Pertemuan, Pertunangan dan Pernikahan….

Saya… Kamu… Dia… Dan mereka…
 
Kita semua sudah dilamar sejak dari alam baqa’ dengan si dia…
 
Yang namanya kematian…
 
Dan, iya… Mati itu pasti, hiduop itu in shaa allah…
 
Dalam sibuk nak kejar-kejar dunia, cuba berhenti seketika, dan pandang wajah ceria itu ke dalam cermin kaca…
 
Apakah kita sudah sedia dengan perkahwinan abadi itu?
 
Kerana, kita sedang dalam tempoh pertunangan yang panjang dengannya…
 
Entah esok, entah lusa… Entah minggu ini, entah minggu depan… Entah tahun ini, entah tahun depan…
 
Tiada siapa tahu, melainkan Yang Khaliq Yang Maha Esa…
 
Pertunangan yang panjang…
 
Apakah hantaran kita cantik berhias…
 
Atau buruk dipandang?
 
 
 
Hei awak!
Sudah lama kita berkenalan, 
Ketika itu saya masih hingusan,
Awak datang tanpa jemputan,
Tiada ribut tiada taufan,
Atuk jatuh tiba-tiba pengsan, 
Lepas tu ucap selamat jalan,
Awak buat nenek meroyan!
 
Hei awak!
Entah pula berapa haribulan,
Kawan baik melintas jalan, 
Pulang dari sekolah harian, 
Sambil makan satay ikan,
Awak sergah buat kejutan,
Buat dia jadi tak keruan,
Kena rempuh lori lima tan!
 
Hei awak! 
Awak buat mak tak siuman,
Bila awak datang buat lawatan,
Ke hospital tempat persalinan,
Mak mengandung adik kelapan,
Adik masih dalam kandungan,
Awak datang tersenyum sakan,
Adik lesap tidak pernah kelihatan.
 
Hei awak!
Meski awak buat saya tak aman,
Tiga kali buat saya kesedihan,
Atuk, kawan dan adik perempuan,
Macamlah awak tiada belas kasihan,
Awak pandai memujuk melayan,
Habis saya tangkap chentan,
Akhirnya saya termakan umpan! 
 
Hei awak!
Awak datang buat lamaran,
Saya masih dalam dua puluhan,
Awak hulurkan cincin pertunangan,
Kita menanges penuh perasaan,
Apabila doktor akhirnya sahkan,
Dalam otak ada ketumbuhan,
Doktor beri tempoh enam bulan.
 
Hei awak!
Bila tiba hari pernikahan,
Awak nampak segak dan tampan,
Berbaju Melayu kain kaftan,
Lengkap samping sulaman tangan,
Awak pandang saya penuh kechentaan,
Terbaring lesu mengaduh kesakitan,
Hanya mampu mengukir senyuman. 
 
Hei awak!
Awak dan tok kadi duduk berhadapan,
Wajah ceria penuh kegembiraan,
Tok kadi pantas hulurkan tangan,
Awak sambut penuh keyakinan, 
Hati saya penuh debaran,
Adakah hari penuh kebahagiaan?
Atau keperitan tak berkesudahan?
 
Hei awak!
Sekali lafaz awak ucapkan,
Selesai sudah diijabkabulkan,
Awak datang memberi kucupan,
Air mata mengalir tak tertahan,
Inilah hari saya bakal ucapkan,
Selamat tinggal dunia khayalan,
Alam sebenar menjadi idaman.
 
Ah tiada apa yang dapat diungkapkan,
Tiada apa yang mahu diomelkan,
Pada hari penuh dengan coretan,
Pada hari yang sudah ditentukan,
Awak dan saya sudah dijodohkan,
Akhirnya akur memegang gelaran,
Isteri yang sah kepada kematian. 
 
Gunting dan Tampal dari:
Advertisements

Bolehland, Oh, Malaysia!

Malaysians…

Malaysians… Mereka tak pernah gagal membuat saya terkesima dan rasa serba…

Ya! Malaysia boleh katanya…

*Heh*

Terjemuh dengan artikel hiburan…

Isu baru, Erra Fazira sah bercerai lagi…

Dan, sungguh, komen-komen yang ada, serba pelik dan janggal…

Ya! Pelik dan janggal… Untuk tanah Malaysia yang berkepadatan penduduknya lebih 50% berbangsa Melayu dan beragama Islam…

Terjemuh pula dengan rancangan hiburan.. You name it!

Meletup? Melodi? Galaksi Bima Sakti?

Semuanya jenis sibuk nak amik tahu hal dalam kain… Dan ya! Wartawan yang mengajukan soalan, bukan yang beragama lain, melainkan islam belaka…

*Huh!*

Bila si selebriti mula pakai tudung… Mula laaa keluar soalan serba meloya…

“Kenapa pakai tudung?”

“Tak takut rezeki kurang ke?”

“Tak takut orang tak offer berlakon ke?”

“Tak rasa ke, hidup tak bebas bila dah pakai tudung?”

“Tak rasa sayang ke dengan kehidupan lama?”

Blablablablabla…

Which is macam sangat mengarut!

Dan bila si selebriti jawap… Ada aje yang nak dibidas balik…

Dan, mengundang kerutan kening yang sangat hebat di dahi… Malah, kadang-kadang hampir rasa nak bagi reverse punch direct terus ke muka si wartawan…

Soalan dangkal dari otak udang!

Sungguh!

Terasa seolah-olah, Islam di Malaysia ini sangat asing… Walhal ia adalah anutan rasmi Negara ini…

Itu baru meninjau ke lubuk glamor lip lap lip lap…

Belum lagi ke lubuk politik…

Wasatiyyah sangat kan?

*Huh*

Mengarut!

Islam pada Kad Pengenalan…

Itu boleh disimpulkan…

Orang guna kalimah Allah, kau marah… Sebab yang guna tu Cina… Kristian…

Tapi, Melayu, hina Rasulullah.. Kekasih Allah, kau diam…

Malah, dia hina kalimah syahadah pun, kau kata… Dia pemikir… Cara dia fikir twisted… Kononnya, manusia tak faham… Kononnya, saja nak buat isu… Kononnya saja nak tuding jari arah mereka…

Karut!

Karut!

Karut!

 Kalau sampai kalimah syahadah pon dipertikaikan…

Kalau sampai sosok polos dan serba agung Rasulullah pun kau mainkan…

Itu bukan pemikir…

Itu penyesat!

Dan…

Ya!

Malaysia kan serba boleh!

*Heh!*