Supplement Roh…

Hati yang bernoda-noda...

Hati yang bernoda-noda…

Sekarang ni, macam makin banyak dan makin popular stok-stok supplement atau makanan kesihatan yang terjual di pasaraya…

Ada yang fungsinya untuk kurus, untuk putih gebu, untuk tenaga, untuk cegah itu ini… Macam-macam lagi laaa…

Pendek kata, cakap je untuk sakit apa, In shaa Allah para pengedar/penjual tu, memang senang je nak cari…

Dari jenama S, ke jenama A, ke jenama M ke jenama F atau jenama apa sekalipun… Semuanya menawarkan testimoni-testimoni mereka yang serba gebabom da vasss… Gituh!

Malah, tawaran harga dan pulangan balik modal sekiranya jadi ahli juga cukup mengujakan jiwa dan raga…

Ohhoi! Siapa yang tak mahu duit kan?

Dengan kos sara hidup yang semakin mencengkam dan mencekik batang leher, sudah tentu pulangan-pulangan nilai berbentuk asset dan matawang mengaburi mata sekalian kita, sebagai manusia… Kan?

Tapi…

Tapi, dengan lambakan produk-produk kesihatan badan ni, atau bahasa lainnya raga ni… Sejauh mana pula produk-produk kesihatan jiwa dan rohani dipromosikan dan dipandang dengan nilai yang seberat menjaga kesihatan fizikal yang serba nampak ni?

Yelah…

Kalau kita demam, mesti ada symptoms yang kita nampak kan? Macam, mata merah, hidung berhingus, kepala pusing, suhu badan naik…

Tapi, kalau roh demam? Macam mana symptomnya? Macam mana nak kesan ia?

Lagi…

Kalau fizikal sakit-sakit, contoh macam sakit kudis atau kusta atau panau atau errrr… campak… Mesti kita nampak kan segala bentuk peta dunia tu atas badan kita…

Tapi…

Macam mana kalau roh kita yang diserang sakit kusta, kudis, panau, campak dan segala tu? Malah, ia jauh lebih kronik dari apa yang kita dapat lihat dengan mata…

Macam mana nak kesan?

Macam mana nak baikkan ia?

Macam mana nak sembuhkan ia?

Bagaimana?

Huh! Gelabah ayam kejap…

Secara jujur, sakit fizikal, tak kisah laaa sakit apa pun, memang kita akan nampak… Jelas, terang dan nyata buat kata Ustaz Don semalam masa ngajar ilmu tajwid hukum Izhar Halqi dekat TV Al-Hijrah…

Ya!

Sakit fizikal, jelas, terang dan nyata kita nampak…

Sakit roh?

Derita roh kita?

Sedar tak roh kita ni tengah menjerit minta makanannya? Minta diisi kegersangan dahaganya yang tak pernah kita peduli… Minta diberi barang secebis makanan yang berkhasiat supaya ia tak terus rasa lelah dan penat dibiar dan tidak diambil peduli…

Pernah kita hirau?

Kita hanya hirau tentang kecantikan luaran… Sedang, kecantikan dalaman? Kecantikan roh?

Sebab, waktu kita dibangkit di Padang Mahsyar nanti, bukan batang tubuh fizikal kita ini yang kita mahu pamerkan pada Allah s.w.t.

Masa di Padang Mahsyar nanti, dah tak guna kau cantik, kau kurus, kau sihat walafiat fizikalnya…. Tapi, roh kau, kurus kering, serba sakit, compang camping… Tak rasa malu?

*Peluh besar*

Jadi, sejauh mana kita ambil berat akan supplement Roh kita?

Sejauh mana kita mengimani yang Allah itu Esa, dan Nabi Muhammad itu kekasihNya?

Sejauh mana kita mengimani para Malaikat dan Kitab-Kitab Allah yang mengalirkan tauhid dan hidayahNya?

Sejauh mana kita mengimani Hari Kiamat dan juga Qada’ dan Qadar kita?

Semua ini makanan roh…

Makanan roh yang serba tak nampak tu…

Kita memang tak nampak roh kita sakit… Roh kita tengah derita mahupun sengsara…

Tapi, pernah tak timbul perasaan serba tak kena?

Tiba-tiba je rasa nak menangis? Tiba-tiba je rasa serba tak kena… Tiba-tiba je rasa macam seorang diri di tanah tandus…

Pernah tak rasa begini?

Percayalah, sekiranya kamu pernah dicampak Allah, rasa serba serbi tak kena ini, itu sebenarnya, tanda Allah tengah memanggil-manggil hati dan roh mu dengan penuh kasih sayang….

Allah sedang menyeru-nyeru roh kita agar kembali tunduk padaNya…

Allah sedang rindu pada rintih tangis kita di tikar sejadah…

Sungguh!

Malah, andai kamu rasa hidup kamu tak tenteram… Gaji beribu, tapi, tetap rasa seperti gaji baru berapa ratus…

Atau, kamu rasa, semua orang membencimu…

Hidupmu rasa seolah-olah jadi kebencian manusia… Errr…

Mahupun, kamu rasa serba benci dengan kawan yangsebelum ini baik dan sentiasa dengan kamu tiba-tiba….

Malah, kamu rasa seluruh dunia gelap-gelita… Jadi pemarah, jadi rebellion, jadi serba raksasa entah hapa-hapa… Ughhh…

*Batuk kecil*

Percayalah, itu tanda roh kamu sedang menderita… Bukan sekadar demam panas, atau demam biasa.. Mungkin sedang diserang kanser membunuh entah apa…

Sebelum roh jadi serba hampir mati… Sebelum hati jadi serba mati…

Kenapa kamu tak tarik kaki, bawa ke tikar sejadah…

Heret diri ke majlis-majlis ilmu… Tarik telinga sendiri supaya dengar perkataan-perkataan baik daripada para asatizah yang bertebaran di radio mahupun kaca TV…

Atau, mendaftar diri dengan paksarela ke program-program keagamaan mahupun usrah mingguan yang berlambak-lambak dan melata-lata atas Tanah Melayu ni…

Sebab, sedar atau tidak…

Ubat hati, ubat roh yang serba sakit atau derita…

Hanya dengan kembali pada Yang Maha Esa…

Selagi hidup rasa terumbang-ambing tak ada hala tuju… Selagi destinasi abadi dan cita-cita serba suci, tak mampu nak dihadam dengan akal yang serba logic tu…

Menimba ilmu, menambah amal, membawa hati dan diri pada Ilahi, itu adalah ubat pada sakit hati dan parah jiwa yang membawa pada roh serba sulit dan derita…

Kalau fizikal serba sihat, serba tip top, serba canggih-manggih…

Takkan roh nak dibayar serba sakit, serba derita, serba kalut?

Jadi…

Supplement roh, anyone?

Advertisements

Sesat Dalam Cahaya…

tarbiyah

Belum terlambat untuk Tarbiyah…

Tarbiyah…

Eh, aku ini… Dari awal lagi… Entah berapa banyak post dok sebut pasal Tarbiyah…

Heh! Aku kan baru dapat cahaya?

*rolling eyes*

Ada orang cepat je merasa cahaya tarbiyah ni… Baru join tarbiyah tak sampai setahun dah jadi seorang ikhwah atau akhawwat yang disegani…

Ada orang, lambat dapat cahaya (aku laaa tu… brrrrr~)… Sekali dapat cahaya (kekunun kan?), rasa insaf tak bertepi… (Phewww~)

Ada orang, dah dapat dah cahaya tarbiyah tu… Tapi, dia rasa itu hanya wake up call sementara je… Sementara je… Sebab rasa macam poyo je kan nak buat baik ni… Rasa cam poyo je nak tinggal kerja 10-15minit semata nak pergi dhuha… Rasa macam poyo je lepas Subuh nak baca Ma’thurat… Rasa macam poyo je nak baca Qur’an 10 m/s sehari…

Ada orang, sesat dalam cahaya (aku laaa tu jugak… Dulu…)… Cahaya depan mata… Dok sibuk nak kalih cahaya pergi tempat lain… Entah hape yang dia nak suluh pon, dia sendiri tak pasti… (Heh!)

Dan, berapa ramai orang berdebat hal-hal begini… Tambah-tambah Ahli Jawatankuasa Tingkap dan Pintu Kampung dan Daerah!

“Ala~ yang bertudung litup pon bunting!”

“Ala~ Sibuk je nak dakwah-dakwah… Betulkan diri sendiri dulu laaa…”

“Ala~ Kecoh! Kubur sendiri-sendiri, der…”

Eh?

Memang laaa macam poyo kan, masa mula-mula nak berubah… Yelah, kena pakai tudung labuh sikit dari dada… Kena pakai handsocks, kena pakai stoking… Kunun-kunun, nak rezeki berkat Lillahi Ta’ala, buat laaa Solat Dhuha 2 raka’at… Serius ni semua poyo je nak buat… Tambah-tambah time kau kat ofis tempat kau kerja tu.. Poyo je semua ni… Mampos semua orang dok giat kau kata kau buang tebiat bagai…

Tapi…

Takkan nak baca Al-Ma’thurat lepas Subuh dekat rumah, dalam bilik kau pun, kau nak rasa cam poyo jugak?

Takkan kau nak baca Qur’an 2 muka sehari (at least) pon kau rasa poyo jugak?

Takkan nak Qiyam seminggu sekali tak sekala pon kau rasa poyo jugak?

*Ok, aku pun kekadang culas laaa nak Qiyam ni… Wuwuwu*

Sebab, kau rasa, cukup dah Islam kau pada benda asas je?

Asal kau tak buat dosa berat-berat tu… Cukup dah?

Cukup dah dengan solat 5 waktu sehari semalam kau? Itu pun kadang-kadang kau lajak jugak waktunya kan?

Cukup dah dengan puasa di bulan Ramdhan kau tu?

Betul ke cukup?

Cuba kau fikir balik…

Memang laaa rasa macam poyo je orang-orang yang join usrah ni kan… Kadang-kadang, dia pergi je usrah, tapi, perangai dia balik dari usrah sama je macam kau kan?

*Errr… Ini specific untuk aku, k…*

Yelah, aku laaa tu… Nama je pergi usrah… Masih, aku ni bukan laaa baik mana pon…

*Nangis*

So, orang cakap aku poyo laa sebab tulis blog bagai… Baikkan diri tu ke arah Islam yang syumul dulu baru laaa nak tarik orang lain sama… Kan?

Sebenarnya, itu yang aku selalu fikirkan tentang diri aku…

Aku ni poyo je… Pergi usrah… Kekunun laa kan…

Pergi usrah laaa, dengar ceramah agama laaa, buat Dhuha laaa, Qiyam sekali tak sekala laaa, puasa sunat kadang-kadang laaa…

Tak rasa ke semua ni macam poyo?

Aku rasa cam poyo gila mula-mula…

Dan ditambah pulak aku stay ngan parents aku… Lagi aku rasa cam poyo je nak start balik apa yang biasa kau buat masa duduk dalam uni dulu…

Yelah, dulu dengan kesedaran kunun-kunun nak dapat pointer bagus laaa kan… So, kebergantungan pada Allah tu… Macam tinggi laaa…

Sekarang, lepas dah keje dah berduit ni…

Macam lupa sikit-sikit…

*Heh! Alasan!*

Tambah dah duduk ngan parents, MaSyaAllah… Punya laaa dahsyat… Sampai kadang-kadang malas nak mati  buat semua serba segala…

Tapi, tu laaa kan…

Mungkin Allah sayang, mungkin aku jugak yang rasa sayang…

Yelah, aku ni… Buat kata mak aku… Belajar dekat sekolah agama, masuk uni pon ada Islamic jugak tengah2 bunyi nama uni tu…

So, kenapa susah sangat nak jadi baik ni?

Belum cukup laaa kan, kalau aku sekadar tahu ngaji, tapi, nak baca Qur’an semuka sehari pon macam payah gila… Macam dah cukup dengan tahu tajwid tu… So, dah tak payah ngaji dah… Sangat laaa bongok!

Belum cukup laaa kan, kalau aku sekadar solat je… Tapi, betul ke solat aku tu sempurna? Kenapa tak buat solat sunat yang Qabliah dan Ba’diah tu kan? Kenapa tak buat Qiyam? Kenapa tak buat Witir? Pada hal, tahu je fadhilat semua solat tu…

Belum cukup laaa kalau aku setakat puasa bulan Ramadhan je… Bukan kat uni rajin puasa Isnin Khamis ke? Kenapa tinggal-tinggal pulak sekarang?

Tak rasa rugi ke?

Tak rasa macam kufur nikmat yang diberi percuma?

Sedangkan Rasulullah pon, orang yang serba maksum, tak ada dosa, dok sibuk buat ibadah siang malam tanpa jemu…

Takkan laaa aku yang penuh dosa dan noda ni tak reti-reti nak jadi hamba Allah yang penuh rasa syukur, takjub dan ta’asub nak buat ibadah?

Ke, dah cukup dah ibadah aku selama ni?

*Nangis*

Betul laaa… Sesat dalam cahaya lebih dahsyat penangannya dari orang yang sesat dalam gelita…

Paling kurang, orang yang sesat dalam gelita, sekali dapat cahaya… Macam tersuluh ke seluruh pancaindera yang dia sangat laaa bernyawa dan sangat laaa perlu mengimani KeEsaan Allah semata-mata…

Si sesat dalam cahaya (macam aku ni…)… Memang stok kufur nikmat tak hingat dunia!

Oh! Betapalah! Betapalah aku ini, bukannya orang yang stok boleh masuk syurga dengan tiket percuma!

*Nangis tersedu-sedu*

Melampaui Batas…(?)

Allah Maha Penyayang…

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Saat aku buntu, keliru, berkeluh kesah… Hampir rasa yang entah apa pada diri sendiri… Allah terbitkan rasa yang serba indah dalam hati…

Allah buat aku mahu pergi ke bulatan gembira malam ini… Allah buat hati aku rasa terpanggil-panggil nak menjadi tetamu majlis ilmunya itu…

Dan benarlah, Allah itu, kalau mahu menjentik hati hambaNya, dengan cara apa pun, Dia akan cuba lakukannya…

Dan benarlah juga, bila mana Allah tahu kau sedang berperang dengan hantu anas yang datang menyinggah tengah siang buta, Dia buat rasa terpujuk dengan kalamNya yang Maha Agung… Surat cintaNya yang tak pernah luput dengan ingatan dan pujukan…

Hati rasa bagai dicarik sekaligus rasa ditegur directly…

Hati yang sedang libang libu, sebu dengan bisa si hantu, tiba-tiba jadi serba sejuk dan damai…

Hanya dengan ayatNya… Hanya dengan Dia yang berbicara langsung dengan aku… Tadi…

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus,13)

Rasa macam disepak bertubi-tubi… Rasa macam dicincang hati dengan tangan-tangan ghaib…

Betapalah…

Aku masih lagi belum cukup baik….

Aku masih belum cukup tarbiyah…

Masih belum mampu berlapang dada….

Dan aku termasuk mereka yang melampaui batas…

*Nangis*

Dan… Itulah Aku…

Aku selalu rasa aku ini ada masalah mental…

Yelah, bilamana aku suka memecahkan personality aku kepada pelbagai rupa dan wajah…

*Ok, this sounds scary*

Tapi, mereka yang aku reka pelbagai rupa dan wajah itu punya satu jua nama…

Syafiqah!

*Tetiba aku rasa seram dengan diri sendiri!*

Tapi, itulah aku…

Terpecah-pecah ikut waktu… Terbelah-belah ikut mood dan juga suasana…

Tak pernah lagi aku cuba silang-gabungkan aku-aku ini jadi satu…

Sebab semuanya bakal jadi celaru dan keliru..

Yelah, aku bayangkan, kalau aku yang berwatak baik digabung silangkan dengan aku yang berwatak jahat serba rebellious macam yang kau tengah baca di 2-3 post aku ini…

Pasti kau akan kata, budak ini mood swing senantiasa… Yada Yada Yada…

*Eh?*

Oh, agaknya, aku sudah menyilang-gabungkan watak-watak aku ini pada satu masa dulu, di daerah itu…

Mungkin kerana itu aku jadi manusia kejam yang naïf dalam masa yang sama pelik dan juga tak tertafsir…

Betapalah!

Sungguh!

Sebenarnya, aku ini kenapa?

Entah…

Walau berkali-kali aku diusung persoalan pelik ini… Aku sendiri tak punya jawapan…

Makanya aku ungkapkan kecelaruan dan juga segala benda yang menyesak kepala yang aku simpan sorang-sorang selama ni tanpa ada kawan nak dengar cerita aku… Tanpa ada orang nak pujuk amarah aku… Tanpa ada orang nak peluk aku… Kata pada aku, aku bukan apa yang aku fikir…

Aku luah di sini….

Sungguh, aku bukan manusia besi… Yang boleh ditekan-tekan punat mati dan hidup sesuka hati….

Dan, kata-kata itu datang lagi… Walau dah 2 tahun aku cuba simpan rapi dalam lipat memori aku yang selalu keliru dan celaru ini…

Kata-kata itu membunuh akal waras aku… Membunuh semua rasa dan perasa yang mewarna hidup aku…

Ya, aku tahu…

2 tahun aku diam bisu dengan terima semua jadi satu lagi kisah hidup aku… The untold story…

Seharusnya, zaman kekalutan dan mencari diri ini sudah tamat sebaik saja kaki aku keluar dari daerah itu… Sebaik sahaja aku pegang scroll yang konon punya kuasa ajaib itu dari daerah itu…

Tapi, nyata…

Aku masih menggagau mencari diri kembali setelah keluar dari daerah itu…

Selepas habis semua air mata aku dikerah keluar tanpa paksa tanpa rela…

Setelah habis semua rasa hati aku dijarah dengan hina dan cela…

Semua bermula di daerah itu…

Daerah yang mana, ada seorang manusia beku yang cuba berubah jadi puteri salju..

Tapi, rupanya…

Ia merubah si dungu jadi terus beku…

Dan itulah aku!

 

Aku bukan Orang Baik…

Bila aku kata, aku bukan orang baik… I really mean it..

Sungguh aku maksudkan ia… Dan sungguh aku tak perlukan kata-kata memujuk aku yang entah apa-apa…

Back-off kalau rasa-rasa nak jadi superpower yang konon hati penuh bahagia dan datang konon-konon nak bawa cotton candy jadi penghibur luka lara… Sedangkan kau punya agenda punya rasa yang entah apa yang kau nak luahkan pada aku…

Sungguh! Back-off!!!

Kau tahu…

Aku dah penat berlakon…

26 tahun…

Aku seolah-olah berlakon…

Entah lakonan pementasan bangsawan…

Atau sekadar drama picisan!

Aku tak tahu!

Tapi, sungguh aku rasa aku ini berlakon!

Berlakon memenuhi kehendak orang keliling aku… Sedang satu apa pun tentang aku, aku tak pernah cuba tunaikan… Mahupun suarakan…

Berlakon… Berlakon memenuhi segala titah perintah.. Sedang hati tak rela… Sedang hati ada rasa macam makan gula-gula Hacks hitam yang memang tak sedap tu…

Berlakon konon-kononnya aku ini serba baik…

Heh!

Cuba memenuhi expectation orang atas diri yang konon-konon dianggap serba baik tu… Sumpah! Ia sangat susah!

Kadang-kadang aku tak tahu kenapa aku nak pleased kan semua orang ni?

Kadang-kadang aku rasa, kenapa aku kena pleased kan diorang ni?

Sungguh!

Kadang-kadang, aku gelak je pada diri sendiri bila renung cermin… Sambil berkata:

“Syafiqah! Si bodoh! Si bodoh yang celaka… Entah hapa yang kau kejar dalam hidup kau… Entah hapa yang kau cari! Yang pasti kau umpama robot! Ikut saja arahan orang… Tanpa mahu bangkit dan bangun mempertahankan hak untuk diri sendiri…”

Ya, ini yang aku selalu katakan pada aku di sebalik sana cermin…

Aku, Syafiqah si bodoh! Si bodoh yang entah apa yang dia cari…

Aku, Syafiqah si bengap! Tak pasti, kenapa nak pleased hati orang yang penuh dengan permintaan bukan-bukan…

Aku… Aku laaa itu…

Ya!

Aku rasa hilang sudah prinsip aku nak bina blog yang penuh dengan cerita baik-baik belaka…

Hahaha…

Sebab aku rasa macam celaka…

Sungguh!

Aku macam hilang rasa, hilang perasa…

Minum oren di pagi hari pon lebih best rasanya dari rasa yang menjenguk yang entah hapa ini…

Jangan salahkan hormone… Sebab sebelum hormone aku swing pon, aku memang dah swing dan weng serba serbi..

Hidup kalau tak sudah-sudah cuba puaskan hati orang… Sebenarnya, untuk apa?

Aku sendiri rasa macam aku hilang touch dengan hidup aku sendiri…

Kau tahu?

2 tahun aku rasa begini…

Weng, binggung, buntu…

Aku tak pasti rasa apa yang ada dalam hati sendiri…

Rasa bahagia?

Heh! Rasa bahagia itu macam tak pernah datang menjengah…

Rasa sedih?

Hoi! Untuk apa aku sedih?

Rasa buntu? Beku?

*sigh*

Maaf, aku memang tak pandai nak berbahasa yang baik-baik bilamana aku jadi hantu begini…

Ya, bilamana hantu yang lama berhibernasi, bangun dan menyanyi-nyanyi dalam kepala… Dengan kata-kata yang entah hapa…

Hahaha….

Aku mungkin ada masalah mental gamaknya!

 

Bukan Mudah Nak Jadi Baik…

Kau tahu, bila kau rasa macam-macam, tapi, sungguh satu pun kau tak boleh nak luahkan dengan kata, dengan rasa…

Malah, kau tak boleh nak bagitahu pada orang pon rasa kau tu…. Hatta melalui tulisan kau sekalipun…

*Sigh*

Dan iya… Aku terperangkap dalam situasi itu…

Kini…

Semacam ada beribu-ribu rasa dalam hati…

Tapi, masih…

Kau tersekat di ruang gelap kelam tak berlohong itu…

Masih, kau bisu seribu bahasa dalam riuh ramai dan riuh tawa kau sendiri…

Kau pernah rasa kekebasan rasa yang entah apa dan seolah celaka begini?

*Pandang hujung jari*

Aku sendiri tak tahu… Sama ada aku ini sebetulnya apa…

Baik? Malaikat? Perempuan baik yang tidak alang-alang boleh kau sentuh?

Atau…

Aku ini hanya…

Seorang yang buntu? Keliru? Tepu? Dan juga…

Serba serbi entah hape-hape…

Entah…

Kadang-kadang rasa diri ni berlakon je… Berlakon je buat semua ni… Berlakon je ni!

Sungguh, aku tak tipu!

Aku bukan budak baik…

Kalian pon tahu kalau tengok blog aku yang dulu…

Sungguh, aku bukan mudah laaa nak dengar semua nasihat orang…

*Heh!*

Kau boleh cakap aku degil atau hapa… Tapi, sungguh, aku bukan suka-suka je tak mau dengar semua nasihat orang tu…

Memang laaa orang cakap, amik yang baik je… Amik yang saja kata-katanya yang kau rasa baik… Walau sikapnya, Ya Rabbi saja yang tahu… Betapa kejam dan entah hape…

Tapi, sungguh…

Pada aku…

Kalau kau nak nasihatkan aku… Cukup, kau buat aku hormat kau… Dan tak perlu nak bash aku itu ini macam kau malaikat yang tak pernah tersentuh dek dosa… Yang selalu saja baik belaka… Yang konon-konon amal ibadat tinggi sehasta…

Sungguh, pada aku kau bukan sesiapa…

Sebelah mata pun kau bukan apa-apa…

Sebab kau menghina…. Kau memperlekehkan…

Sungguh…

Aku bukan budak baik…

Sebab aku berlakon je ni pakai macam budak baik…

Entah…

Kadang-kadang aku rasa macam mengarut macam merapu je semua ni…

Tapi, sungguh aku sedang tepu dengan rasa..

Seolah-olah dibejat rasa dan kering perasa…

Hidup dijalani sehari-hari dengan rasa yang entah hapa-hapa…

Benar… Allah itu ada…

Benar… Semua itu benar belaka…

Katalah apa pun… Aku tahu… Tak padan sungguh aku yang berbulatan gembira bertahun dan juga pakai gaya budak baik gini bercerita bukan-bukan begini…

Tapi, fahamilah…

Aku sekadar nak telek hati sendiri…

Sebenarnya aku ini kenapa…

Sebenarnya, aku ini ada apa?

Semua rasa jadi tepu dan beku…

Hingga aku buntu dengan diri sendiri…

Aku ketawa, tapi tak ada satu pun rasa bahagia…

Aku menangis, tapi entah apa yang aku tangisi…

Aku gembira, tapi, aku tak pasti untuk apa…

Aku seolah-olah hilang rasa…

Walau aku konon-kononnya nak menulis yang baik-baik saja di dada blog ini..

Tapi, sungguh…

Aku tak mampu nak kata aku boleh buat itu ini…

Sebab aku masih aku…

Seorang Syafiqah yang melepas rasa dengan kata di dada laman bisu…

Seorang Syafiqah yang menangis sambil jari laju di dada papan kunci…

Seorang Syafiqah yang suka stare blankly pada muka laptop dengan kepala tepu dan berselirat entah hapa rasa dan perasa…

Sungguh laaa… Bukan mudah nak jadi baik…

Heh!

Angel Pakai Gucci…

Angel Pakai Gucci.

angel pakai gucci

Sebenarnya, nak ucap bebanyak terima kasih pada Inche Gabbana.

*Senyum lebar*

Sebab, aku memang tak pandai nak sentuh orang dengan ayat aku… (kot?), tapi, Inche Gabbana Berjaya menjentik hati orang yang aku nak jentik sekian lama…

*Ok, tak de laa lama mana pun.. Baru setahun je usia aku nak mengajak orang ni buat kebaikan…*

Ceritanya begini…

Semalam, aku baca-baca artikel tulisan Inche Gabbana. Entah kenapa aku rasa aku patut kongsikan ngan kakak ni…

Aku: Kak…
Kakak: Yup..
Aku: Nanti baca belog Angel Pakai Gucci, deh!
Kakak: Belog hang ka?
Aku: (ketawa) Dak aih… Ceq tak pandai nak tulih cam beliau! (gelak lagi)
Kakak: Belog apa sat-sat ni?
Aku: Belog Angel Pakai Gucci…
Kakak: (berfikir) Hang jangan dok bagi yang pelik-pelik, Fiqah oiii…
Aku: Dak pelik aih.. Baik lagi kot ada… (ketawa lawa)
Kakak: Pasai pa belog ni? Belog hang, hang tak mau promote kat aku?
Aku: Kan dah promote kat akak dah… Belog ceq belum banyak post lagi laaa.. Hang baca laaa belog nun…
Kakak: Pasai pa belog ni, cuba habaq sat…
Aku: (Muka serba salah) Errrmmm… Macam nak bagi orang baik laaa… Tarbiyah tarbiyah ni laaa… (gigit bibir)
Kakak: (muka tak percaya) Hang saja no nak peleceh ceq..
Aku: Alaaa, kak… Baca sat ja… Kalau tak suka, tak pa aih…

Begitulah gaya promosiku pada beliau semalam… Cuak gak laaa… Yelah, kau hagak-hagak laaa, kan… Main tabuh je nak suruh dia baca belog Inche Gabbana yang super-duper gebabom tu…

Hari ini…

Kakak: Eh, akak dah baca dah belog tu…
Aku: (muka pelik) Angel pakai Gucci? (Ragu-ragu)
Kakak: A’ah… (muka berubah sayu sikit)
Aku: Ok? (hati dah libang libu… Naya aku!)
Kakak: Betoi laa, no… Setepek- setepek kena kat muka ceq ni haa… Terima kasih laaa kat hang…
Aku: (Muka tak percaya… cover laaa kan…) Ha… Kan? Kami pon masa mula-mula dulu, terasa laaa…
Kakak: Kan? Akak jauh pikiaq semalam.. Anak akak nangis-nangis dok baca…
Aku: Hmmm… Pelan-pelan laaa kak…
Kakak: Tu laaa… Ada hang ni… Ada juga yang mengingat… Kalau tak… (mengeluh)
Aku: (Tak tahu nak buat muka pa… Sebab dah rasa cam sebu semacam je jantung, hati dan limpa…)

Memang respon yang tak diduga langsung…

Well, actually… Akak ni memang agak rapat gak laa dengan dia dalam Vale ni…

*Ok, sila jangan penuhkan komen Tanya macam mana nak kerja dengan Vale*

Selain Kakak kereta Kia yang aku dok carpool hari-hari datang ofis… Kakak ni, akak yang aku rapat gak ah…

Dasar telinga besar cam aku kan? Dok tadah telinga dengar cerita orang… May be sebab tu laa kot dia suka dok cerita kat aku…

Aku kesian kat dia… Tapi, aku ni… Bab nak bagi nasihat dari mulut ke hati pada orang yang lebih tua… Satu masalah besar buat aku…

Aku ni, tak tahu.. Takut nanti, salah gaya terus dia tak mau kawan ngan aku… Dari aku nak menyebarkan kebaikan… Terus lain pula yang jadi…

So, antara usaha yang aku buat… Aku hantar artikel through email… So, anta pada ramai-ramai orang… Mana yang aku biasa je laaa…

Kadang-kadang aku bagi juga ayat laser aku sedas dua..

*Which is jangan buat selalu… Mampos makan kasut aku gamaknya!*

So, kira bila baca Angel Pakai Gucci seminggu ni, aku teringat dia…

Jadi, macam…

Aturan Allah tu memang cantikkan?

Dia gerakkan hati aku… Mulut cabul aku ni nak pergi cakap dekat that kakak pasal belog Inche Gabbana…

Dan sungguh laaa, aku nampak dia nak berubah sikit-sikit… sejak 2-3 menjak ni…

Bagi aku, even dia selamba-aci-redah dia pun… Dia baik… Tak pernah laaa aku dengar dia nak salahkan Allah macam orang lain dok salahkan takdir bla bla bla…

Sebab, dia tau, semula tu patah balik pada diri dia… Sebab tu aku kata dia baik… Jauh lagi baik dari aku…

Kakak… You know who you are…

Akak orang yang sangat baik yang Fiqah pernah kenal… Akak buat je dulu sikit-sikit, mana yang akak mampu…

Tapi, ada juga menda yang kadang-kadang kita kena paksa…

Pasal jiwa tak tenteram semua tu… Semua tu panggilan tu…

Allah nak akak dekat dengan dia…

In Shaa Allah, kak…

Selagi akak yakin Allah tu Esa… In Shaa Allah… Ada saja tangan nak gapai akak… Datang membantu…

In Shaa Allah…

Dan aku doakan kalian juga begitu…

Terus sebarkan kebaikan… Sebab orang sekarang, dia malas mengkaji… Dia tengok akhlak diri…

Islam tu cantik… Jangan hodohkan ia dengan perangai buruk kita…

Ye, aku tahu, aku tak baik…

Sikit-sikit, kita berubah jadi baik… In Shaa Allah…

Terima kasih Inche Gabbana…

 

Karutan,
Syafiqah Sham.