Bolehland, Oh, Malaysia!

Malaysians…

Malaysians… Mereka tak pernah gagal membuat saya terkesima dan rasa serba…

Ya! Malaysia boleh katanya…

*Heh*

Terjemuh dengan artikel hiburan…

Isu baru, Erra Fazira sah bercerai lagi…

Dan, sungguh, komen-komen yang ada, serba pelik dan janggal…

Ya! Pelik dan janggal… Untuk tanah Malaysia yang berkepadatan penduduknya lebih 50% berbangsa Melayu dan beragama Islam…

Terjemuh pula dengan rancangan hiburan.. You name it!

Meletup? Melodi? Galaksi Bima Sakti?

Semuanya jenis sibuk nak amik tahu hal dalam kain… Dan ya! Wartawan yang mengajukan soalan, bukan yang beragama lain, melainkan islam belaka…

*Huh!*

Bila si selebriti mula pakai tudung… Mula laaa keluar soalan serba meloya…

“Kenapa pakai tudung?”

“Tak takut rezeki kurang ke?”

“Tak takut orang tak offer berlakon ke?”

“Tak rasa ke, hidup tak bebas bila dah pakai tudung?”

“Tak rasa sayang ke dengan kehidupan lama?”

Blablablablabla…

Which is macam sangat mengarut!

Dan bila si selebriti jawap… Ada aje yang nak dibidas balik…

Dan, mengundang kerutan kening yang sangat hebat di dahi… Malah, kadang-kadang hampir rasa nak bagi reverse punch direct terus ke muka si wartawan…

Soalan dangkal dari otak udang!

Sungguh!

Terasa seolah-olah, Islam di Malaysia ini sangat asing… Walhal ia adalah anutan rasmi Negara ini…

Itu baru meninjau ke lubuk glamor lip lap lip lap…

Belum lagi ke lubuk politik…

Wasatiyyah sangat kan?

*Huh*

Mengarut!

Islam pada Kad Pengenalan…

Itu boleh disimpulkan…

Orang guna kalimah Allah, kau marah… Sebab yang guna tu Cina… Kristian…

Tapi, Melayu, hina Rasulullah.. Kekasih Allah, kau diam…

Malah, dia hina kalimah syahadah pun, kau kata… Dia pemikir… Cara dia fikir twisted… Kononnya, manusia tak faham… Kononnya, saja nak buat isu… Kononnya saja nak tuding jari arah mereka…

Karut!

Karut!

Karut!

 Kalau sampai kalimah syahadah pon dipertikaikan…

Kalau sampai sosok polos dan serba agung Rasulullah pun kau mainkan…

Itu bukan pemikir…

Itu penyesat!

Dan…

Ya!

Malaysia kan serba boleh!

*Heh!*

Advertisements

Tuhan Harun

Isu Tuhan Harun…

Kalian ikuti isu Tuhan Harun ini?

Ya… Tuhan Harun itu yang katanya dia itu Tuhan, hingga nyawa penguasa agama itu kelihatan murah nilainya… Hanya kerana mereka ajaran sesat yang sedang disiasat oleh si arwah mangsa…

Dasar manusia serba takbur!

Isu Tuhan Harun, Syiah, dan segala macam ajaran sesat yang bertapak berakar umbi dan beranak pinak dalam Malaysia ni, bagi saya, tidak cukup hanya dengan kerja banteras, tahan, reman, lokap, bicara dan blablablabla…

Sebab, penyudahnya, mungkin akan timbul ajaran baru… Ayah Johar, Tuhan Ismail atau apa entah lagi kebangangan manusia yang gila dan serba jahil dalam agama.

Benar, penguatkuasaan itu perlu…

Tapi…

Memetik kata seseorang (ok, saya lupa nama dia siapa) katanya…

“Tak kisah laaa, Syiah ke, Tuhan Harun ke, Haji Kahar lantik balik diri dia jadi Nabi Melayu ke, hape ke, kalau aqidah umat Islam Malaysia itu kukuh, sungguh, ia tak jadi kudis… Malah, dengan mudah kita dapat kesan dan dengan mudah kita dapat banteras…”

Ya, bagi saya persoalan yang nampak rumit, namun jalan penyelesaiannya sudah terpampang depan mata…

Aqidah…

Perteguhkan aqidah umat Islam di Malaysia…

Bukannya menyogok mereka dengan hiburan yang bercampur-aduk dengan agama blablablabla…

Loya tekak, muntah darah…

Aqidah umat Islam patut diperteguhkan…

Ini tidak, rakyat disogok, digula-gula, dimanja-manja dengan hiburan serba melampau…

Idola Kecil, Mencari Bintang, Akademi Fantasia blablablabla…

Kalau anak tak dapat nyanyi, nangis guling-guling… Kalau anak tak pandai menari, nangis meraung… Kalau anak tak Berjaya, nangis sembunyi diri dalam almari…

Cuba, kalau anak tak pandai ngaji… “Tak pe, banyak masa lagi…” “Tak pe, budak lagi…”

Choiii!!!!

Memang betullah, ade jugak terselit Al-kuliyyah.. Ade jugak laaa terpampang Tanyalah Ustaz… Ada jugaklah usaha dengan rancangan-rancangan agama ni…

Tapi, berapa sangat rating rancangan agama ini bila disiarkan?

Berapa kerat rakyat Malaysia yang tengok?

Aqidah ni, bukan isu enteng yang patut dipandang sipi-sipi…

Macam ayat “Tak pe.. Muda-muda ni, patut enjoy… Nanti dah tua, tak boleh enjoy dah…”

Atau “Biarlah dia tak mahu bertudung, nanti dia bosan dah dengan segala macam, dia back to basic balik!”

Atau ini…

1506068_658167880892334_2080700538_n

Tak pe… Panas kat dunia ni kejap je, kak… heeehuuu~

So, sekarang… Rasanya tak payah rasa nak pelik-hairan dan segala macam laaa kan, bilamana ramai orang terpengaruh dengan ajaran sesat-songsang entah hape mende yang berterabur dan melata-lata di bumi Malaysia ini…

Sungguh!

Sebab apa yang perlu dihairankan?

Bukan sikit orang yang mempertikaikan hukum… Bukan sikit orang yang menidakkan ketuhanan dan keEsaan Allah s.w.t. itu…

Ramai…

Dan, kenapa makin ramai?

“Oh, biasalah.. akhir zaman…”

“Oh, biasalah, dunia di penghujung usia…”

“Oh, biasalah… semua ni dunia je…”

Sudahlah… Berhenti…

Berapa banyak perkara luar biasa yang jadi biasa sekarang?

Takkan laa kes Tuhan Harun pun nak cakap biasa jugak?

Aduh!

Siapa yang rosak sebenarnya?

Kita? Mereka? Ibu ayah? Guru? Ustaz? Ustazah? Naqibah? Naqib? Diri Sendiri?

Tak payah nak tuding jari sana sini, sebab semuanya balik pada diri sendiri… Pada aqidah diri kita sendiri…

Cukupkah bekalan kita dengan hanya solat 5 waktu yang kadang-kadang penuh, kadang-kadang satu… Kadang-kadang awal, kadang-kadang hujung waktu?

Cukup dah ke, bekalan kita?

Kuat dah ke aqidah kita kalau masih nak percaya perkara ngarut-ngarut… Kena mandi bunga sebab nak cepatkan jodoh… Kena baca jampi serapah blablabla buat tolak bala… Cukup kuat dah ke?

Tak payah nak cakap kubur sendiri-sendiri… Tak perlu…

Sebab, bila ayat kamu keluar je kata kubur sendiri-sendiri… Maknanya, kamu belum belajar erti hidup kamu secara Islami 24/7…

Isu aqidah ni, tak payah nak tunggu pak-pak menteri yang dok bergaduh dalam Parlimen tu buat kerja…

Tak perlu laa kot nak harap pak-pak ustaz turun padang dengan sniper…

Kita sendiri patut mula…

Mula mencari diri, mula membina identity, mula membentuk personality…

Takkan nak tengok je orang lain riang gembira tak de keluh kesah dan dengus rengus, bahagia dengan cahaya yang Allah simbah dalam hati dia?

Takkan laaa nak tengok je orang tu pergi tarbiyah, pergi usrah, pergi mukhayyam, pergi rehlah, pergi jaulah dengan bahagia dan berlapang dada?

Takkan nak jadi tukang tengok je?

Takkan laa kot kan?

Mesti nak join jugak… Mesti nak rasa sama-sama kebahagiaan diorang tu kan?

Jadi, kuatkan aqidah…

Betul, tarbiyah bukan segala-galanya… Tapi, segala-galanya bermula dengan tarbiyah…

Nak kuat aqidah, kena ikut tarbiyah…

Nak hati bahagia, kena ikut tarbiyah…

Nak rasa cukup serba ada, ikutlah tarbiyah…

Sebab semuanya bermula dengan kita… Saya, kamu, makcik jual burger sebelah rumah, pak cik jual tong gas belakang rumah…

Semua tu bermula dengan kita…

Samada nak tengok je orang masuk syurga dengan gembira…

Atau nak bawak diri terjun berani mati masuk gaung neraka…

Pilihan ada dua je… Tak banyak…

Fikir-fikirlah…

Aqidah awak, awak kena jaga…

Tak percaya?

Cuba check Tuhan Harun…

Tak sampai seminggu ditahan dalam lokap, sudah diserang angin ahmar sampai tak boleh bangun berdiri betul masa ke mahkamah semalam untuk bicara… Dengan air liur meleleh…

Sedangkan Fir’aun yang katanya tak pernah sakit hingga mengaku Tuhan pun, Allah tenggelamkan dia dalam air Laut Merah… Inikan pula lelaki Melayu itu yang katanya dia Tuhan bernama Harun…

Mana mungkin Tuhan itu bersosok serba tak sempurna seperti manusia…

Mana mungkin Tuhan itu boleh jatuh sakit…

Semua itu atas kuasa siapa kalau bukan Ya Rabb?

Semua itu atas kehendak siapa kalau bukan Ya Khaliq?

Jadi, pilih…

Nak menangis meraung meratap hiba di dunia…

Atau nak menangis meraung meratap hiba di akhirat?

Pilihan ada hanya dua… dan ia di dalam jangkauan kalian…

Dinding bising (1)

Sometimes, when you think everything is so bullshit, and all the feeling that pile up on your mind and heart is unbearable…

You think you needed someone to talk to… To rant on and on, on whatever stupid ridiculous thing that you had in your mind…

You think you need somebody to hear you out…

But, that somebody that you think that will hear you out… Won’t ever heard you perfectly and be convincing enough to cool down your anger, resentment or whatever stupid-ridiculous-melancholy thingy feelings that you had…

After a while, you just stop talking on the matter… Live your life half-heartedly…

Seriously…

That’s what I’d been doing for the past few weeks..

I need someone to hear me out…

Someone who sit there and just listen…

Someone who pretended he/she hear me heartily… (even by the fact, he/she did not!)

Someone, who can care for me… Do little something that can cheer me up…

But I found nobody..

I’m started to feel lonely…

That’s when it comes the moment I’ve been said to myself – LONELY become LONELIER… (stupid me!)

And I just pretended I love everything that gonna slip through my hands by any minutes or any seconds…

But, that unbearable stupid-ridiculous feeling won’t go away…

So, I started to have every minute and every second conversation to Allah… it may sound too absurd to some people… but, I really need someone to talk to… (unfortunately, I don’t have one… hahaha)

And, the feeling just get pile up…

End up, I feel angry over myself…

The resentment won’t had enough… I just get angrier by times… And things are too difficult to complete even a simple task!

I start to shut every single doors open before… I never let anyone entering my world again…

I started to believe that everything is so ridiculous…

Even thinking to resign and want to runaway to anywhere…

Seems lost… Perfectly lost!

Pergi usrah pon, half-heartedly! Can you imagine that?

I can’t bare with the feeling… Thought I’m gonna explode myself like a timebomb…

But, Allah is too sweet and too kind on me…

He sent His sweet few words, through people that I conversed with…

He sent His cotton candy comfort in a way that I can’t ever imagine before…

Honestly, I never imagine that I can have that single comforting words from people who I never ever thought to…

And, sure enough.. Allah tu laaa yang ilhamkan diorang semua tu untuk cakap cenggitu…

I may not have a single person to be called as best friend or BFF or darling friend or whatever comes to that definition…

But, I know Allah won’t leave me…

I may not perfectly recover from the unbearable stupid-ridiculous-melancholy feelings that been haunting me for the past 2 months… I may not recovered it at all..

But, at least, this unwanted-melancholy feeling, made me knew that, it been there for a reason…

Untuk sebab yang sangat pasti…

Sebab Allah want me to have Him only…

Sebab Allah nak rasa kebergantungan pada Dia tu memang semata pada Dia…

And, yes… I feel that… even, being me, I have doubts on myself about being so stupidly oversensitive on things that not related either for my life… (Hahaha…)

And I know, somehow or rather… Allah love me so much.. That he can’t dare to leave me alone… (Even I’m a loner by myself…)

Dan, aku tak tahu kenapa aku menaip mende ni dalam English… hahaha….

Perak Aman Jaya…

1381623_632467476803381_785020353_n

Perak negeri kedua termiskin di Malaysia…

*ok, ketawa kejap…*

Oh, Cik Sya tetiba rasa nak tulis pasal hal ni…

Lantak laaa kot, tetiba orang dok cakap gila politik plak kan? Tapi, this is an ugly truth yang semua orang kena tahu…

Betul…

Mengakui yang Perak ni negeri msikin… Tak payah tengok jauh, tengok diri sendiri dan jiran tetangga dah cukup…

Contoh terbaik, Manjung ni je laaaa…

Aku sebagai pekerja Vale, patut rasa bersyukur… Sebab, sekurang-kurangnya, gaji ku tidaklah sama dengan kawan-kawan lain yang bekerja dengan kadar gaji yang tak masuk dek akal…

Cuba bayangkan…

Saat harga gula, petrol, minyak masak, tepung dan segala mak bapak barang keperluan… Hatta rumah pun naik harga mencanak-canak… Takat gaji orang Manjung ni, berapa?

SPM – RM900 (ini gaji minimum yang ditetapkan kerajaan)…

Hakikat, masih ada majikan di Perak ini yang menggaji pekerja yang bertaraf SPm dengan gaji hanya RM500 – RM700…

Diploma – RM900 – RM1000

Kalau demand lelebih, memang kena bahasa… Katanya, Perak masih affordable lagi kos hidupnya!

*Hakktuiiih!*

Ijazah – RM1200 – RM1800

Itu pun, kalau dipinta, diberi alasan berjela… Tak de pengalaman… Baru grad setahun dua… Fresh grad… Tak reti buat kerja… Bla bla bla bla… Dan masih, dengan alasan yang sama… Living cost di Perak masih di takuk boleh makan dengan gaji banyak tu!

Huh! Sangat tak masuk akal!

Apa mereka ingat, orang beli beras dengan pasir?

Apa mereka ingat, kereta orang-orang Perak bergerak pakai kuasa air?

Atau mereka fikir, orang-orang Perak ni, masak lauk dengan tanah gamaknya!

Tak sedar ke atau memang sengaja melabangkan telinga, membutakan mata?

Petrol naik, effect 1 Malaysia…

Beras naik, effect 1 Malaysia…

Gula naik, effect 1 Malaysia…

Nah! Kau agung-agungkan sangat kan dengan konsep 1 Malaysia tu?

Kenapa hal-hal ekonomi ni, kau tak 1 Malaysiakan pulak?

Cessss…

Dengan harga rumah yang serba merapu… Ikut  suka dia je nak naik tanpa ada had…

Dengan gaji macam tertera di atas… Kau rasa, mampu orang nak beli rumah?

Mana ada rumah harga RM50,000? Kalau ada, mari khabarkan pada aku!

Paling rendah yang ada di pasaran pon, RM150,000… Jadi kau mahu tengok orang Perak jadi gelandangan?

Kenapa Perak jadi negari seumpama mati?

Sebab si anak muda dah tak betah nak cari rezeki di sini…

Kemudahan asas memang kurang sekali…

Bas? Huh! Paling benci dengan bas Perak Aman Jaya tu… Tak mencukupi… Tak merata-rata di sana sini…

Ada laaa 4-5 buah… boleh dibilang dengan jari.. Sangat tak effektif… Dan sangat selektif…

Jadi, pilihan apa yang anak muda Perak ini ada?

Duduk dengan mak ayah? Habiskan beras tiap bulan?

Nak hulur pada mak ayah pon terkadang ketar jari tangan dan kaki…

Kos hidup sama macam KL, macam Selangor… Tapi, masih… Gaji takat tu jugak…

Pembangunan yang tak seberapa… Dok nak sibukkan Manjung ni dengan segala macam mak datuk… Tapi, gaji had tu, had tu jugak!

Kesian tahu dekat kawan-kawan aku yang tak sempat hujung bulan dah kais-kais….

Aku faham rasa malu mereka bila dah bekerja, dah besar panjang… Masih nak mengadu ngan mak ayah tiada duit dan tak cukup modal buat nak isi minyak kereta…

Tapi, pilihan apa yang mereka ada?

Lepas tu, si balaci bodoh sombong ni…

Ada pulak dia kata, Perak diperintah PR?

Hoh! Kau belajar takat mana? Sejak bila si MB Perak tukar parti?

Katanya, kemiskinan rakyat Perak disebabkan PR yang memerintah…

Hebat laaa PR macam tu… MB Perak dari BN… Tapi, PR yang perintah Perak… Hebat! Hebat! Hebat!

*Clap! Clap! Clap!*

Ntah hape-hape… Kot ye pun tak belajar, bodoh sombong benor nak amik tahu hal politik… Jangan laa membodohkan diri tahap abadi gitu!

Huh!

Benci aku nak cakap dengan orang-orang bodoh ni… Serius!

So, MB Perak… Kau nak kata, untung laaa kau kerja Vale… Tak payah banyak bunyi dekat aku?

Sini… Aku nak cakap…

Aku kesian dekat kawan-kawan aku… Mereka kembali ke Perak dengan harapan nak jaga mak ayah.. senang, sakit pening semua depan mata…

Dah kalau gaji sendiri pon nak buat beli seluar kecik dengan baju kecik pon tak lepas… Apa hal?

Bukan tahap miskin dah… Papa kedana dah!

So, masih nak terkejut terkujat dengan kajian ni?

Nyata laaaa kau sedap-sedap je duduk atas kerusi  tu dengan makanan serba mewah… Rumah besar bertingkat-tingkat… Kereta mewah bagai… Tapi satu benda untuk rakyat sendiri pon kau tak mampu nak bagi!

Dan, kau kata kau terkejut dengan hasil kaji selidik yang aku yakin dah di edit ni?

Kau, sila turun padang! Serius! Turun padang… Tengok masalah rakyat!

Tu belum kira kes budak minum air ketum, ada penguasa pon join kenduri sekali!

Kau tahu?

Kau tahu tak?

Huh! Mesti kau tak tahu jugak!

 

Bagimu, Agamamu…

Tulisan ini aku tujukan buatmu, adikku…

Pesanku buatmu, dik…

Tolong! Tolong! Tolong!

Tolong tambahkan ilmu di dada mu… Ilmu dunia jua akhirat…

Kamu yang mulakan debat ini, seharusnya, kamu teruskan dengan hujahan ampuh dan padu.. Mana tahu dengan hujah kamu yang penuh ilmu, dia akan segera tergerak hatinya kembali pada fitrah asalnya…

Bukan biar terkapai dengan hujam Lakum Deenukum Wali Ya Deen kamu itu…

Tak cukup… Tak cukup… Tak cukup!

Aku bercakap ini dari sudut aku seorang kakak buat adiknya…

Sungguh, aku sedikit teruja dengan perubahan kamu pada awal hijrahmu…

Tapi…

Ada tapinya, dik…

Keterujaanku mati, bila kau menutup segala-galanya dengan pandangan kau yang satu…

Islam itu fleksibel sayang… Kau mulakan dengan kekerasan… Pada diri kau, pada mereka di sekeliling kau… Kau buat orang rasa terkapai-kapai nak gapai kau… Rasa terkial-kial nak duduk sama rata dengan kau…

Jangan terlalu keras, dik… Terutamanya pada dirimu sendiri…

Kau patut mulakan mendalami Islam itu dari bawah… Jangan kau katakan pada dirimu, bahawa kau sudah kenal Islam sejak kecil…

Aku tahu kau pergi merantau menuntut ilmu ke pondok-pondok… Tak salah… Yang jadi serba keliru dan celaru adalah, bila kau ambil ilmu yang tinggi-tinggi yang tak setaraf dengan kefahamanmu terhadap Islammu…

Kerana itu, kau mati hujah… Hanya bergantung harap pada artikel yang kau petik…

Seharusnya, kalau kau punya asas dan dasar yang kukuh, isu kalimah Allah ini tidak memberi sedikit impak pun kepadamu… Mahupun masyarakat lainnya…

Dan, sekiranya, Islam mu ampuh… Kau mampu berhujah dengan panjang lebar… Bukan membiarkan rakan mu itu terus-terusan mengasak… Dan, tidaklah juga kau dengan kalah mengatakan…

“Bagimu agamamu, Dan bagiku agama ku…”

Dik, hujah itu… Disokong ayat baginda Rasul s.a.w yang Allah abadikan dalam kalam mulia itu… Bukan sewenang-wenangnya untuk kau guna bila kematian hujah yang tak seberapa itu…

Kalimah itu, digunakan bilamana, si lawan bicaramu… Sudah tahu tentang Islam… Sudah tahu selok belok Islam… Tapi, dia masih mendakwa-dakwi yang bukan-bukan… Masih, dia menyatakan yang tidak-tidak… Masih, dia mahu menang dengan kepercayaannya… Walhal, sudah dibentang depan mata segala fakta yang kukuh yang menunjukkan betapa hujahnya kalah dengan pukulan TKO!

Dan, bilamana kau berbicara dengan si dangkal bodoh sombong yang tak mahu mengkaji hanya sekadar berlandas emosi… Bilamana, kau ajak dia berbicara secara ilmi, dia hanya peluk tubuh sendiri…

Nah!

Saat itu, bila kau yakin dia golongan seperti ini… Baru kau gunakan kalam agung itu..

“Bagimu agamamu, Dan bagiku, agamaku!”

Kerana apa?

Kerana kau sudah suluhkan cahaya… Dan dia tahu itu cahaya… Cuma, dia malu untuk mengakui… Bodoh sombong… Ego yang tiada tepi…

Kerana itu, dik…

Belajar… Belajarlah sedikit-sedikit… Yang asas… Ilmu duniawi mu juga harus diperkukuhkan… Supaya bila ditembak, dibidas sebegini rupa… Kau mampu membawa ilmu dunia dan akhirat merentas masa… Seimbang secara skala… Dan biar hujahmu penuh ilmu dan juga mampu mencelikkan mata hati yang buta…

Kakakmu ini pun, masih banyak cacat cela… Masih kurang serba serbi…

Belum cukup hebat seperti kamu yang dah mampu nak memasang niqab ke badan dan ke pondok belajar yang tinggi-tinggi…

Cuma, dasar mu perlu kukuh… Perlu ampuh…

Kau fikir, kenapa kakakmu ini yang dari sekolah diasuh dengan Islam masih bertatih-tatih dengan usrah?

Kau fikir kakakmu ini, suka-suka mahu ke usrah?

Tidak! Tidak lain hanya ada rasa rendah diri yang tak bertepi… Betapa kesedaran dalam hati… Bahawa kalau aku dibawa berhujah, pasti nanti hujahku mati… Walau beribu bukti ada dalam kalam Ilahi… Pasti aku sendiri tak mampu nak bawa serba serbi lagi…

Aku sayangkan kau… Dan, aku tak pasti bagaimana mahu menegur kau… Sebab, aku, macam yang kau tahu… Jarang sekali mahu ekspresikan kata dan hatiku pada mereka yang aku belum cukup erti dan dekat dalam hati…

YA! Benar kau sedarah sedaging dengan ku… Tapi, itu belum cukup untuk aku menala hujah dan teguranku buatmu…

Dan aku rasa… Tulisan panjang lebar ini, bukan sahaja buat pedomanmu..

Tapi, buat pedoman ramai lagi yang berada di luar sana…

Yang rasa diri sudah mampu berhujah dan mempertahankan agama… Tapi, bila dihadap reality dunia… Lari dengan kalimah yang sama…

“Bagimu agamamu, Dan bagiku agamaku…”

Kalau begitu… Habis punahlah usaha Professor Ahmad Deedat… Hancur usaha Professor Zakir Naik…

Mereka sedaya upaya menyebarkan cahaya ke serata pelosok alam… Mencari ilmu tanpa jemu…

Tapi, kita dengan mudah berhujah…

“Bagimu agamamu, bagiku agamaku!”

Fikir-fikirkan…

Tak ada kaitan dengan tertulis...

Tak ada kaitan dengan tertulis…

 

Sesat Dalam Cahaya…

tarbiyah

Belum terlambat untuk Tarbiyah…

Tarbiyah…

Eh, aku ini… Dari awal lagi… Entah berapa banyak post dok sebut pasal Tarbiyah…

Heh! Aku kan baru dapat cahaya?

*rolling eyes*

Ada orang cepat je merasa cahaya tarbiyah ni… Baru join tarbiyah tak sampai setahun dah jadi seorang ikhwah atau akhawwat yang disegani…

Ada orang, lambat dapat cahaya (aku laaa tu… brrrrr~)… Sekali dapat cahaya (kekunun kan?), rasa insaf tak bertepi… (Phewww~)

Ada orang, dah dapat dah cahaya tarbiyah tu… Tapi, dia rasa itu hanya wake up call sementara je… Sementara je… Sebab rasa macam poyo je kan nak buat baik ni… Rasa cam poyo je nak tinggal kerja 10-15minit semata nak pergi dhuha… Rasa macam poyo je lepas Subuh nak baca Ma’thurat… Rasa macam poyo je nak baca Qur’an 10 m/s sehari…

Ada orang, sesat dalam cahaya (aku laaa tu jugak… Dulu…)… Cahaya depan mata… Dok sibuk nak kalih cahaya pergi tempat lain… Entah hape yang dia nak suluh pon, dia sendiri tak pasti… (Heh!)

Dan, berapa ramai orang berdebat hal-hal begini… Tambah-tambah Ahli Jawatankuasa Tingkap dan Pintu Kampung dan Daerah!

“Ala~ yang bertudung litup pon bunting!”

“Ala~ Sibuk je nak dakwah-dakwah… Betulkan diri sendiri dulu laaa…”

“Ala~ Kecoh! Kubur sendiri-sendiri, der…”

Eh?

Memang laaa macam poyo kan, masa mula-mula nak berubah… Yelah, kena pakai tudung labuh sikit dari dada… Kena pakai handsocks, kena pakai stoking… Kunun-kunun, nak rezeki berkat Lillahi Ta’ala, buat laaa Solat Dhuha 2 raka’at… Serius ni semua poyo je nak buat… Tambah-tambah time kau kat ofis tempat kau kerja tu.. Poyo je semua ni… Mampos semua orang dok giat kau kata kau buang tebiat bagai…

Tapi…

Takkan nak baca Al-Ma’thurat lepas Subuh dekat rumah, dalam bilik kau pun, kau nak rasa cam poyo jugak?

Takkan kau nak baca Qur’an 2 muka sehari (at least) pon kau rasa poyo jugak?

Takkan nak Qiyam seminggu sekali tak sekala pon kau rasa poyo jugak?

*Ok, aku pun kekadang culas laaa nak Qiyam ni… Wuwuwu*

Sebab, kau rasa, cukup dah Islam kau pada benda asas je?

Asal kau tak buat dosa berat-berat tu… Cukup dah?

Cukup dah dengan solat 5 waktu sehari semalam kau? Itu pun kadang-kadang kau lajak jugak waktunya kan?

Cukup dah dengan puasa di bulan Ramdhan kau tu?

Betul ke cukup?

Cuba kau fikir balik…

Memang laaa rasa macam poyo je orang-orang yang join usrah ni kan… Kadang-kadang, dia pergi je usrah, tapi, perangai dia balik dari usrah sama je macam kau kan?

*Errr… Ini specific untuk aku, k…*

Yelah, aku laaa tu… Nama je pergi usrah… Masih, aku ni bukan laaa baik mana pon…

*Nangis*

So, orang cakap aku poyo laa sebab tulis blog bagai… Baikkan diri tu ke arah Islam yang syumul dulu baru laaa nak tarik orang lain sama… Kan?

Sebenarnya, itu yang aku selalu fikirkan tentang diri aku…

Aku ni poyo je… Pergi usrah… Kekunun laa kan…

Pergi usrah laaa, dengar ceramah agama laaa, buat Dhuha laaa, Qiyam sekali tak sekala laaa, puasa sunat kadang-kadang laaa…

Tak rasa ke semua ni macam poyo?

Aku rasa cam poyo gila mula-mula…

Dan ditambah pulak aku stay ngan parents aku… Lagi aku rasa cam poyo je nak start balik apa yang biasa kau buat masa duduk dalam uni dulu…

Yelah, dulu dengan kesedaran kunun-kunun nak dapat pointer bagus laaa kan… So, kebergantungan pada Allah tu… Macam tinggi laaa…

Sekarang, lepas dah keje dah berduit ni…

Macam lupa sikit-sikit…

*Heh! Alasan!*

Tambah dah duduk ngan parents, MaSyaAllah… Punya laaa dahsyat… Sampai kadang-kadang malas nak mati  buat semua serba segala…

Tapi, tu laaa kan…

Mungkin Allah sayang, mungkin aku jugak yang rasa sayang…

Yelah, aku ni… Buat kata mak aku… Belajar dekat sekolah agama, masuk uni pon ada Islamic jugak tengah2 bunyi nama uni tu…

So, kenapa susah sangat nak jadi baik ni?

Belum cukup laaa kan, kalau aku sekadar tahu ngaji, tapi, nak baca Qur’an semuka sehari pon macam payah gila… Macam dah cukup dengan tahu tajwid tu… So, dah tak payah ngaji dah… Sangat laaa bongok!

Belum cukup laaa kan, kalau aku sekadar solat je… Tapi, betul ke solat aku tu sempurna? Kenapa tak buat solat sunat yang Qabliah dan Ba’diah tu kan? Kenapa tak buat Qiyam? Kenapa tak buat Witir? Pada hal, tahu je fadhilat semua solat tu…

Belum cukup laaa kalau aku setakat puasa bulan Ramadhan je… Bukan kat uni rajin puasa Isnin Khamis ke? Kenapa tinggal-tinggal pulak sekarang?

Tak rasa rugi ke?

Tak rasa macam kufur nikmat yang diberi percuma?

Sedangkan Rasulullah pon, orang yang serba maksum, tak ada dosa, dok sibuk buat ibadah siang malam tanpa jemu…

Takkan laaa aku yang penuh dosa dan noda ni tak reti-reti nak jadi hamba Allah yang penuh rasa syukur, takjub dan ta’asub nak buat ibadah?

Ke, dah cukup dah ibadah aku selama ni?

*Nangis*

Betul laaa… Sesat dalam cahaya lebih dahsyat penangannya dari orang yang sesat dalam gelita…

Paling kurang, orang yang sesat dalam gelita, sekali dapat cahaya… Macam tersuluh ke seluruh pancaindera yang dia sangat laaa bernyawa dan sangat laaa perlu mengimani KeEsaan Allah semata-mata…

Si sesat dalam cahaya (macam aku ni…)… Memang stok kufur nikmat tak hingat dunia!

Oh! Betapalah! Betapalah aku ini, bukannya orang yang stok boleh masuk syurga dengan tiket percuma!

*Nangis tersedu-sedu*

Anak – Generasi Masa Depan…

Anak Itu Suci

Sejak-sejak berkecimpung…

*Berkecimpung sangat…* *rolling eyes*

Sejak-sejak masuk semula ke dalam bulatan gembira… Sejak 5 bulan yang lalu… Banyak sebenarnya pelajaran yang boleh didapati dari kakak-adik usrah, Naqibah-naqibah dan juga pimpinan IKRAM ni…

Dan dalam banyak-banyak tu, aku tertarik nak kongsi pasal anak-anak kecil mereka yang mereka usung dalam usrah, dalam daurah mahupun apa saja aktiviti lain…

Sungguh, rasanya… Berbahagialah mereka sebab dapat anak-anak yang sangat cumil dan sangat baik macam tu…

Kenapa aku kata baik?

Tak baik ke budak, kalau suruh duduk diam-diam, main sorang-sorang… Dia boleh je main diam-diam tak kacau orang… main sorang-sorang tak de bising-bising ah pendek kata…

Lepas tu, kalau ummi dia suruh dia diam-diam sebab orang ngah ngaji, dia boleh je diam-diam duduk dengan tertibnya… Wuuu~ Sungguh jeles melihat anak kecil yang dengar kata begini…

Eh, sapa kata diorang tak berlari-lari main aci kejar masa tengah majlis? Tapi, tak de laa sampai menangis-nangis meraung-raung bergaduh sesama sendiri… Elok je ha diorang main dengan riang ria tanpa sebarang bunyi… Kalau nak buat bising, diorang main sendiri dekat luar… Dengan pengawasan kakak-abang diorang…

Dan, bila mana ada kakak-kakak ofis yang ngadu pada aku anak diorang nakal/ganas/buas… Alasan je bagi aku tu…

Sebab, anak tu kan cerminan diri mak ayah dia?

Mama aku selalu cakap… Budak ni, masa dia umur 2-5 tahun tu… Kalau dia perangai macam ntah pape… Check balik mak ayah dia macam mana…

Which is aku sangat setuju…

Sebab, anak itu cermin diri kita… Macam mana kita sebelum berkahwin, macam mana kita masa dia dalam kandungan…

Ya! Anak itu adalah diri kita…

Kalau anak itu buas, nakal, kedekut, suka mende lucah etc… Bukankah ia adalah kita satu ketika dulu?

Jadi tak salah laaa bila orang tua kata, Mana tak tumpahnya kuah kalau ke nasi kan?

Dan, bila mana orang ajak pergi tarbiyah gini… Semua dok cakap tak ada masa… Penat kerja… Baik sangat… Bukan jiwa… Bla Bla Bla Bla…

Believe me… Satu masa, kau akan menyesali… Bila mana anak kau tak dengar kata…

Kau salahkan hubby, kau salahkan wifey…

Hakikat… Bukan ke kau kena salahkan diri?

Fikir elok-elok… Memang seronok kahwin ada anak bagai…

Tapi, kita nak ada anak yang boleh bawa kita masuk ke syurga… Ada anak yang boleh jadikan saham kalau kita mati nanti… Doanya jadi cahaya dalam kubur kita…

Tugas kita bukan setakat kahwin, buat anak, dapat anak…

Tapi, lebih dari itu…

Anak tu kan pembentuk generasi akan datang…

Dan siapa acuannya?

Bukankah kau? Bukankah aku?

Ya! Aku tak kahwin lagi, jadi aku tak tahu…

Tapi, ilmu parenting perlu dikutip satu-satu… Agar aku, kau yang mana belum kahwin dan masih bujang tahu…

Acuan generasi akan datang terletak pada bahu kau, pada rahim kau, pada tulang sulbi kau, pada hati kau…

Kalau kau rasa tanggungjawab kau sebagai parents, cukup sekadar bagi makan, pakai, sekolah, ngaji…

Aku cakap terang-terang… Kau SILAP!

Anak tu tak cukup kalau kau sekadar suap dia makan, bagi dia minum, pakai baju elok-elok, bagi dia sekolah, bagi dia tahu ngaji…

Mengaji ni, kalau tak de ilmu, tak guna jugak…

Mengaji ni, kalau tak disertakan dengan akhlak baik dan budi pekerti tinggi… Memang tak jadi hapa…

Dan jangan salahkan gejala social yang makin tinggi sekarang pada budak-budak remaja yang tengah nak cari nama, cari diri, cari identity…

Sebab tu semua boleh berpunca dari kau sendiri…

Cuba fikir…

Kau hanya tahu kritik… Tapi, apa sumbangan kau pada mereka?

Ada tak kau tunjuk contoh teladan baik pada diorang semua? Ada tak kau pergi sentuh mereka dengan kata-kata yang baik?

Tak… Kau bambu mereka dengan kata-kata nista dan hina…

Kau caci mereka dengan kata kesat dan cela…

Dan, pernah kau fikir… Macam mana anak kau satu masa nanti?

Tak mustahil, anak kau pun akan ditala benda yang sama… Yang satu masa dulu kau tala pada mereka yang konon kau kata tak suci dan hina…

Jadi, macam mana nak bina generasi yang buat kata Ustaz Badli, Otak German, Hati Mekah ini?

Semua tu ada di tangan kau!

Sebab kau yang corak anak kau bagaimana satu hari nanti…

Kalau kau rasa, cukuplah kau belajar agama sampai kau tahap university saja…

Cukup sudah agama kau hanya dengan cukup solat nan lima, puasa yang sebulan setahun itu…

Cukup pada bayar zakat, pada Syahadah kau… Pada duit yang kau kumpul untuk pergi haji nanti…

Kau salah!

Sebab tu semua tak mencukupi nak bagi anak kau jadi seorang yang hebat macam Sultan Al-Fateh…

Tak cukup kalau kau culas nak datang kelas agama….

Tak cukup kalau kau dengar perkataan tarbiyah atau konvensyen yang ada nama agama je, kau alergik kata tak layak bagai..

Kalau kau rasa kau tak layak.. Bukankah kau patut sertainya jua?

Sebab kau tahu iman kau takat mana,kefahaman Islam kau level mana, kan?

Jadi, kenapa nak alergik sangat?

Belum masa?

Serius, mati pun boleh jadi bila-bila… Sebab bukan si tua saja yang dijemput Yang Maha Esa!

Takkan kau nak tengok anak kau pun hanyut sama?

Ya! Kau! Kau yang tengah baca… Sila ambil masa…

Curi waktu kau…

Kalau orang lain boleh je ada masa nak pergi dengar ceramah agama sejam dua… takkan kau tiada?

Hai~ Duduk dekat salon berjam lama… Boleh pula?

Aduh!

Payah begini…

Dunia kau cari… Akhirat kau lupa…

Dunia, dunia jugak, teman… Akhirat jangan kau lupa!

Generasi masa depan pencoraknya adalah diri kita…

Sampai bila nak tengok generasi dirabak diganyang mereka yang durjana dan serba punya agenda?

Sampai bila kalian mahu cakna?

Bising kata anak degil segala… Sedang diri sendiri yang tak sama nak pergi bina diri dan peribadi… Bina iman dan bina takwa pada Ilahi…

Sungguh! Aku berkata ini, sebab ia ingatan juga buat aku…

Aku cemburu melihat mereka punya anak yang serba baik dan mendengar kata… Sedangkan aku… nantinya entah bagaimana…

*Sigh*

Tarbiyah bukan untuk orang baik-baik sahaja…

Tarbiyah itu untuk semua…

Kalau orang baik-baik sahaja yang ada tarbiyah… Alamat jenuh jugak nak baikkan satu dunia!

Bukak mata hati… Tepuk dada, Tanya khabar iman kita hari ini…

Muhasabah, renung masa depan…

Siapa aku 5 tahun lagi? Kalau sudah berkahwin, bagaimana suami/isteri ku nanti? Kalau sudah punya anak, apa jadi pada anak aku nanti?

Aku tak rasa kau nak tengok anak kau masuk dalam statistic jenayah mahupun penagih dadah…

Sebab aku tahu kau orang baik…

Jadi, sementara ada kesedaran ini…

Tanya hati, kena jadi seorang yang punya sakit TARBIYAH ALLERGY?