat Lia nak buka mulut, Tinie dah ajak Lia masuk compartment nya.

Tinie susun buku yang bersepah atas katil, diletak ke rak buku. Lepas tu, dia tarik duvet dan dibentang ke lantai. Meja studi kecil yang ada atas katil, diletak atas duvet. Dia capai kusyen duduk ala Jepun, diletak kiri kanan menghadap laptop yang dah dia letak atas meja. Takkan nak berhimpit dua orang atas katil kecil tu. Agak-agak laaa…

“Tinie…” Tinie masih tak berkalih. Tapi, Lia tahu Tinie dengar.

“Aku minta maaf sebab sembur kau ari tu.” Tangan Tinie keras tiba-tiba. Lambat-lambat dia menolah ke arah Lia.

Senyum paksa dilukis.

“Hmmm… Ok!” jari telunjuk dan ibu disatukan membentuk isyarat OK.

Lia duduk atas kusyen maroon. Sebab bilik tu kecil je, dia macam lagi sikit nak ke pintu bilik Tinie tu. Tinie ambil tempat dekat dengan meja study yang memang sedia install dalam bilik tu.

“Kau nak sambung terus ke, kau nak aku ulang je series ni… sebab aku baru je tengok episode 1 sebenarnya…” suara Tinie. Lia kerut kening. Baru episode 1 dah nangis-nangis?

“Kalau kau tak kisah nak ulang…” kecil suara Lia kedengaran. Agak janggal laaa pulak tengok series dengan orang mintak ulang tayang kan? Tambah dengan orang yang tak sampai sebulan kenal ni ha!

Tinie angguk. Pantas dia tekan icon stop sebelum tekan semula icon play.

“Apa tajuk cerita ni?” soal Lia. Ohhoi! 1st time layan Korean series, weh! Jambu gila aku rasa!

“A love to kill…”

*****

Lia kesat air mata. Baru masuk 2 series A love to Kill, lakonan Shim Min Ah dan Rain back-to-back. Dia dah mengongoi menangis. Siap bertisu-tisu dengan bakul sampah kecil kat sebelah.

Konon, takkan nangis laaa tengok cerita jambu Korea ni… Punyalah dia tahap hina pada Korean series atau segala bapak dari Korea mahupun Jepun. Macam nak dibanned je semua barang dari sana.

Sudahnya, hamik kau! Pukulan TKO sekali terus. Siap bet lagi dengan Tinie, dia takkan nangis punyalah. Konfirm! Sudahnya… Dekat separuh kotak jugak laaa tisu tu dibuatnya.

Tapi… Muka Tinie yang tenang mengerekot dalam lena di sebelah dipandang. Minah ni, tak bising pon, aku sok-sek-sok-sek menangis kat sebelah. Siap minta izin lagi, dia nak tidur dan tak kisah kalau dia nak sambung tengok. Dia kata, dia rerun je cerita ni lepas sembat menangis tengok cerita Happiness. Ok, cerita Happiness movie Korea pasal banduan. Nanti aku nak tengok jugak!

Jam dah tunjuk muka 530pagi. Lia cadang nak tengok lagi satu siri Love To Kill. Jari baru je nak kutik 2 kali dekat document Siri 3, Tinie dah bangun terpisat-pisat.

“Kau nak sambung tengok lagi?” soal Tinie. Lia angguk lambat-lambat.

Tinie bangun. Capai tuala.

“Eh? Nak mandi?” soal Lia pelik. Tinie geleng.

“Nak cuci muka, amik wudhu’” suara Tinie sambil menyanggul rambut dengan chopstick. Lia kerut kening.

“Aku tumpang solat kat belah kau ek? Kau sambung laaa tengok…” Tinie dah berlalu dengan pencuci muka dan berus gigi. Lima minit lepas tu, Tinie capai hanger yang bersangkut sejadah dengan telekung sebelum dia masuk ke compartment Lia.

Lia termangu. A Love To Kill tak jadi disambung. Dari balik langsir, dia intai tingkah Tinie.

Solat 2 rakaat dah sudah. Tak de Qunut, so, mesti bukan buat Subuh! Lia senyum. Heh! Ingat lagi kau Subuh ada Qunut, Lia!

Tinie dia tengok bangun lagi. Dua rakaat lagi dia buat. Selesai salam kanan kiri, Tinie tunduk sujud lagi.

Ok, aku officially pelik!

Lia dah duduk tercatuk atas katil, bila Tinie mula duduk berzikir dengan Qur’an kecil dibuka.

“Tinie, kau buat apa?”

*****

Pillow Talk – Part 5

(V)

Tinie rebahkan badan ke katil. Seharian dia ke hulu ke hilir. Dari ofis lecturer dekat Econs, sampai la ke library, menapak ke Censerve, patah balik ke Econs, kemudian ke Aikol, lepas tu menapak lagi ke HS. Agak-agak kalau orang lain sibuk dengan treadmill dan dumbbell untuk kurus, aku jalan tawaf satu UIA, cukup dah!

Kipas berpusing laju. Kipas bilik Lia yang Nampak dari ruang biliknya direnung. Langsung tak gerak. Tinie malas nak ambil pusing. Lantak dia laaa… Bukan hal aku, kot?

Kena sembur sebab Subuh! Hahaha… touché gila kau, Tinie! Ketawa sendiri.

Well, aku pon, kadang-kadang lajak Subuh gak! Ngee~ Tapi, tak de laaa sampai nak fire orang tak memasal kan?

Tinie masih lagi dengan gaya kuak lentang atas katil. Masih lagi merenung syiling bilik.

Bosan! Tinie ketap bibir.

Pada dia, aktiviti Kelab dan Censerve yang dia sertai, hanya sekadar escapism untuk dia buat orang Nampak seolah-olah dia ada kawan.

Sampai bila aku nak jadi macam ni?

Tinie ketap bibir.

Jumpa budak-budak kelab tu pun, atas dasar aku kakak trainer diorang, dan diorang adik-adik fasi aku… Kalau dalam Econs, haram sorang pon tak kenal aku agaknya!

Mana nak kenal kau, Cik Tinie oi… Dah kau stok datang kelas duduk hujung sekali, balik kelas paling awal.. Dah sampai bilik, duduk memerap… Ngadap games atau series atau movies… so, kau nak salahkan sape kalau kau tak de kawan sangat dekat Econs tu?

Sigh!

Budak-budak yang rapat masa matrik dulu, masing-masing dah buat group sendiri… Siap hopping sana sini… Sabah, Sarawak, Labuan, Langkawi. Ni dengar nak backpacking pulak ke Korea.

Dan, kenapa aku jugak yang macam alien, sedangkan aku dulu sama seharung je ngan diorang?

Sebab aku ambil kelas tak sama diorang? Sebab aku mintak mahallah yang atas bukit ni?

Terasa ada air masin yang menuruni hujung mata.

Susah sangat agaknya aku ni nak ada kawan dalam erti kata kawan?

Ke, aku yang susah sangat nak kawan dengan orang?

Atau aku je yang sangka macam-macam?

Tinie rasa pening pulak fikir benda-benda berkaitan diri sendiri ni.

Dia renung jam. Baru pukul 3pm. Dia capai handphone dan set alarm pukul 5. Tidur kejap laaaa… Sakit pulak kepala fikir benda ntah-hape-hape ni…

*****

Pillow Talk – Part 4

(IV)

“Lia…” Lia mengeliat sedikit. Ada tangan yang terasa sangat sejuk menyentuh bahunya yang terdedah.

“Lia, bangun subuh…” Lia cuba celikkan mata. Ni sapa pulak pandai-pandai nak kejutkan aku Subuh ni?

“Awal lagi laaaa… Aku nak tidur!” gumam Lia di sebalik kantuknya. Selimut ditarik ke dagu.

Tinie geleng-geleng.

“Lia…” digesa Lia lagi dengan lebih kuat.

Lia hilang sabar.

“Kau jangan kejut aku lain kali, boleh tak? Ikot aku laa nak Subuh ke tak!” kuat suara Lia dengan mata yang membuntang menatap wajah Tinie yang dah lengkap bertelekung.

Tinie senyum tawar.

“O… Key… Aku minta maaf…”

Lambat-lambat Tinie berlalu dari compartment Lia. Tergamam dengan tengkingan Lia. Mujurlah bilik yang sepatutnya ada 4 orang tu, sekarang hanya ada 2 orang je.

Lia tarik selimut menutup seluruh tubuh. Daddy ngan mama pon tak bising laaa suruh aku Subuh!

****

Tinie renung jam di tangan. Sesekali dilirk jam locengnya. Dah pukul 830pagi ni. Kalau dia tak salah, si Lia ada kelas pukul 9pagi. Sebab semalam, lepas budak tu dapat je connect internet broadband dia dengan laptop, dia terus je print jadual kelas dia. Kelas apa sangat laaa yang dia ada kalau dah PRSS kan? Arab dengan Fardhu Ain je laaa… Lepas tu, dok bising tak hingat Tanya letak kelas bagai… Siap suruh set dalam GPS dia… Heh! Speak of technology… Budak ni advanced tak hingat laaa!

Tapi, si minah ni tak bangun lagi!

Tinie betulkan letak tudungnya. Dia sebenarnya ada meeting dengan lecturer tentang peruntukan program dengan budak-budak Cenfos (Centre of Foundation Studies IIUM, dulu dikenali sebagai MCIIUM – Matriculation Centre of IIUM).

Erm… Nak kejut ke tak…

Tinie terasa macam ngeri. Mau tak ngeri! Pagi-pagi buta kau kena sembur dengan so-called minah celup tak siap tu! Uish! Sumpah! Aku ngeri nak ingat kena tempik pagi-pagi buta sebab kejut Subuh!

Tinie masih berkira-kira. Tangan dah capai tombol pintu. Tapi, dia tak jadi memulas. Haish! Kejut je laaa… Jam dikerling sekilas. Dah menjengah jam 840pagi. Ada masa lagi kalau minah ni nak bersiap aci lut…

“Lia…” Tinie selak langsir 3 layer depan compartment Lia. Langsir sampir 3 layer. So much of luxury laaa tuan puteri ni!

“Lia… bangun!” Tinie cuit bahu Lia dengan hujung jari. Takut kena sembur.

Lia tak berkutik.

“Lia…” Tinie cuit lagi bahu Lia. Kali ini dengan 3 jari.

“Hmmm…” Lia mendengus kasar.

“Jangan kacau laaa…” gumam Lia. Tinie ketap bibir. Ok, alarm… alarm… Tapi, kena kejut jugak.

“Bangun, kelas!” suara Tinie sedikit kuat.

Mata Lia automatic terbuka luas.

“Oh. My. God!” Lia dah tarik selimut ke bawah kaki. Pantas dia mencapai tuala dan toiletries nya. Tinie sedikit termangu dibuatnya.

Wajah Tinie dipandang sekilas. Namun, dia berlalu tanpa kata.

Ok, thanks… Tinie angkat kening. Heh! Dah sembur aku pagi2 buta, ucap terima kasih pon tak nak? Ok!

Tinie tutup pintu bilik dan berlalu dengan beg galas dan kunci bilik.

*****

Lia dah terkuap-kuap dalam kelas. Entah hape-hape laaaa ustaz kat depan tu membebel, dia pun tak tahu. Sebenarnya, malas nak ambil tahu.

Dia perasan, kelas mula agak lewat tadi. Mungkin sebab ustaz tunggu budak-budak baru dapat cari kelas. Tiba-tiba rasa cam bangga pulak. Aku bangun lambat, tapi, aku terawal. Kredit untuk Honda Jazz aku yang daddy beli, dan kredit untuk GPS aku yang aku menyalak dekat daddy untuk beli. Siap download map UIA dalam tu. Hahaha…

Dan, kredit untuk Tinie, sebab dia yang bagitahu kelas kat mana malam tadi dan kejut aku bangun pagi! Harap aku nak bangun? Alamat, jam cecah pukul 1 tengah hari laaa…

Tinie…

Tiba-tiba teringat muka serba salah Tinie pagi tadi. Oh, aku lupa! Aku ada buat apa-apa ke?

Tinie garu kepala. Rasa macam aku ada tengking orang pagi tadi. Sebab bangunkan aku Subuh?

Gosh!

Lia senyum nipis. Aku tengking Tinie ke? Hahahaha… Nasib kau laaa… Macam kau tak Nampak aku ni camne, Tinie oi!!!

*****

Pillow Talk – Part 3

(III)

Lia rebah menengadah di atas katil. Serius laaaa, semua ni macam mengarut gila!

Lia geleng-geleng kepala. Aku pon tak tahu hantu mana yang rasuk aku sampai terpacul nama UIA ni dari mulut masa gaduh-gaduh ngan mama daddy dulu!

Dia renung sekeliling bilik. Bilik luasnya, di banglo seakan mahligai di Ukay Perdana dah berubah jadi bilik kecil comel yang di belah empat dikongsi 4 orang. Dipanggil compartment. Terpisah-pisah dengan dinding dan kalau rajin, pasang laaa langsir. Dan, sungguh dia pasang langsir sampai 3 layer ni ha! Privacy kununnya!

Apa kejadah aku ni sampai tercampak ke UIA ni? Lia geleng-geleng kepala.

“Dah kalau daddy menyampah sangat orang kerja keluar pagi balik pagi… buat rumah macam hotel, apa kata daddy hantar je orang pergi duduk UIA tu… bukan jauh pon, sepelaung je kan?” nada suara sengaja ditajamkan. Namun, mata masih tak berkalih pada hujung kuku yang bercalit warna merah darah.

“Ok… we achieved an agreement, then!”

Masa tu, dia fikir, daddy tak ambil kisah pon akan kata-katanya. Paling tidak pon, daddy mesti akan hantar dia ke Brunei. Duduk dengan Mak Long, belajar jadi ala puteri melayu terakhir dengan Mak Longnya dekat sana.

Sudahnya!

Sudahnya! Dekat sini aku tercampak! Buat laaa PRSS ni… sebab dia ada A level dan diploma yang dia buat sebab daddy tak mau bagi dia terbang ke UK dengan Jessy dulu. Maka, dia terpaksa jadi budak direct intake dekat sini. Ok, system UIA memang lain! Apparently!

Dan sangat dahsyat, bila dia kena ambil test Arab!

Damn! Sepatah Arab pon aku tak tahu! Kot kalo baca kitab kuning dari kulit ke kulit, atau stok budak hafal Qur’an tu… Konfirm laaa kot aku skor Arab…

Dan, dengan keputusan Arab di level 1, level merangkak budak-budak ni panggil. Dengan English test exempted. Subjek apa aje aku boleh ambil semester ni selain Arab?

Heh! Gali kubur sendiri aku Nampak gayanya!

****

Pillow Talk – Part 2

(II)

“HAH!”

Mengah dia. Mana taknya, membawa beg yang berkilo-kilo. Oh, propa sangat berkilo!

“Hello!” Kunci yang diberi kakak kerani mahallah tadi ntah mana dia campak. Dia ketuk-ketuk pintu bilik itu berkali-kali.

“Hello!” suara dikuatkan. Eh? Tak de orang ke? Tadi dengar cam ada suara je.

Dia mengetuk pintu bilik lagi. Lebih kuat.

“Assalamualaikum…” tercengul seorang gadis dengan lengkap bertelekung di balik pintu yang terkuak tiba-tiba.

Dia garu-garu kepala. Dah salah. Aku yang patut bagi salam rasanya.

“Wa’alaikumsalam…” senyum malu. Selendang di kepala dah serabai menampakkan rambut yang diwarnakan warna emas.

“Lia… Natalia…” dia hulur salam. Dah roommate laaa kot kalo dia yang tercengul kat depan pintu kan? Tak ke?

Si gadis bertelekung tarik senyum manis dari wajah terpinganya.

“Oh, Tinie… Suraya Qistina…” suara gadis itu ramah. Dia senyum pelik. Suraya Qistina?

“Tinie?” tak sengaja soalan itu terpacul. Tinie sengih.

“Nak tolong tak?” soal Tinie kembali. Lia pandang beg di sisi dan memikirkan 2 buah kotak lagi dalam boot kereta. Laju kepala dianggukkan.

“Tukar baju jap…”

****

Boleh tahan gak banyak barang budak Lia ni.

Tinie kesat peluh yang merenik di dahi.

“Sorry laaaa… Baru kenal, dah suruh-suruh buat mende ni…” Lia berbahasa. Pada hal, dalam hati gembira. Tak ada laaa aku rasa macam naik treadmill berkilometer lajunya… Huhuhu

Tinie sengih.

“No hal…” suara Tinie.

“By the way, kau lapar? Aku belanja kau makan… Nak?” soal Lia. Tinie angkat kening.

“Aku memang lapar dari tadi pon… Dah kau kata nak belanja… Moh laaa kita…” selamba Tinie bersuara.

Lia sengih. Heh! Boleh buat geng rupanya budak ni!

****

Tinie renung dinding yang memisahkan compartment dia dan Lia.

Lia. Natalia Andrea… Nama tak hagak-hagak… Western gila!

Senyum Tinie tersungging di bibir. Nasib tak ditanya agama budak tu apa masa dia perkenalkan diri tadi. Mau agaknya, dia kena lipat lapan belas tanpa belas kasihan… Huhuhu

Lia… Natalia… So, cerita apa yang Allah tengah aturkan untuk aku ni?

****

Pemekik blog picisan

Aku bukan nak jadi penulis novel…

Ermmm…

Ok, aku tipu…

Dulu, masa kecik-kecik, dari sekolah rendah bawa ke sekolah menengah, cikgu penulisan selalu puji karangan aku… So, masa tu ada laa jugak tanam dalam hati cita-cita nak jadi penulis novel…

*Heh!*

Tapi, aku ni… Hangat-hangat tahi ayam je kadang-kadang…

Macam PillowTalk punya rant tu… Actually, dah lama dah aku tulis.. Tapi, sampai mana ntah, aku terus kelam… Idea ada, tapi, bila ditulis, jadi bukan macam yang aku nak…

Sudahnya, aku peram ia… Entah nak jadi pekasam, atau sampah…

Tapi, aku macam sayang pulak kan dengan cerita tu…

Sebab aku dah macam muak dengan novel-novel yang bertebaran atas rak kedai buku… Semua tak habis-habis nak cerita pasal cinta yang serba fantasi dan serba caca-marba…

Jadi, aku nak buat cerita yang boleh educate orang… Bukan buat orang terus hidup dalam alam fantasi sampai tak bangun-bangun kea lam relaiti…

Tapi…

Macam aku kata…

Sebab aku ini hangat-hangat tahi ayam…

Cerita ada, idea ada… Tapi, bila tulis ke laut…

Dan, ia dah ditulis lama, sejak awal tahun dahulu… Tapi… Aku rasa kurang yakin nak bagi orang ramai baca…

Hahahaha…

Jadi, kalau kalian sudi baca dan bagi penambahan idea… Silalah… Kalau tak… ia bakal jadi tergantung entah kenapa… Aku ini kadang-kadang ideanya banyak mahu menulis itu ini… Tapi, ia jadi berterabur macam apa…

Dan, aku bukan mahu jadi seperti Hlovate… Dan, ia, beliau memang penulis hebat… Aku sekadar memandang dia sebagai seorang yang mampu mengekspresi rasa dengan bahasa bersahaja yang dibaca dengan lunak dan sampai tertikam dalam hati…

Dan, aku hanya si pemekik di blog sendiri yang jarang dikunjungi…

Hahahaha

Pillow Talk – Part 1

(I)

Hidup sorang-sorang.

Dia mengeluh. Membuang pandang ke tengah laman.

Hidup sorang-sorang ni, kadang-kadang letih. Letih menahan rasa.

Letih bercakap hanya pada kertas.

Senyum pahit diukir di bibir.

Bukan dia tak de kawan… Ada… Tapi…

Keluhan berat dilepaskan.

Kalau kawan tu hanya ada untuk assignment… Untuk class dan untuk pergi makan, atau pergi pasar malam… Adakah itu juga dikira kawan?

Sigh.

Dari kecil, kawan yang ada datang dan pergi. Datangnya bersebab. Perginya… Dia pun tak tahu kenapa diorang pergi satu-satu.

Aku ada masalah komunikasi? Atau aku ni, ada interpersonal skill yang crack?

Dia garu kepala yang tak berapa gatal. Skrin laptop direnung.

Tak pernah rasa exactly apa bestnya bersahabat… BErkawan etc macam orang lain rasa… Kalau ada pon, kejap je laaa kot… At the end, dia ditinggal sepi… Hilang tanpa notis, tanpa khabar dan tanpa berita…

Aku ke yang salah? Atau aku tamak sangat?

Dia renung lagi skrin laptop.

Kawan kalau boleh dikira… Aku ada hanya dengan kiraan sebelah tangan kanan aje…

Serius!

Mengeluh lagi.

Sudah-sudah mengeluh tu, Tinie… Tak bawak ke mana pon keluhan kau… Habis baik… Kau masih ada Allah… Habis baik… Kau masih ada iman… Tak ada laaa pulak kau pernah nak buat suicide attempt ke, abuser ke, segala mak-jadah-mak-jemah bagai tu…

Suara di sebalik sana kepala bersuara.

Senyum nipis digarik segaris.

Indeed. He, The Almighty, never leave me! Never!