Marah

Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata “Kami beriman”, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari antaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): “Matilah kamu karena kemarahanmu itu”. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. (Al-i’lmran – 3:119)
 
Ok, secara jujur, memang tengah marah… 😦
 
Marah sangat-sangat sampai rasa macam nak bashing semua orang…
 
Tapi, bukak Qur’an, dan jumpa ayat ni yang berkaitan ngan marah…
 
Macam terkedu kejap…
 
Ok, jujurnya, dah nangis… (Tapi, dalam hati sebab nangis bebetul jap g, satu ofis heran!)
 
Hmmm…
 
“Matilah kamu kerana kemarahanmu itu..”
 
*Nangis*
 
“Sampai bila nak jadi si baran ni, Syafiqah?” tanya satu suara di balik sana kepala…
 
“Sampai bila nak biar hati tu sakit sendiri sebab marah-marah tak tentu hala ni?” soal suara di balik sana kepala lagi…
 
“Kenapa tak bunuh je raksasa gorgon yang menghuni hati tu? Kesian dekat diri sendiri!”
 
Sumpah nangis!!!
 
Whoooaaaa~~~~
 
Cik Sya, kamu ni kenapa??? Sudah-sudah laaa jadi si baran yang panas tak tentu hala… Hilang mood dan jadi si raksasa gorgon tiba-tiba…
 
Sedih…
 
Rasa nak lari masuk dalam gua…
 
 

Mana Tahu…

Setiap kali memandang muka tulus-suci-murni-serba-tak-berdosa anak-anak kecil yang kalau-ikut-hati-nak-gigit-nak-cubit-sampai-lebam, menyerbu rasa serba berdosa… Merenung jauh ke masa hadapan…

“Macam mana mereka bila besar nanti?”

“Macam mana anak aku, bila dia lahir nanti?”

“Macam mana dia nak jalankan kehidupan dengan keadaan dunia yang begini?”

Yelah..

Bukak surat khabar, ada anak kecil yang diculik… Ada anak kecil yang hilang tanpa jejak…

Ada kes jenayah yang tak kira jantina lagi…

Ada kes tembak sana-sini…

Ada pak-pak menteri yang serba-serbi ‘pandai’ dan ‘bijak’ mengurus dan mentadbir Negara…

Ada mata-mata serba tajam macam sniper usha sana-sini mencari mangsa…

Malah, kes rompak sekarang bukan setakat kes rompak… Kes rompak sekarang ni macam ada pakej pulak… Pakej rogol dan bunuh… Macam beli Milo 3 in 1… Macam beli barang dekat kedai, beli satu percuma 2!

Rasa macam takut, macam serba diburu rasa berdosa…

Bagaimana mahu meneruskan hidup dengan penuh daya usaha dan mengelak segala bencana yang tak diingini ini berlaku…

Termenung panjang sambil makan gula-gula hacks… Lama jugak laaa pandang ke langit yang biru dan kadang-kadang mendung berarak dengan angin sepoi-sepoi bahasa tu…

Rasa macam… Macam ada sengat ribu-ribu datang menyengat jantung dan hempedu dengan serentak dan tanpa rasa ragu…

“Apa aku dah buat untuk diri aku?”

“Apa aku dah buat untuk ahli keluargaku?”

“Apa aku dah buat untuk agamaku?”

“Apa aku dah buat untuk masyarkatku? Untuk ummahku? Untuk negaraku?”

Berat!

Rasa nak terkehel kepala sebab fikir berat-berat macam gini…

Serius!

Kadang-kadang terhasut jugak dengan kata-kata orang..

“Biarlah… Apa nak jadi, jadilah… Kita tak kacau orang… Orang tak kacau kita…”

Betul…

Tapi…

Bukan ada je ke, kes yang yang membabitkan pak cik tua yang tak berdosa jalan kaki nak pergi masjid hilang tanpa jejak… Tahu-tahu dijumpai mati dan mayat berulat tepi semak… Sebab kena rompak?

Pak cik tu tak ada musuh, tak ada apa-apa dosa pun… Tapi, dibunuh kejam sampai macam tu sekali…

Memanglah dah ajal pakcik tu, bahagian dia meninggalkan dunia bertemu sang Pencipta dengan keadaan macam tu…

Tapi…

Masih…

Takut…

Seram…

Trauma…

Macam tak selamat dah nak hidup hatta di rumah sendiri…

Salah siapa ini?

Takkan nak salahkan Pak Cik Anuar jugak kot?

*Ok, tak kelakar!*

Sungguh, rasa gerun nak fikir, macam mana kalau dah berkahwin, ada anak…

*Huishhh~ Jauh anganan…*

Adakah anak kita selamat?

Adakah anak dan suami/isteri kita mampu jadi bekalan kita ke syurga?

Dan, mampukah kita jadi isteri/suami dan anak pada ibu bapa kita yang menjadi bekalan ke syurga buat mak ayah kita nanti?

*Nangis!*

Allah!

Kadang-kadang rasa macam tak terhimpun rasa serba salah ini…

Kadang-kadang rasa macam tak terhitung rasa berdosa ini…

Diri sendiri pun belum tentu bagus dan istiqamah nak jadi bekalan dunia akhirat untuk mak ayah apatah lagi suami/isteri…

Macam mana nak bina ummah? Nak capai tingkat daulah Islamiyyah seterusnya tingkat Ustaziyatul alam?

Kalau maratib amal pon lompong…

Kalau usrah pun sikit-sikit kata nanti…

Kalau tarbiyah dah melambai depan mata tapi, buat-buat lupa, buat-buat buta?

*kesat hingus*

Belum cukup kalau takat tuntut ilmu melalui televisyen yang banyak rancangan agama tu… Belum cukup…

Kita ni dah terlalu manja dengan jahiliyyah… Dah jauh hanyut dalam duniawi…

Terlalu taksub dengan bisik-bisik halus syaitan yang kita serba tak nampak tu…

Walhal syaitan tu dah bersumpah dah…

Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.

(Ibrahim – 14:22)

Syaitan sendiri dah bagitahu, yang dia takkan sekali-kali tolong kita bila di akhirat kelak…

“Semua orang tahu tu!”

Ya! Semua orang tahu itu… Tapi…

Ada sesiapa nak ingatkan tak, neraka tu macam mana?

Ok, cuba gambarkan laaa ek…

di hadapannya ada Jahannam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumnnya air nanah itu dan hampir dia tidak bisa menelannya dan datanglah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati, dan dihadapannya masih ada azab yang berat.

(Ibrahim – 14: 16 – 17)

Bayangkan nak minum air nanah…

*Phewww~~*

Tak sanggup nak bayangkan…

Jadi, sekarang ni… Kenapa masih malas, masih manja dan masih lagi rasa tak puas dengan jahiliyyah?

Tak teringin masuk syurga?

tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa). Mereka itu memperoleh rezeki yang tertentu, yaitu buah-buahan. Dan mereka adalah orang-orang yang dimuliakan, di dalam surga-surga yang penuh nikmat. di atas takhta-takhta kebesaran berhadap-hadapan. Diedarkan kepada mereka gelas yang berisi khamar dari sungai yang mengalir. (Warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum. Tidak ada dalam khamar itu alkohol dan mereka tiada mabuk karenanya. Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.

(As-Saffat – 37:40 – 49)

Whooaaa~~~ Jatuh rahang…

Nikmat syurga yang jadi dambaan jutaan manusia…

Rasa…

Rasa macam tak layak nak masuk syurga… Rasa macam tak mampu nak gapai syurga dengan amalan yang serba sedikit yang ada ni…

*Nangis!*

Tapi, takut nak masuk neraka… Takut nak minum air nanah… Takut nak berdepan dengan kala jengking dan  entah apa lagi yang berbisa dan menyiksa dalam neraka tu…

*Nangis laju-laju*

Dah tu…

Nak buat apa supaya kita layak masuk syurga?

Nak buat apa supaya kita tak layak jadi penghuni neraka?

Takkan nak duduk diam-diam…

Kubur sendiri-sendiri katanya…

Ah! Seram!!!

Seram membayangkan nasib diri ni…

Ke syurga tak mampu… Ke neraka tidak mahu…

Jadi…

Apa yang ada buat kita jadi bekal untuk menghadap Tuhan?

Dosa bertimbun, amalan tidak tentu…

Aduh!!!!

Dan, layakkah kita jadi bekalan syurga buat mak ayah kita? Buat suami/isteri kita?

*Tersedu-sedu*

Tak cukup kalau takat cukup solat 5 waktu yang kadang-kadang terbabas waktu…

Tak cukup dengan zakat yang kadang-kadang berkira-kira…

Belum dikira daging saudara-mara yang kita dah makan dan lapah tanpa sedar dan tanpa rela…

Tak banyak amalan lagi ni… Macam mana nak menuai saham di ladang akhirat?

Sebab syurga tu mahal… Sebab syurga tu serba eksklusif…

Sebab syurga tu sangat cantik..

Takkan laaa kita dengan amalan apa ada je ni, nak masuk syurga?

Jadi, kita buat apa selama 20-30-40-50-60 tahun kita hidup atas mukabumi?

Buat kerosakan? Buat maksiat? Larut dalam jahiliyyah?

Ma Shaa Allah~~~ Kita dah jauh nak kejar nikmat syurga Allah yang tak terhitung indah dan nikmatnya itu…

Astaghfirullah…

Perlu kembali dan bawa diri… Heret kaki kembali kepada Ilahi…

Menangis tersedu-sedan pon tak cukup nak bawak diri ke syurga..

Kalau tak kongsi rasa serba insaf sesama kakak, adik, abang, pakcik jual cekodok seberang rumah mahupun makcik tukang sapu dekat pasaraya seberang jalan tu…

Sebab erti kita sebagai khalifah adalah menyampaikan…

Tak perlu nak rasa down sampai nak terjun gaung atau terjun dari tingkat 16 KLCC tu…

Cukup dengan muhasabah, tingkatkan amal, mempelajari ilmu…

Dan ilmu yang serba sedikit tu, cuba dikongsi sebaik mungkin dengan anak-anak, dengan kawan-kawan…

Mungkin…

Mungkin mereka sedang mencari erti hidup mereka…

Mungkin, mereka sedang mencari destinasi abadi mereka…

Tak salah jadi penunjuk jalan… Dapat pahala ajak orang buat kebaikan… Sebab ia bekalan kecil kita ke akhirat…

Jadi, sudah-sudahlah tabur air mata tu…

Bangun! Bergerak!

Sebarkan kebaikan walau sepatah kata…

Mana tahu, ada yang tersentuh dengan sepatah kata itu…

Mana tahu, kerana dia kita masuk syurga…

Mana nak tahu… Sebab sebaran yang sedikit itu, ada hati yang bermuram durja, jadi bahagia…

Mana nak tahu…

Sebab semua tu, caturan Allah… Allah yang pandang kita… bukan orang… Bukan jugak pak cik jual eskrem tu yang nilai kita…

Wallahu’alam…

 

 

 

 

Tuhan Harun

Isu Tuhan Harun…

Kalian ikuti isu Tuhan Harun ini?

Ya… Tuhan Harun itu yang katanya dia itu Tuhan, hingga nyawa penguasa agama itu kelihatan murah nilainya… Hanya kerana mereka ajaran sesat yang sedang disiasat oleh si arwah mangsa…

Dasar manusia serba takbur!

Isu Tuhan Harun, Syiah, dan segala macam ajaran sesat yang bertapak berakar umbi dan beranak pinak dalam Malaysia ni, bagi saya, tidak cukup hanya dengan kerja banteras, tahan, reman, lokap, bicara dan blablablabla…

Sebab, penyudahnya, mungkin akan timbul ajaran baru… Ayah Johar, Tuhan Ismail atau apa entah lagi kebangangan manusia yang gila dan serba jahil dalam agama.

Benar, penguatkuasaan itu perlu…

Tapi…

Memetik kata seseorang (ok, saya lupa nama dia siapa) katanya…

“Tak kisah laaa, Syiah ke, Tuhan Harun ke, Haji Kahar lantik balik diri dia jadi Nabi Melayu ke, hape ke, kalau aqidah umat Islam Malaysia itu kukuh, sungguh, ia tak jadi kudis… Malah, dengan mudah kita dapat kesan dan dengan mudah kita dapat banteras…”

Ya, bagi saya persoalan yang nampak rumit, namun jalan penyelesaiannya sudah terpampang depan mata…

Aqidah…

Perteguhkan aqidah umat Islam di Malaysia…

Bukannya menyogok mereka dengan hiburan yang bercampur-aduk dengan agama blablablabla…

Loya tekak, muntah darah…

Aqidah umat Islam patut diperteguhkan…

Ini tidak, rakyat disogok, digula-gula, dimanja-manja dengan hiburan serba melampau…

Idola Kecil, Mencari Bintang, Akademi Fantasia blablablabla…

Kalau anak tak dapat nyanyi, nangis guling-guling… Kalau anak tak pandai menari, nangis meraung… Kalau anak tak Berjaya, nangis sembunyi diri dalam almari…

Cuba, kalau anak tak pandai ngaji… “Tak pe, banyak masa lagi…” “Tak pe, budak lagi…”

Choiii!!!!

Memang betullah, ade jugak terselit Al-kuliyyah.. Ade jugak laaa terpampang Tanyalah Ustaz… Ada jugaklah usaha dengan rancangan-rancangan agama ni…

Tapi, berapa sangat rating rancangan agama ini bila disiarkan?

Berapa kerat rakyat Malaysia yang tengok?

Aqidah ni, bukan isu enteng yang patut dipandang sipi-sipi…

Macam ayat “Tak pe.. Muda-muda ni, patut enjoy… Nanti dah tua, tak boleh enjoy dah…”

Atau “Biarlah dia tak mahu bertudung, nanti dia bosan dah dengan segala macam, dia back to basic balik!”

Atau ini…

1506068_658167880892334_2080700538_n

Tak pe… Panas kat dunia ni kejap je, kak… heeehuuu~

So, sekarang… Rasanya tak payah rasa nak pelik-hairan dan segala macam laaa kan, bilamana ramai orang terpengaruh dengan ajaran sesat-songsang entah hape mende yang berterabur dan melata-lata di bumi Malaysia ini…

Sungguh!

Sebab apa yang perlu dihairankan?

Bukan sikit orang yang mempertikaikan hukum… Bukan sikit orang yang menidakkan ketuhanan dan keEsaan Allah s.w.t. itu…

Ramai…

Dan, kenapa makin ramai?

“Oh, biasalah.. akhir zaman…”

“Oh, biasalah, dunia di penghujung usia…”

“Oh, biasalah… semua ni dunia je…”

Sudahlah… Berhenti…

Berapa banyak perkara luar biasa yang jadi biasa sekarang?

Takkan laa kes Tuhan Harun pun nak cakap biasa jugak?

Aduh!

Siapa yang rosak sebenarnya?

Kita? Mereka? Ibu ayah? Guru? Ustaz? Ustazah? Naqibah? Naqib? Diri Sendiri?

Tak payah nak tuding jari sana sini, sebab semuanya balik pada diri sendiri… Pada aqidah diri kita sendiri…

Cukupkah bekalan kita dengan hanya solat 5 waktu yang kadang-kadang penuh, kadang-kadang satu… Kadang-kadang awal, kadang-kadang hujung waktu?

Cukup dah ke, bekalan kita?

Kuat dah ke aqidah kita kalau masih nak percaya perkara ngarut-ngarut… Kena mandi bunga sebab nak cepatkan jodoh… Kena baca jampi serapah blablabla buat tolak bala… Cukup kuat dah ke?

Tak payah nak cakap kubur sendiri-sendiri… Tak perlu…

Sebab, bila ayat kamu keluar je kata kubur sendiri-sendiri… Maknanya, kamu belum belajar erti hidup kamu secara Islami 24/7…

Isu aqidah ni, tak payah nak tunggu pak-pak menteri yang dok bergaduh dalam Parlimen tu buat kerja…

Tak perlu laa kot nak harap pak-pak ustaz turun padang dengan sniper…

Kita sendiri patut mula…

Mula mencari diri, mula membina identity, mula membentuk personality…

Takkan nak tengok je orang lain riang gembira tak de keluh kesah dan dengus rengus, bahagia dengan cahaya yang Allah simbah dalam hati dia?

Takkan laaa nak tengok je orang tu pergi tarbiyah, pergi usrah, pergi mukhayyam, pergi rehlah, pergi jaulah dengan bahagia dan berlapang dada?

Takkan nak jadi tukang tengok je?

Takkan laa kot kan?

Mesti nak join jugak… Mesti nak rasa sama-sama kebahagiaan diorang tu kan?

Jadi, kuatkan aqidah…

Betul, tarbiyah bukan segala-galanya… Tapi, segala-galanya bermula dengan tarbiyah…

Nak kuat aqidah, kena ikut tarbiyah…

Nak hati bahagia, kena ikut tarbiyah…

Nak rasa cukup serba ada, ikutlah tarbiyah…

Sebab semuanya bermula dengan kita… Saya, kamu, makcik jual burger sebelah rumah, pak cik jual tong gas belakang rumah…

Semua tu bermula dengan kita…

Samada nak tengok je orang masuk syurga dengan gembira…

Atau nak bawak diri terjun berani mati masuk gaung neraka…

Pilihan ada dua je… Tak banyak…

Fikir-fikirlah…

Aqidah awak, awak kena jaga…

Tak percaya?

Cuba check Tuhan Harun…

Tak sampai seminggu ditahan dalam lokap, sudah diserang angin ahmar sampai tak boleh bangun berdiri betul masa ke mahkamah semalam untuk bicara… Dengan air liur meleleh…

Sedangkan Fir’aun yang katanya tak pernah sakit hingga mengaku Tuhan pun, Allah tenggelamkan dia dalam air Laut Merah… Inikan pula lelaki Melayu itu yang katanya dia Tuhan bernama Harun…

Mana mungkin Tuhan itu bersosok serba tak sempurna seperti manusia…

Mana mungkin Tuhan itu boleh jatuh sakit…

Semua itu atas kuasa siapa kalau bukan Ya Rabb?

Semua itu atas kehendak siapa kalau bukan Ya Khaliq?

Jadi, pilih…

Nak menangis meraung meratap hiba di dunia…

Atau nak menangis meraung meratap hiba di akhirat?

Pilihan ada hanya dua… dan ia di dalam jangkauan kalian…

Tadabbur Surah Al-Baqarah (2:26 – 27)

al-baqarah, 26

2:26 – Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?”. Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik,

  • Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu – Samada sekecil-kecil nyamuk atau sebesar-besar gajah, sekiranya ia benar dan juga bermanfaat, Allah tidak berasa sangsi untuk memberi ganjaran baik pada pelakunya. Malah, jika sekecil-kecil nyamuk itu punya kelebihan, apatah lagi manusia yang dikurniakan akal fikiran.
  • Pada zaman Rasulullah, orang Musyrik cuba menimbulkan keraguan pda Ayat Allah – memperlekehkan yang Allah tidak mungkin menyebut tentang binatang-binatang kecil seperti lalat dan nyamuk dalam firmanNya.
  • Mereka  (kaum Yahudi Madinah dan Musyrik) cuba menimbulkan keraguan pada hati-hati sahabat Rasulullah.
  • Allah menurunkan ayat ini untuk menidakkan kenyataan mereka.
  • Perumpamaan ini adalah untuk menegaskan keistimewaan makhluk, dan ia adalah alat untuk menerangi dan membuka pandangan manusia.
  • Oleh itu, dalam perumpamaan ini, tidak ada sesuatu pun yang tercela dan tidak perlu malu menyebutnya.
  • Kisah nyamuk – significant nya nyamuk pada perumpaan ini adalah – selama-lama ini kita rasa nyamuk adalah musuh kita, sebab ia menghisap darah, merebakkan penyakit seperti malaria dan denggi. Tapi, Allah menegaskan di sini, bahawa nyamuk itu punya keistimewaannya.
  • Nyamuk – sebelum nyamuk menghisap darah manusia/haiwan etc, ia akan menyuntik sejenis cecair seperti ubat kebas. Kemudian nyamuk ini unik ciptaannya, kerana, untuk menembusi kulit manusia, ia perlukan jarum yang sangat tajam untuk menembusinya.
  • Namun, Allah berikan nyamuk sejenis gergaji kecil yang halus yang boleh menembusi kulit manusia dengan cecair kebas yang membuatkan kita tidak berasa sakit atau ngilu semasa proses nyamuk tu nak makan darah manusia.
  • Cuma, apabila nyamuk melepaskan diri/kenyang menikmati darah kita, baru terasa gatal ditempat itu.
  • Subhanallah! Kalau nyamuk sekecil itu punya keistimewaannya, apatah lagi kita manusia!
  • mereka yang kafir mengatakan: “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?”. Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah – bilamana orang-orang kafir menidakkan semua yang Allah umpamakan.
  • Kita semua tahu, saintis Barat merupakan antara mereka yang seringkali menjumpai penemuan-penemuan sains baru, spesies-spesies haiwan baru etc, tapi, berapa ramai antara mereka yang mendustakan kehebatan Allah?
  • Dan hanya Allah sahaja yang mampu memberi petunjuk dan kekuatan (hidayah & taufiq) pada hamba yang Dia kehendaki.

 

 al-baqarah, 27

2:27 – (yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.

  • Di hujung ayat 26 – Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik – orang yang fasik ini cirinya bagaimana?
  • Ciri-ciri orang fasik di ayat 27:
  1. Melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh – perjanjian manusia dengan Allah ketika di alam ruh, ketika dirahim ibu.
    1. Perjanjian untuk mengenal penciptaNya.
    2. Perjanjian untuk beribadah kepada Allah semata-mata
    3. Perjanjian untuk menjadi hamba Allah yang taat.
  2. Memutuskan apa yang diperintahkan Allah pada mereka untuk menghubungkannya:
    1. Menyambungkan kekeluargaan dan kerabat
    2. Menyambungkan kemanusiaan yang besar – sifat ehsan sesame manusia.
    3. Menyambungkan hubungan akidah – menyambungkan silaturrahim sesama Islam – berdakwah (sifat Muslim sebagai Dae’i)
  3. Membuat kerosakan di muka bumi

 

**Wallahu’alam…

**Semoga kita dapat manfaatnya bersama.

Tadabbur Surah Al-Baqarah (2:24 – 25)

 al-baqarah, 24

2:24 – Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) — dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

  • Dan, bilamana, mereka tidak mampu untuk membuatnya, Allah mengatakan bahawa – sememangnya tiada siapa pun yang dapat meniru ayat-ayat Allah ini. Dan Allah menegaskan dalam ayat ini, bahawa sesiapa yang cuba menyeleweng dan mengada-adakan surah baru, nerakalah tempat mereka.
  • Sekaligus, Allah cuba memujuk Kaum Musyrikin Mekah untuk turut sama mengimani Allah dan RasulNya.al-baqarah, 25

2:25 – Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu”. Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.

  • Bayangan syurga pada orang-orang yang beriman.
  • Ganjaran untuk orang yang beriman pada Allah tanpa ragu dan tanpa jemu.
  • Buah-buahan yang kelihatan sama di dunia, tapi, tidak jemu untuk dimakan – makin dimakan, makin sedap dan makin lazat.
  • Isteri-isteri yang suci – isteri-isteri orang beriman yang patuh pada suaminya, akan mendapat ganjaran di syurga dan ditemukan dengan suaminya. Menjadi ketua bidadari, dan menjadi bidadari paling indah untuk suaminya.

**Ayat 24 dan 25 ini memberi gambaran bagaimana Allah mentarbiyah kita – hamba-hambaNya

  1. Ancaman (Ayat 24)
  2. Ganjaran (Ayat 25)

Allah tidaklah kejam dengan memberi ancaman pada hambaNya, Cuma, Allah nak mengingatkan kita hambaNya supaya sentiasa berserah diri pada Allah semata. Ancaman dan ganjaran yang Allah sertakan dalam ayat ini adalah untuk mendidik hati kita, mentarbiyah kita supaya tahu batas-batas seorang muslim. Supaya tak terpesong dan tidak terpaling dari jalan yang diredhai oleh Allah.

 

Tadabbur Surah Al-Baqarah (2:23)

al-baqarah, 23

2:23 – Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

  • Ayat ini adalah hujah dari Allah mencabar orang kafir dan musyrik untuk mencipta sebuah naskhah yang sama atau lebih hebat dari Al-Qur’an.
  • Pada zaman Rasulullah, sewaktu turunnya wahyu Allah pada baginda s.a.w., orang-orang musyrik Mekah seringkali mengatakan bahawa baginda rasul s.a.w. adalah seorang penyair, kerana ayat-ayat Al-qur’an yang diucapkan baginda s.a.w. sebagai wahyu pada para sahabat.
  • Maka Allah menurunkan ayat ini untuk memberi cabaran pada kaum Musyrik Mekah untuk mengadakan ayat yang sama.
  • Tambahan pula, ketika zaman jahiliyah, sebelum kedatangan Islam, kesusasteraan Arab merupakan sesuatu yang sangat dipandang tinggi.
  • Orang-orang Arab – samada mabuk cinta, mabuk rindu, mabuk arak, pergi berperang etc, seringkali menggunakan syair sebagai luahan perasaan mereka.
  • Ketika berperang, syair/sajak ini digunakan untuk membakar semangat para tentera dan mereka dijanjikan dengan harta dan juga wanita.
  • Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu dalam bentuk kalamullah, orang-orang Arab merasa tercabar kerana ayat-ayat Al-qur’an begitu indah.
  • Malah, ayat Al-qur’an terletak pada sudut sastera paling tinggi, yang tak mampu digapai oleh mana-mana ahli sarjana sastera Arab sekalipun.

Tadabbur Surah Al-Baqarah (2: 22)

 

al-baqarah, 22

2:22 – Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.

  • Allah menjadikan bumi sebagai hamparan – bayangkan bumi yang bulat, tapi kita tak terasa pening bila ia berputar. Bumi yang laju bergerak tetap pada paksi, tapi kita tidak terasa kelajuan bumi itu bergerak melainkan peredaran siang dan malam.
  • Langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit – langit yang kita dongak ke atas, nampak kebiruan. Tanpa rasa takut ia jatuh mahupun ia menghempap kita, sedangkan langit tidak bertiang. Betapa Allah dah menjadikan langit itu tetap di tempatnya sebagai atap dan sebagai curahan rezeki (nikmat & rahmat) samada pada mereka yang beriman mahupun tidak.
  • Menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu – Dari hujan punca rezeki manusia. Hujan menurunkan rahmat. Dengan hujan tumbuh-tumbuhan dapat berkembang biak, binatang-binatang dapat mencari punca air mereka. Kita makan tumbuh-tumbuhan dan binatang yang menjadi sumber rezeki kita – beras, buah-buahan, ulam-ulaman, daging etc.
  • Jangan kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui – sesungguhnya manusia itu tahu bahawa alam ini tidak terbentuk dengan sendiri-sendiri. Setiap yang tercipta pasti ada penciptanya. Kita tahu, namun, mengapa kita mendustakan?

**Ayat ini mengajak kita sebagai hamba Allah untuk Tadabbur Alam (menghayati Alam). Tadabbur akan ciptaan Allah di langit dan di bumi. Pada bintang-bintang yang bertebaran di langit. Pada hujan yang turun. Pada kejadian siang dan malam. Dan sesungguhnya, sebagai hambaNya, kita seharusnya terus merasa penuh syukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita.

doa ketika hujan

 

doa ketika hujan berhenti.