Melampaui Batas…(?)

Allah Maha Penyayang…

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Saat aku buntu, keliru, berkeluh kesah… Hampir rasa yang entah apa pada diri sendiri… Allah terbitkan rasa yang serba indah dalam hati…

Allah buat aku mahu pergi ke bulatan gembira malam ini… Allah buat hati aku rasa terpanggil-panggil nak menjadi tetamu majlis ilmunya itu…

Dan benarlah, Allah itu, kalau mahu menjentik hati hambaNya, dengan cara apa pun, Dia akan cuba lakukannya…

Dan benarlah juga, bila mana Allah tahu kau sedang berperang dengan hantu anas yang datang menyinggah tengah siang buta, Dia buat rasa terpujuk dengan kalamNya yang Maha Agung… Surat cintaNya yang tak pernah luput dengan ingatan dan pujukan…

Hati rasa bagai dicarik sekaligus rasa ditegur directly…

Hati yang sedang libang libu, sebu dengan bisa si hantu, tiba-tiba jadi serba sejuk dan damai…

Hanya dengan ayatNya… Hanya dengan Dia yang berbicara langsung dengan aku… Tadi…

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus,13)

Rasa macam disepak bertubi-tubi… Rasa macam dicincang hati dengan tangan-tangan ghaib…

Betapalah…

Aku masih lagi belum cukup baik….

Aku masih belum cukup tarbiyah…

Masih belum mampu berlapang dada….

Dan aku termasuk mereka yang melampaui batas…

*Nangis*

Advertisements

Dan… Itulah Aku…

Aku selalu rasa aku ini ada masalah mental…

Yelah, bilamana aku suka memecahkan personality aku kepada pelbagai rupa dan wajah…

*Ok, this sounds scary*

Tapi, mereka yang aku reka pelbagai rupa dan wajah itu punya satu jua nama…

Syafiqah!

*Tetiba aku rasa seram dengan diri sendiri!*

Tapi, itulah aku…

Terpecah-pecah ikut waktu… Terbelah-belah ikut mood dan juga suasana…

Tak pernah lagi aku cuba silang-gabungkan aku-aku ini jadi satu…

Sebab semuanya bakal jadi celaru dan keliru..

Yelah, aku bayangkan, kalau aku yang berwatak baik digabung silangkan dengan aku yang berwatak jahat serba rebellious macam yang kau tengah baca di 2-3 post aku ini…

Pasti kau akan kata, budak ini mood swing senantiasa… Yada Yada Yada…

*Eh?*

Oh, agaknya, aku sudah menyilang-gabungkan watak-watak aku ini pada satu masa dulu, di daerah itu…

Mungkin kerana itu aku jadi manusia kejam yang naïf dalam masa yang sama pelik dan juga tak tertafsir…

Betapalah!

Sungguh!

Sebenarnya, aku ini kenapa?

Entah…

Walau berkali-kali aku diusung persoalan pelik ini… Aku sendiri tak punya jawapan…

Makanya aku ungkapkan kecelaruan dan juga segala benda yang menyesak kepala yang aku simpan sorang-sorang selama ni tanpa ada kawan nak dengar cerita aku… Tanpa ada orang nak pujuk amarah aku… Tanpa ada orang nak peluk aku… Kata pada aku, aku bukan apa yang aku fikir…

Aku luah di sini….

Sungguh, aku bukan manusia besi… Yang boleh ditekan-tekan punat mati dan hidup sesuka hati….

Dan, kata-kata itu datang lagi… Walau dah 2 tahun aku cuba simpan rapi dalam lipat memori aku yang selalu keliru dan celaru ini…

Kata-kata itu membunuh akal waras aku… Membunuh semua rasa dan perasa yang mewarna hidup aku…

Ya, aku tahu…

2 tahun aku diam bisu dengan terima semua jadi satu lagi kisah hidup aku… The untold story…

Seharusnya, zaman kekalutan dan mencari diri ini sudah tamat sebaik saja kaki aku keluar dari daerah itu… Sebaik sahaja aku pegang scroll yang konon punya kuasa ajaib itu dari daerah itu…

Tapi, nyata…

Aku masih menggagau mencari diri kembali setelah keluar dari daerah itu…

Selepas habis semua air mata aku dikerah keluar tanpa paksa tanpa rela…

Setelah habis semua rasa hati aku dijarah dengan hina dan cela…

Semua bermula di daerah itu…

Daerah yang mana, ada seorang manusia beku yang cuba berubah jadi puteri salju..

Tapi, rupanya…

Ia merubah si dungu jadi terus beku…

Dan itulah aku!

 

Aku bukan Orang Baik…

Bila aku kata, aku bukan orang baik… I really mean it..

Sungguh aku maksudkan ia… Dan sungguh aku tak perlukan kata-kata memujuk aku yang entah apa-apa…

Back-off kalau rasa-rasa nak jadi superpower yang konon hati penuh bahagia dan datang konon-konon nak bawa cotton candy jadi penghibur luka lara… Sedangkan kau punya agenda punya rasa yang entah apa yang kau nak luahkan pada aku…

Sungguh! Back-off!!!

Kau tahu…

Aku dah penat berlakon…

26 tahun…

Aku seolah-olah berlakon…

Entah lakonan pementasan bangsawan…

Atau sekadar drama picisan!

Aku tak tahu!

Tapi, sungguh aku rasa aku ini berlakon!

Berlakon memenuhi kehendak orang keliling aku… Sedang satu apa pun tentang aku, aku tak pernah cuba tunaikan… Mahupun suarakan…

Berlakon… Berlakon memenuhi segala titah perintah.. Sedang hati tak rela… Sedang hati ada rasa macam makan gula-gula Hacks hitam yang memang tak sedap tu…

Berlakon konon-kononnya aku ini serba baik…

Heh!

Cuba memenuhi expectation orang atas diri yang konon-konon dianggap serba baik tu… Sumpah! Ia sangat susah!

Kadang-kadang aku tak tahu kenapa aku nak pleased kan semua orang ni?

Kadang-kadang aku rasa, kenapa aku kena pleased kan diorang ni?

Sungguh!

Kadang-kadang, aku gelak je pada diri sendiri bila renung cermin… Sambil berkata:

“Syafiqah! Si bodoh! Si bodoh yang celaka… Entah hapa yang kau kejar dalam hidup kau… Entah hapa yang kau cari! Yang pasti kau umpama robot! Ikut saja arahan orang… Tanpa mahu bangkit dan bangun mempertahankan hak untuk diri sendiri…”

Ya, ini yang aku selalu katakan pada aku di sebalik sana cermin…

Aku, Syafiqah si bodoh! Si bodoh yang entah apa yang dia cari…

Aku, Syafiqah si bengap! Tak pasti, kenapa nak pleased hati orang yang penuh dengan permintaan bukan-bukan…

Aku… Aku laaa itu…

Ya!

Aku rasa hilang sudah prinsip aku nak bina blog yang penuh dengan cerita baik-baik belaka…

Hahaha…

Sebab aku rasa macam celaka…

Sungguh!

Aku macam hilang rasa, hilang perasa…

Minum oren di pagi hari pon lebih best rasanya dari rasa yang menjenguk yang entah hapa ini…

Jangan salahkan hormone… Sebab sebelum hormone aku swing pon, aku memang dah swing dan weng serba serbi..

Hidup kalau tak sudah-sudah cuba puaskan hati orang… Sebenarnya, untuk apa?

Aku sendiri rasa macam aku hilang touch dengan hidup aku sendiri…

Kau tahu?

2 tahun aku rasa begini…

Weng, binggung, buntu…

Aku tak pasti rasa apa yang ada dalam hati sendiri…

Rasa bahagia?

Heh! Rasa bahagia itu macam tak pernah datang menjengah…

Rasa sedih?

Hoi! Untuk apa aku sedih?

Rasa buntu? Beku?

*sigh*

Maaf, aku memang tak pandai nak berbahasa yang baik-baik bilamana aku jadi hantu begini…

Ya, bilamana hantu yang lama berhibernasi, bangun dan menyanyi-nyanyi dalam kepala… Dengan kata-kata yang entah hapa…

Hahaha….

Aku mungkin ada masalah mental gamaknya!

 

Bukan Mudah Nak Jadi Baik…

Kau tahu, bila kau rasa macam-macam, tapi, sungguh satu pun kau tak boleh nak luahkan dengan kata, dengan rasa…

Malah, kau tak boleh nak bagitahu pada orang pon rasa kau tu…. Hatta melalui tulisan kau sekalipun…

*Sigh*

Dan iya… Aku terperangkap dalam situasi itu…

Kini…

Semacam ada beribu-ribu rasa dalam hati…

Tapi, masih…

Kau tersekat di ruang gelap kelam tak berlohong itu…

Masih, kau bisu seribu bahasa dalam riuh ramai dan riuh tawa kau sendiri…

Kau pernah rasa kekebasan rasa yang entah apa dan seolah celaka begini?

*Pandang hujung jari*

Aku sendiri tak tahu… Sama ada aku ini sebetulnya apa…

Baik? Malaikat? Perempuan baik yang tidak alang-alang boleh kau sentuh?

Atau…

Aku ini hanya…

Seorang yang buntu? Keliru? Tepu? Dan juga…

Serba serbi entah hape-hape…

Entah…

Kadang-kadang rasa diri ni berlakon je… Berlakon je buat semua ni… Berlakon je ni!

Sungguh, aku tak tipu!

Aku bukan budak baik…

Kalian pon tahu kalau tengok blog aku yang dulu…

Sungguh, aku bukan mudah laaa nak dengar semua nasihat orang…

*Heh!*

Kau boleh cakap aku degil atau hapa… Tapi, sungguh, aku bukan suka-suka je tak mau dengar semua nasihat orang tu…

Memang laaa orang cakap, amik yang baik je… Amik yang saja kata-katanya yang kau rasa baik… Walau sikapnya, Ya Rabbi saja yang tahu… Betapa kejam dan entah hape…

Tapi, sungguh…

Pada aku…

Kalau kau nak nasihatkan aku… Cukup, kau buat aku hormat kau… Dan tak perlu nak bash aku itu ini macam kau malaikat yang tak pernah tersentuh dek dosa… Yang selalu saja baik belaka… Yang konon-konon amal ibadat tinggi sehasta…

Sungguh, pada aku kau bukan sesiapa…

Sebelah mata pun kau bukan apa-apa…

Sebab kau menghina…. Kau memperlekehkan…

Sungguh…

Aku bukan budak baik…

Sebab aku berlakon je ni pakai macam budak baik…

Entah…

Kadang-kadang aku rasa macam mengarut macam merapu je semua ni…

Tapi, sungguh aku sedang tepu dengan rasa..

Seolah-olah dibejat rasa dan kering perasa…

Hidup dijalani sehari-hari dengan rasa yang entah hapa-hapa…

Benar… Allah itu ada…

Benar… Semua itu benar belaka…

Katalah apa pun… Aku tahu… Tak padan sungguh aku yang berbulatan gembira bertahun dan juga pakai gaya budak baik gini bercerita bukan-bukan begini…

Tapi, fahamilah…

Aku sekadar nak telek hati sendiri…

Sebenarnya aku ini kenapa…

Sebenarnya, aku ini ada apa?

Semua rasa jadi tepu dan beku…

Hingga aku buntu dengan diri sendiri…

Aku ketawa, tapi tak ada satu pun rasa bahagia…

Aku menangis, tapi entah apa yang aku tangisi…

Aku gembira, tapi, aku tak pasti untuk apa…

Aku seolah-olah hilang rasa…

Walau aku konon-kononnya nak menulis yang baik-baik saja di dada blog ini..

Tapi, sungguh…

Aku tak mampu nak kata aku boleh buat itu ini…

Sebab aku masih aku…

Seorang Syafiqah yang melepas rasa dengan kata di dada laman bisu…

Seorang Syafiqah yang menangis sambil jari laju di dada papan kunci…

Seorang Syafiqah yang suka stare blankly pada muka laptop dengan kepala tepu dan berselirat entah hapa rasa dan perasa…

Sungguh laaa… Bukan mudah nak jadi baik…

Heh!

Tarbiyah Allergy…

Tak semua orang boleh kena tarbiyah?

*What?*

Serius, aku cakap betol… Tak semua orang suka kena tarbiyah ni…

*Rolling eyes*

Yelah, ajak ke usrah…. Nantilah… Ajak ke talk agama… Tunggulah… Belum masa-lah… Baik sangatlah…

Tapi…

Cuba ajak ke…

Shopping? Great!

Jalan-jalan cari Makan? Wow! Of Course!

New movie? Awesome!

So, bila nak ber-ohsem datang usrah?

*errrrr….*

Ok, aku laaa tu dulu… 8 bulan sebelum 4 bulan yang lalu…

*Eh, macam pelik benor bunyi nya…*

Tak-tak… Actually, aku tak reti nak bertanyakan pada sesapa mana tempat ada usrah dekat Manjung ni…

*Oh, dasar berat mulut!*

Ye, aku memang laaa sangat berat mulut… Tambahan, aku macam trauma pulak dengan segala bunyi yang dengar macam gaya ala-ala persatuan itu ini tu…

Sebab, keluar UIA dengan rasa yang macam keping-keping… Macam kena injak… Macam kena hempuk… Macam kena baling dari tingkat 5 banggunan mahalah Nusaibah tu…

Ini mahalah Nusaibah... Dan iya... Ia atas bukit... Phewww~

Ini mahalah Nusaibah… Dan iya… Ia atas bukit… Phewww~

Dan sungguh laaa… Aku macam trauma nak bersosial…

*Errr…. Bersosial dalam erti kata, berbulatan gembira, berprogram, beramah-tamah-mesra-alam dengan kanak-kanak dan warga tua etc etc etc*

Bersosial gaya aku…

So, rasa trauma yang berpanjangan tu, buat aku cam sepi sendiri… lemau-lemau lemak berkrim plak kan? Melagha memang tak hingat!

*Uhhu~ 8 bulan yang sangat sampah!*

Ok, cut the crap…

So, bila korang rasa nak ber-ohsem dengan datang bulatan gembira (at the 1st place) dan buat program-program amal-ibadat ni?

Aku pun bukan budak baik… Belum sampai tahap lagi, bila orang Tanya hadis apa yang thabit pada certain situation boleh petik macam petik tali gitar..

*Eh? Aku tak pandai main gitar!*

Buat kata Inche Gabbana penulis Angel pakai Gucci…

“We do too little da’awah, too little Tarbiyah and Too much Jahiliyyah, Yet we expect to enter Jannah? Pffftt”

Kalau argument kau nak kata, kau tak cukup sempurna lagi…

Heh! Bila masanya kau nak sempurna? Nak tunggu musang berjanggut? Nak tunggu dunia kiamat baru kau nak sempurna?

Kan ke Allah dah kata, Sebarkan walau satu ayat…

So, macam mana kau nak sebarkan walau satu ayat pun, kalau kau memang tak de satu ayat pon yang boleh ajak orang ke arah kebaikan…

Oh, ada lagi argumentnya…

Bersyukurlah Malaysia masih aman!

Kak, abang, tok aji, mak aji…

Malaysia memang aman, kak oi… Tapi, Islam?

Takkan tak de rasa apa-apa bila orang cakap orang Islam ngan not-yet-muslim tu sama je?

Takkan tak rasa sikit malu kot, bila jiran selang 40 buah rumah terberanak anak tak de bapak?

Atau, tak rasa malu bila anak kau Tanya kenapa orang Islam kena solat… Alih-alih kau bagi jawapan sama je macam budak tadika?

Serius…

Sebab tu pentingnya usrah, pentingnya tarbiyah…

Tak payah nak dok alergik sangat laaa dengan perkataan tarbiyah ni…

Kalau kau alergik, nanti anak kau masa umur macam kau pun, dia alergik bila kau ajak dia pergi dengar ustaz ceramah kat masjid…

*Errr… aku laaa tu…*

Lepas tu… Tak payah nak dok tala tuding jari dekat orang sana sinun bila bilangan anak luar nikah makin berlambak jadi juta-juta… Budak-budak rempit macam tak hingat donia… Anak remaja dah tak kenal dosa pahala…

Sebab..

Sepatutnya, semua tu kena tuding jari balik kat diri sendiri..

Apa aku dah buat untuk agamaku?

Apa aku dah buat untuk akidah anak-anakku?

Apa aku dah buat untuk amalanku?

Paling besar…

Apa aku nak jawab dengan Allah bila Dia Tanya… Apa tugas kau sebagai khalifah atas muka bumi ni?

Kau tengok aja dan jaga tepi kain sendiri? Kau usha je dengan kata “Alhamdulillah, bukan sedara mara aku…”

Atau, kau nak cakap…

“Ya Allah, aku cuba semampuku… Tapi, aku tahu tak mencukupi… Macam pasir pantai yang kecil dan ribu-ribu…”

Mana satu yang sedap nak bagi Allah dengar?

Atau sekadar kau nak bagi hati kau sedap je… Atas dunia..

*Oh, aku sentap!*

Tarbiyah, bulatan gembira… Ni semua bukan mainan orang-orang baik je…

Orang-orang tak baik pon kena juga tahu apa itu bulatan gembira supaya didik hati tu jadi putih…

Sedangkan Rasulullah pun berbulatan gembira… Apatah lagi kau!

*Wuuu~ Nangis!*

 p/s: Post ini untuk bash diri aku sendiri… Sobbbsssss….

Karutan,
Syafiqah Sham.

Malaysia Tanah Air Tercinta!

Ketirisan melata-lata…

Laporan audit yang tak habis ku baca.. Sebab sebak menghantui diri… Kepala tepu dengan rasa entah apa…

Apa nak jadi dengan Malaysia ku ini?

Katanya Negara Islami.. Mendukung konsep wasatiyyah…

Tetapi…

*kesat air mata*

*meludah ke tanah*

Rasanya, ini semua hanyalah dongeng kerajaan Fasola yang sudah berkubur sekian lama…

Sungguh aku sebagai rakyat marhaen dari kelas bawahan…

Yelah, aku tak punya asset hingga 2-3 juta Ringgit Malaysia duitnya dalam bank…

Aku tak punya rumah banglo sampai 2-3 buah…

Juga aku tak punya kereta Mercedes mahupun BMW untuk melayakkan aku menjadi rakyat kelas tengah!

Sungguh kerajaan Fasola ini sungguh jelik pimpinannya… Terasa macam ditekan hingga kemek kontang rakyatnya…

Aneh kerajaan Fasola ini… Bila asset polis hilang berjuta-juta, katanya itu semua tiada… Bila gari-gari untuk menangkap penjenayah hilang berguni-guni, katanya, ia bukan apa-apa… Agaknya, mereka memberi zakat fitrah dengan gari dan asset polis bernilai juta-juta itu?

Aku sangka, syarikat saja punya urus tadbir papa kedana, punya urus tadbir yang serba tak kena…

Rupanya, kerajaan Fasola ini, lebih nyata… Lebih hebat… Dan lebih ummmphhh katanya…

Huh!

Aku jadi serba salah…

Aku jadi serba benci nak menghadap dunia…

Malu aku bila Mark Zuckenberg dikatanya pemilik Twitter dalam tulisannya…

Malu aku bila pemimpin no 1 negara kerjanya update Facebook dan Twitter tak kira masa…

Malu aku, bila ada pula yang turut sama menyokong kerajaan Kudeta Mesir dan Basyar di Syria…

Katanya, rakyat usah ngada-ngada… Nanti jadi seperti mereka…

Katanya, rakyat harus bersyukur sentiasa… Kerana mereka guna dana untuk kepentingan bersama!

Katanya, sudah-sudah laaa… Nanti ku beri BR1M sampai dua!

Aneh kerajaan Fasola ini…

Aneh…

Sungguh, keanehan ini bukan jadi-jadian…

Maaf, aku tetap menuntut hak aku dan seluruh rakyat yang rasa dinista dan diinjak di akhirat sana…

Masa tu, kau tak punya masa nak kisahkan berlian harga berjuta, atau asset nilaian harta…

Kerana, kau, aku dan mereka… Semua bogel belaka…

Nah!

Saat itu… Mana kau mahu letak muka…

Bila ditayang satu-satu bagai drama..

Kau jawab laaa..

Aku hanya diam saja…

Sebab ku punya Dia yang Maha Kuasa…

Kerana aku yakin, Dia ada…

Bangunan pencakar langit nilaian juta-juta... Sungguh, apa ertinya pada mata aku, rakyat kelas rendah...

Bangunan pencakar langit nilaian juta-juta… Sungguh, apa ertinya pada mata aku, rakyat kelas rendah…

Nota Hujung Jari,
Syafiqah Sham
Teluk Rubiah.

Luar Biasa Negara Ini…

Luar biasa negara ini
Kehilangan senjata berguni-guni
Ketua Polis Negara amat meyakini
Senjata hilang dilautan dalam sukar diselami

Luar biasa negara ini
Amalan rasuah dijadikan seni
Cedok sana cedok sini
Kalau boleh sampai ke perut bumi

Luar biasa negara ini
Rakyat bawahan dianggap kuli
Pak Menteri kerjanya suka membuli
Sapu duit sampai Bertroli-troli…

Luar biasa negara ini
Anak Menteri minum todi
Pak Menteri tokey Judi
Ini semua salah Machai Bangang Abadi

Luar biasa negara ini
ada menteri takut bini
Tapi dengan K-pop sayang sekali
Kalau boleh nk jemput lagi…

Luar biasa Negara ini
Mempunyai rakyat berstatus machai abadi
Fikirannya serupa orang mabuk Todi
Elok tadah dahi bagi gerudi

Luar biasa negara ini
Amalan membazir dianggap mini
Semuanya untuk keuntungan kroni
Apatah lagi kalau bukan untuk Bini…

Luar biasa negara ini
Bila harga minyak dinaikkan lagi
Dibilang cuma kurangkan subsidi
Disuruh diam disogok BR1M dua kali

Luar biasa negara ini
Bila BR1M diberi heboh sana sini
Jumlahnya boleh dihitung dengan jari
Bila tiba PRU diminta balas Budi..

**Kredit untuk Saudara Khairul Anwar**

Memang, Malaysia tersangat laaaaaa luar biasa! Luar biasa gila!

Entah bila laaaa Menteri-menteri mahu jadi si cakna!

526462_620430454673750_1406871255_n

Sudah laaa begitu…Segala tindakan tidak bijak pak-pak menteri ini, didukung dengan membuta tuli oleh mereka yang konon berlagak ahli!

Hei! Kau ibarat si Tuah yang mendukung pemimpin membuta tuli hingga membunuh Jebat sahabat sendiri!

Sudahlah salah konsep… Bukan TV3 yang memberi rezeki… TV3 hanya penyalur saja… Pemberi rezeki dan rahmat, hanya Allah laaa jua…

Bilamana, pemimpin yang ada tidak bersikap mahu mendidik.. Tapi, pemimpin lebih suka membodohkan, memomokkan malah menakutkan rakyat dengan entah hape drama dan juga kenyataan…

Ya Salaam…

Sesungguhnya, ada balasan buat kalian… Tidak di dunia… Kami tuntut ia di akhirat…

Berhentilah membodohkan diri dan rakyat!

Ini tulisan si bodoh penyokong hak rakyat…

Ya, aku nampak bodoh pada mata si macai sebab menyokong hak rakyat…

Tiada apa-apa… Sebab hanya Allah yang Maha Menilai…

Bukan Tun M, bukan Dato’ N, dan bukan Datin Paduka R…

Harap maklum…

Nota Hujung Jari,
Syafiqah Sham
Teluk Rubiah.