Jalan ini…

Ada satu ketika, kita rasa kita perlukan seseorang untuk bercakap, bersoal jawab, berdebat, bergaduh dan sebagainya…

Tapi, Allah tak hadirkan ia depan mata…

Sebab Allah nak kita mengadu hanya pada Dia…

Allah!

****

Perasaan yang merudum jatuh sejak akhir-akhir ini…

Rasa diri serba lemah, serba rapuh dan serba serbi huduh dan hilang…

Dan setiap kali rasa itu datang, Sami Yusuf dengan penuh istiqamah melagukan Make Me Strong di telinga…

Betapalah…

Betapalah, Allah itu Maha Penyayang, Maha Menyentuh hati manusia yang serba dhaif seperti aku…

Rasa ketidak-beradaan…

Rasa macam tak mampu nak menyentuh hati sendiri dengan kalam muliaNya…

Rasa serba tak kena sebab tak rasa apa-apa bila membaca kalam suci itu…

Ia membuat diri tak betah…

Satu juzuk Satu hari yang tidak bermakna!

Sungguh!

Setakat jadi orang yang sangat aktif dalam production, tapi tak de sebarang efficiency ataupun tiada rasa serba dihujani dengan cahaya agung…

Rasanya ia satu rasa yang serba parah…

Sungguh!

Terasa jalan yang dilalui ini serba panjang…

Serba payah…

Serba susah…

Perasaan jadi merudum terus…

Rasa hati serba sedih dan sayu…

Dibawa mengadap pada Yang Maha Esa, tiada kata yang mampu terluah… Hanya air mata…

Sungguh!

Perasaan serba entah apa ini, serba menyesakkan…

Dan, ia tak mampu ditafsirkan dengan kata-kata…

Jalan ini sumpah panjang!

Jalan ini sungguh, ia memerlukan kekuatan hati yang serba tinggi…

Jalan yang dipilih ini, memerlukan hati untuk jadi kebal dan serba pejal dengan jahiliyah yang serba banyak dan serba berleluasa…

Jalan ini sumpah susah!

Jalan ini sumpah lelah!

Tapi….

Ia setimpal dengan ganjaran yang Allah dah sediakan…

Kerana syurga itu mahal harganya…

Kerana syurga itu eksklusif tarafnya…

Dan, belum tentu aku tergolong antara 70,000 orang yang dijanji Rasulullah untuk masuk syurga dengan percuma…

Kerana itu, perlu usaha…

Perlu jitu dan ampuh…

Tiada toleh-toleh ke belakang lagi…

Memang…

Bakal ada yang hilang dalam hidup ini…

Sahabat, kawan, keseronokan dunia…

Tapi…

Bukankah syurga itu mahal harganya, Cik Sya?

Senyum, tak perlu kata apa-apa…

Nangis, juga tak perlu kata apa-apa…

Advertisements

Supplement Roh…

Hati yang bernoda-noda...

Hati yang bernoda-noda…

Sekarang ni, macam makin banyak dan makin popular stok-stok supplement atau makanan kesihatan yang terjual di pasaraya…

Ada yang fungsinya untuk kurus, untuk putih gebu, untuk tenaga, untuk cegah itu ini… Macam-macam lagi laaa…

Pendek kata, cakap je untuk sakit apa, In shaa Allah para pengedar/penjual tu, memang senang je nak cari…

Dari jenama S, ke jenama A, ke jenama M ke jenama F atau jenama apa sekalipun… Semuanya menawarkan testimoni-testimoni mereka yang serba gebabom da vasss… Gituh!

Malah, tawaran harga dan pulangan balik modal sekiranya jadi ahli juga cukup mengujakan jiwa dan raga…

Ohhoi! Siapa yang tak mahu duit kan?

Dengan kos sara hidup yang semakin mencengkam dan mencekik batang leher, sudah tentu pulangan-pulangan nilai berbentuk asset dan matawang mengaburi mata sekalian kita, sebagai manusia… Kan?

Tapi…

Tapi, dengan lambakan produk-produk kesihatan badan ni, atau bahasa lainnya raga ni… Sejauh mana pula produk-produk kesihatan jiwa dan rohani dipromosikan dan dipandang dengan nilai yang seberat menjaga kesihatan fizikal yang serba nampak ni?

Yelah…

Kalau kita demam, mesti ada symptoms yang kita nampak kan? Macam, mata merah, hidung berhingus, kepala pusing, suhu badan naik…

Tapi, kalau roh demam? Macam mana symptomnya? Macam mana nak kesan ia?

Lagi…

Kalau fizikal sakit-sakit, contoh macam sakit kudis atau kusta atau panau atau errrr… campak… Mesti kita nampak kan segala bentuk peta dunia tu atas badan kita…

Tapi…

Macam mana kalau roh kita yang diserang sakit kusta, kudis, panau, campak dan segala tu? Malah, ia jauh lebih kronik dari apa yang kita dapat lihat dengan mata…

Macam mana nak kesan?

Macam mana nak baikkan ia?

Macam mana nak sembuhkan ia?

Bagaimana?

Huh! Gelabah ayam kejap…

Secara jujur, sakit fizikal, tak kisah laaa sakit apa pun, memang kita akan nampak… Jelas, terang dan nyata buat kata Ustaz Don semalam masa ngajar ilmu tajwid hukum Izhar Halqi dekat TV Al-Hijrah…

Ya!

Sakit fizikal, jelas, terang dan nyata kita nampak…

Sakit roh?

Derita roh kita?

Sedar tak roh kita ni tengah menjerit minta makanannya? Minta diisi kegersangan dahaganya yang tak pernah kita peduli… Minta diberi barang secebis makanan yang berkhasiat supaya ia tak terus rasa lelah dan penat dibiar dan tidak diambil peduli…

Pernah kita hirau?

Kita hanya hirau tentang kecantikan luaran… Sedang, kecantikan dalaman? Kecantikan roh?

Sebab, waktu kita dibangkit di Padang Mahsyar nanti, bukan batang tubuh fizikal kita ini yang kita mahu pamerkan pada Allah s.w.t.

Masa di Padang Mahsyar nanti, dah tak guna kau cantik, kau kurus, kau sihat walafiat fizikalnya…. Tapi, roh kau, kurus kering, serba sakit, compang camping… Tak rasa malu?

*Peluh besar*

Jadi, sejauh mana kita ambil berat akan supplement Roh kita?

Sejauh mana kita mengimani yang Allah itu Esa, dan Nabi Muhammad itu kekasihNya?

Sejauh mana kita mengimani para Malaikat dan Kitab-Kitab Allah yang mengalirkan tauhid dan hidayahNya?

Sejauh mana kita mengimani Hari Kiamat dan juga Qada’ dan Qadar kita?

Semua ini makanan roh…

Makanan roh yang serba tak nampak tu…

Kita memang tak nampak roh kita sakit… Roh kita tengah derita mahupun sengsara…

Tapi, pernah tak timbul perasaan serba tak kena?

Tiba-tiba je rasa nak menangis? Tiba-tiba je rasa serba tak kena… Tiba-tiba je rasa macam seorang diri di tanah tandus…

Pernah tak rasa begini?

Percayalah, sekiranya kamu pernah dicampak Allah, rasa serba serbi tak kena ini, itu sebenarnya, tanda Allah tengah memanggil-manggil hati dan roh mu dengan penuh kasih sayang….

Allah sedang menyeru-nyeru roh kita agar kembali tunduk padaNya…

Allah sedang rindu pada rintih tangis kita di tikar sejadah…

Sungguh!

Malah, andai kamu rasa hidup kamu tak tenteram… Gaji beribu, tapi, tetap rasa seperti gaji baru berapa ratus…

Atau, kamu rasa, semua orang membencimu…

Hidupmu rasa seolah-olah jadi kebencian manusia… Errr…

Mahupun, kamu rasa serba benci dengan kawan yangsebelum ini baik dan sentiasa dengan kamu tiba-tiba….

Malah, kamu rasa seluruh dunia gelap-gelita… Jadi pemarah, jadi rebellion, jadi serba raksasa entah hapa-hapa… Ughhh…

*Batuk kecil*

Percayalah, itu tanda roh kamu sedang menderita… Bukan sekadar demam panas, atau demam biasa.. Mungkin sedang diserang kanser membunuh entah apa…

Sebelum roh jadi serba hampir mati… Sebelum hati jadi serba mati…

Kenapa kamu tak tarik kaki, bawa ke tikar sejadah…

Heret diri ke majlis-majlis ilmu… Tarik telinga sendiri supaya dengar perkataan-perkataan baik daripada para asatizah yang bertebaran di radio mahupun kaca TV…

Atau, mendaftar diri dengan paksarela ke program-program keagamaan mahupun usrah mingguan yang berlambak-lambak dan melata-lata atas Tanah Melayu ni…

Sebab, sedar atau tidak…

Ubat hati, ubat roh yang serba sakit atau derita…

Hanya dengan kembali pada Yang Maha Esa…

Selagi hidup rasa terumbang-ambing tak ada hala tuju… Selagi destinasi abadi dan cita-cita serba suci, tak mampu nak dihadam dengan akal yang serba logic tu…

Menimba ilmu, menambah amal, membawa hati dan diri pada Ilahi, itu adalah ubat pada sakit hati dan parah jiwa yang membawa pada roh serba sulit dan derita…

Kalau fizikal serba sihat, serba tip top, serba canggih-manggih…

Takkan roh nak dibayar serba sakit, serba derita, serba kalut?

Jadi…

Supplement roh, anyone?

Aseef Jiddan

Maaf…

Aseef jiddan…

Maaf sebab sibuk dengan urusan yang bertimpa-timpa hingga tak berdaya nak update belog yang serba terpencil ini…

*Errr…*

Eh, alasan!

Mana de sibuk mana pon… IG, FB, boleh kata tiap masa kau hupdate, Cik Sya!

Wuuu~~~ Maaf… Aseef jiddan… Nyata diri serba kerdil ini khilaf…

Mahu berkongsi nota-nota usrah dan tadabbur, serta beberapa siri daurah dan juga kuliah yang diikuti, tapi…

Buku nota tertinggal di rumah…

Aseef lagi…

*Bape banyak nak minta maaf ni?*

Mohon doa, saya terus istiqamah berkongsi ilmu yang serba sedikit di sini…

Jumpa di kelapangan akan datang…

Masa tu, memang post bakal mencurah ibarat chocolate coco crunch melimpah di ladang gandum…

In shaa Allah…

Mohon pamit dulu…

Ada waktu, akan terluang juga segala di sini…

Oh, boleh follow IG disyafiqahsham atau follow mukabuku di Syafiqah Binti Sham…

Maaf, memang jarang nak approve membe… Kalau ada butang follow, boleh follow di situ…

Sebarang pertanyaan mengenai usrah, ODOJ = One Day One Juzu’, boleh directly email ke syafiqahsham@gmail.com . In Shaaa Allah, mana terdaya bakal dibantu.

Jazakillah Khair Kathir sebab follow tulisan blelog kerdil ni..

Uhibbukum Fillah~~~