Tuhan Harun

Isu Tuhan Harun…

Kalian ikuti isu Tuhan Harun ini?

Ya… Tuhan Harun itu yang katanya dia itu Tuhan, hingga nyawa penguasa agama itu kelihatan murah nilainya… Hanya kerana mereka ajaran sesat yang sedang disiasat oleh si arwah mangsa…

Dasar manusia serba takbur!

Isu Tuhan Harun, Syiah, dan segala macam ajaran sesat yang bertapak berakar umbi dan beranak pinak dalam Malaysia ni, bagi saya, tidak cukup hanya dengan kerja banteras, tahan, reman, lokap, bicara dan blablablabla…

Sebab, penyudahnya, mungkin akan timbul ajaran baru… Ayah Johar, Tuhan Ismail atau apa entah lagi kebangangan manusia yang gila dan serba jahil dalam agama.

Benar, penguatkuasaan itu perlu…

Tapi…

Memetik kata seseorang (ok, saya lupa nama dia siapa) katanya…

“Tak kisah laaa, Syiah ke, Tuhan Harun ke, Haji Kahar lantik balik diri dia jadi Nabi Melayu ke, hape ke, kalau aqidah umat Islam Malaysia itu kukuh, sungguh, ia tak jadi kudis… Malah, dengan mudah kita dapat kesan dan dengan mudah kita dapat banteras…”

Ya, bagi saya persoalan yang nampak rumit, namun jalan penyelesaiannya sudah terpampang depan mata…

Aqidah…

Perteguhkan aqidah umat Islam di Malaysia…

Bukannya menyogok mereka dengan hiburan yang bercampur-aduk dengan agama blablablabla…

Loya tekak, muntah darah…

Aqidah umat Islam patut diperteguhkan…

Ini tidak, rakyat disogok, digula-gula, dimanja-manja dengan hiburan serba melampau…

Idola Kecil, Mencari Bintang, Akademi Fantasia blablablabla…

Kalau anak tak dapat nyanyi, nangis guling-guling… Kalau anak tak pandai menari, nangis meraung… Kalau anak tak Berjaya, nangis sembunyi diri dalam almari…

Cuba, kalau anak tak pandai ngaji… “Tak pe, banyak masa lagi…” “Tak pe, budak lagi…”

Choiii!!!!

Memang betullah, ade jugak terselit Al-kuliyyah.. Ade jugak laaa terpampang Tanyalah Ustaz… Ada jugaklah usaha dengan rancangan-rancangan agama ni…

Tapi, berapa sangat rating rancangan agama ini bila disiarkan?

Berapa kerat rakyat Malaysia yang tengok?

Aqidah ni, bukan isu enteng yang patut dipandang sipi-sipi…

Macam ayat “Tak pe.. Muda-muda ni, patut enjoy… Nanti dah tua, tak boleh enjoy dah…”

Atau “Biarlah dia tak mahu bertudung, nanti dia bosan dah dengan segala macam, dia back to basic balik!”

Atau ini…

1506068_658167880892334_2080700538_n

Tak pe… Panas kat dunia ni kejap je, kak… heeehuuu~

So, sekarang… Rasanya tak payah rasa nak pelik-hairan dan segala macam laaa kan, bilamana ramai orang terpengaruh dengan ajaran sesat-songsang entah hape mende yang berterabur dan melata-lata di bumi Malaysia ini…

Sungguh!

Sebab apa yang perlu dihairankan?

Bukan sikit orang yang mempertikaikan hukum… Bukan sikit orang yang menidakkan ketuhanan dan keEsaan Allah s.w.t. itu…

Ramai…

Dan, kenapa makin ramai?

“Oh, biasalah.. akhir zaman…”

“Oh, biasalah, dunia di penghujung usia…”

“Oh, biasalah… semua ni dunia je…”

Sudahlah… Berhenti…

Berapa banyak perkara luar biasa yang jadi biasa sekarang?

Takkan laa kes Tuhan Harun pun nak cakap biasa jugak?

Aduh!

Siapa yang rosak sebenarnya?

Kita? Mereka? Ibu ayah? Guru? Ustaz? Ustazah? Naqibah? Naqib? Diri Sendiri?

Tak payah nak tuding jari sana sini, sebab semuanya balik pada diri sendiri… Pada aqidah diri kita sendiri…

Cukupkah bekalan kita dengan hanya solat 5 waktu yang kadang-kadang penuh, kadang-kadang satu… Kadang-kadang awal, kadang-kadang hujung waktu?

Cukup dah ke, bekalan kita?

Kuat dah ke aqidah kita kalau masih nak percaya perkara ngarut-ngarut… Kena mandi bunga sebab nak cepatkan jodoh… Kena baca jampi serapah blablabla buat tolak bala… Cukup kuat dah ke?

Tak payah nak cakap kubur sendiri-sendiri… Tak perlu…

Sebab, bila ayat kamu keluar je kata kubur sendiri-sendiri… Maknanya, kamu belum belajar erti hidup kamu secara Islami 24/7…

Isu aqidah ni, tak payah nak tunggu pak-pak menteri yang dok bergaduh dalam Parlimen tu buat kerja…

Tak perlu laa kot nak harap pak-pak ustaz turun padang dengan sniper…

Kita sendiri patut mula…

Mula mencari diri, mula membina identity, mula membentuk personality…

Takkan nak tengok je orang lain riang gembira tak de keluh kesah dan dengus rengus, bahagia dengan cahaya yang Allah simbah dalam hati dia?

Takkan laaa nak tengok je orang tu pergi tarbiyah, pergi usrah, pergi mukhayyam, pergi rehlah, pergi jaulah dengan bahagia dan berlapang dada?

Takkan nak jadi tukang tengok je?

Takkan laa kot kan?

Mesti nak join jugak… Mesti nak rasa sama-sama kebahagiaan diorang tu kan?

Jadi, kuatkan aqidah…

Betul, tarbiyah bukan segala-galanya… Tapi, segala-galanya bermula dengan tarbiyah…

Nak kuat aqidah, kena ikut tarbiyah…

Nak hati bahagia, kena ikut tarbiyah…

Nak rasa cukup serba ada, ikutlah tarbiyah…

Sebab semuanya bermula dengan kita… Saya, kamu, makcik jual burger sebelah rumah, pak cik jual tong gas belakang rumah…

Semua tu bermula dengan kita…

Samada nak tengok je orang masuk syurga dengan gembira…

Atau nak bawak diri terjun berani mati masuk gaung neraka…

Pilihan ada dua je… Tak banyak…

Fikir-fikirlah…

Aqidah awak, awak kena jaga…

Tak percaya?

Cuba check Tuhan Harun…

Tak sampai seminggu ditahan dalam lokap, sudah diserang angin ahmar sampai tak boleh bangun berdiri betul masa ke mahkamah semalam untuk bicara… Dengan air liur meleleh…

Sedangkan Fir’aun yang katanya tak pernah sakit hingga mengaku Tuhan pun, Allah tenggelamkan dia dalam air Laut Merah… Inikan pula lelaki Melayu itu yang katanya dia Tuhan bernama Harun…

Mana mungkin Tuhan itu bersosok serba tak sempurna seperti manusia…

Mana mungkin Tuhan itu boleh jatuh sakit…

Semua itu atas kuasa siapa kalau bukan Ya Rabb?

Semua itu atas kehendak siapa kalau bukan Ya Khaliq?

Jadi, pilih…

Nak menangis meraung meratap hiba di dunia…

Atau nak menangis meraung meratap hiba di akhirat?

Pilihan ada hanya dua… dan ia di dalam jangkauan kalian…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s