Supplement Roh…

Hati yang bernoda-noda...

Hati yang bernoda-noda…

Sekarang ni, macam makin banyak dan makin popular stok-stok supplement atau makanan kesihatan yang terjual di pasaraya…

Ada yang fungsinya untuk kurus, untuk putih gebu, untuk tenaga, untuk cegah itu ini… Macam-macam lagi laaa…

Pendek kata, cakap je untuk sakit apa, In shaa Allah para pengedar/penjual tu, memang senang je nak cari…

Dari jenama S, ke jenama A, ke jenama M ke jenama F atau jenama apa sekalipun… Semuanya menawarkan testimoni-testimoni mereka yang serba gebabom da vasss… Gituh!

Malah, tawaran harga dan pulangan balik modal sekiranya jadi ahli juga cukup mengujakan jiwa dan raga…

Ohhoi! Siapa yang tak mahu duit kan?

Dengan kos sara hidup yang semakin mencengkam dan mencekik batang leher, sudah tentu pulangan-pulangan nilai berbentuk asset dan matawang mengaburi mata sekalian kita, sebagai manusia… Kan?

Tapi…

Tapi, dengan lambakan produk-produk kesihatan badan ni, atau bahasa lainnya raga ni… Sejauh mana pula produk-produk kesihatan jiwa dan rohani dipromosikan dan dipandang dengan nilai yang seberat menjaga kesihatan fizikal yang serba nampak ni?

Yelah…

Kalau kita demam, mesti ada symptoms yang kita nampak kan? Macam, mata merah, hidung berhingus, kepala pusing, suhu badan naik…

Tapi, kalau roh demam? Macam mana symptomnya? Macam mana nak kesan ia?

Lagi…

Kalau fizikal sakit-sakit, contoh macam sakit kudis atau kusta atau panau atau errrr… campak… Mesti kita nampak kan segala bentuk peta dunia tu atas badan kita…

Tapi…

Macam mana kalau roh kita yang diserang sakit kusta, kudis, panau, campak dan segala tu? Malah, ia jauh lebih kronik dari apa yang kita dapat lihat dengan mata…

Macam mana nak kesan?

Macam mana nak baikkan ia?

Macam mana nak sembuhkan ia?

Bagaimana?

Huh! Gelabah ayam kejap…

Secara jujur, sakit fizikal, tak kisah laaa sakit apa pun, memang kita akan nampak… Jelas, terang dan nyata buat kata Ustaz Don semalam masa ngajar ilmu tajwid hukum Izhar Halqi dekat TV Al-Hijrah…

Ya!

Sakit fizikal, jelas, terang dan nyata kita nampak…

Sakit roh?

Derita roh kita?

Sedar tak roh kita ni tengah menjerit minta makanannya? Minta diisi kegersangan dahaganya yang tak pernah kita peduli… Minta diberi barang secebis makanan yang berkhasiat supaya ia tak terus rasa lelah dan penat dibiar dan tidak diambil peduli…

Pernah kita hirau?

Kita hanya hirau tentang kecantikan luaran… Sedang, kecantikan dalaman? Kecantikan roh?

Sebab, waktu kita dibangkit di Padang Mahsyar nanti, bukan batang tubuh fizikal kita ini yang kita mahu pamerkan pada Allah s.w.t.

Masa di Padang Mahsyar nanti, dah tak guna kau cantik, kau kurus, kau sihat walafiat fizikalnya…. Tapi, roh kau, kurus kering, serba sakit, compang camping… Tak rasa malu?

*Peluh besar*

Jadi, sejauh mana kita ambil berat akan supplement Roh kita?

Sejauh mana kita mengimani yang Allah itu Esa, dan Nabi Muhammad itu kekasihNya?

Sejauh mana kita mengimani para Malaikat dan Kitab-Kitab Allah yang mengalirkan tauhid dan hidayahNya?

Sejauh mana kita mengimani Hari Kiamat dan juga Qada’ dan Qadar kita?

Semua ini makanan roh…

Makanan roh yang serba tak nampak tu…

Kita memang tak nampak roh kita sakit… Roh kita tengah derita mahupun sengsara…

Tapi, pernah tak timbul perasaan serba tak kena?

Tiba-tiba je rasa nak menangis? Tiba-tiba je rasa serba tak kena… Tiba-tiba je rasa macam seorang diri di tanah tandus…

Pernah tak rasa begini?

Percayalah, sekiranya kamu pernah dicampak Allah, rasa serba serbi tak kena ini, itu sebenarnya, tanda Allah tengah memanggil-manggil hati dan roh mu dengan penuh kasih sayang….

Allah sedang menyeru-nyeru roh kita agar kembali tunduk padaNya…

Allah sedang rindu pada rintih tangis kita di tikar sejadah…

Sungguh!

Malah, andai kamu rasa hidup kamu tak tenteram… Gaji beribu, tapi, tetap rasa seperti gaji baru berapa ratus…

Atau, kamu rasa, semua orang membencimu…

Hidupmu rasa seolah-olah jadi kebencian manusia… Errr…

Mahupun, kamu rasa serba benci dengan kawan yangsebelum ini baik dan sentiasa dengan kamu tiba-tiba….

Malah, kamu rasa seluruh dunia gelap-gelita… Jadi pemarah, jadi rebellion, jadi serba raksasa entah hapa-hapa… Ughhh…

*Batuk kecil*

Percayalah, itu tanda roh kamu sedang menderita… Bukan sekadar demam panas, atau demam biasa.. Mungkin sedang diserang kanser membunuh entah apa…

Sebelum roh jadi serba hampir mati… Sebelum hati jadi serba mati…

Kenapa kamu tak tarik kaki, bawa ke tikar sejadah…

Heret diri ke majlis-majlis ilmu… Tarik telinga sendiri supaya dengar perkataan-perkataan baik daripada para asatizah yang bertebaran di radio mahupun kaca TV…

Atau, mendaftar diri dengan paksarela ke program-program keagamaan mahupun usrah mingguan yang berlambak-lambak dan melata-lata atas Tanah Melayu ni…

Sebab, sedar atau tidak…

Ubat hati, ubat roh yang serba sakit atau derita…

Hanya dengan kembali pada Yang Maha Esa…

Selagi hidup rasa terumbang-ambing tak ada hala tuju… Selagi destinasi abadi dan cita-cita serba suci, tak mampu nak dihadam dengan akal yang serba logic tu…

Menimba ilmu, menambah amal, membawa hati dan diri pada Ilahi, itu adalah ubat pada sakit hati dan parah jiwa yang membawa pada roh serba sulit dan derita…

Kalau fizikal serba sihat, serba tip top, serba canggih-manggih…

Takkan roh nak dibayar serba sakit, serba derita, serba kalut?

Jadi…

Supplement roh, anyone?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s