Supplement Roh…

Hati yang bernoda-noda...

Hati yang bernoda-noda…

Sekarang ni, macam makin banyak dan makin popular stok-stok supplement atau makanan kesihatan yang terjual di pasaraya…

Ada yang fungsinya untuk kurus, untuk putih gebu, untuk tenaga, untuk cegah itu ini… Macam-macam lagi laaa…

Pendek kata, cakap je untuk sakit apa, In shaa Allah para pengedar/penjual tu, memang senang je nak cari…

Dari jenama S, ke jenama A, ke jenama M ke jenama F atau jenama apa sekalipun… Semuanya menawarkan testimoni-testimoni mereka yang serba gebabom da vasss… Gituh!

Malah, tawaran harga dan pulangan balik modal sekiranya jadi ahli juga cukup mengujakan jiwa dan raga…

Ohhoi! Siapa yang tak mahu duit kan?

Dengan kos sara hidup yang semakin mencengkam dan mencekik batang leher, sudah tentu pulangan-pulangan nilai berbentuk asset dan matawang mengaburi mata sekalian kita, sebagai manusia… Kan?

Tapi…

Tapi, dengan lambakan produk-produk kesihatan badan ni, atau bahasa lainnya raga ni… Sejauh mana pula produk-produk kesihatan jiwa dan rohani dipromosikan dan dipandang dengan nilai yang seberat menjaga kesihatan fizikal yang serba nampak ni?

Yelah…

Kalau kita demam, mesti ada symptoms yang kita nampak kan? Macam, mata merah, hidung berhingus, kepala pusing, suhu badan naik…

Tapi, kalau roh demam? Macam mana symptomnya? Macam mana nak kesan ia?

Lagi…

Kalau fizikal sakit-sakit, contoh macam sakit kudis atau kusta atau panau atau errrr… campak… Mesti kita nampak kan segala bentuk peta dunia tu atas badan kita…

Tapi…

Macam mana kalau roh kita yang diserang sakit kusta, kudis, panau, campak dan segala tu? Malah, ia jauh lebih kronik dari apa yang kita dapat lihat dengan mata…

Macam mana nak kesan?

Macam mana nak baikkan ia?

Macam mana nak sembuhkan ia?

Bagaimana?

Huh! Gelabah ayam kejap…

Secara jujur, sakit fizikal, tak kisah laaa sakit apa pun, memang kita akan nampak… Jelas, terang dan nyata buat kata Ustaz Don semalam masa ngajar ilmu tajwid hukum Izhar Halqi dekat TV Al-Hijrah…

Ya!

Sakit fizikal, jelas, terang dan nyata kita nampak…

Sakit roh?

Derita roh kita?

Sedar tak roh kita ni tengah menjerit minta makanannya? Minta diisi kegersangan dahaganya yang tak pernah kita peduli… Minta diberi barang secebis makanan yang berkhasiat supaya ia tak terus rasa lelah dan penat dibiar dan tidak diambil peduli…

Pernah kita hirau?

Kita hanya hirau tentang kecantikan luaran… Sedang, kecantikan dalaman? Kecantikan roh?

Sebab, waktu kita dibangkit di Padang Mahsyar nanti, bukan batang tubuh fizikal kita ini yang kita mahu pamerkan pada Allah s.w.t.

Masa di Padang Mahsyar nanti, dah tak guna kau cantik, kau kurus, kau sihat walafiat fizikalnya…. Tapi, roh kau, kurus kering, serba sakit, compang camping… Tak rasa malu?

*Peluh besar*

Jadi, sejauh mana kita ambil berat akan supplement Roh kita?

Sejauh mana kita mengimani yang Allah itu Esa, dan Nabi Muhammad itu kekasihNya?

Sejauh mana kita mengimani para Malaikat dan Kitab-Kitab Allah yang mengalirkan tauhid dan hidayahNya?

Sejauh mana kita mengimani Hari Kiamat dan juga Qada’ dan Qadar kita?

Semua ini makanan roh…

Makanan roh yang serba tak nampak tu…

Kita memang tak nampak roh kita sakit… Roh kita tengah derita mahupun sengsara…

Tapi, pernah tak timbul perasaan serba tak kena?

Tiba-tiba je rasa nak menangis? Tiba-tiba je rasa serba tak kena… Tiba-tiba je rasa macam seorang diri di tanah tandus…

Pernah tak rasa begini?

Percayalah, sekiranya kamu pernah dicampak Allah, rasa serba serbi tak kena ini, itu sebenarnya, tanda Allah tengah memanggil-manggil hati dan roh mu dengan penuh kasih sayang….

Allah sedang menyeru-nyeru roh kita agar kembali tunduk padaNya…

Allah sedang rindu pada rintih tangis kita di tikar sejadah…

Sungguh!

Malah, andai kamu rasa hidup kamu tak tenteram… Gaji beribu, tapi, tetap rasa seperti gaji baru berapa ratus…

Atau, kamu rasa, semua orang membencimu…

Hidupmu rasa seolah-olah jadi kebencian manusia… Errr…

Mahupun, kamu rasa serba benci dengan kawan yangsebelum ini baik dan sentiasa dengan kamu tiba-tiba….

Malah, kamu rasa seluruh dunia gelap-gelita… Jadi pemarah, jadi rebellion, jadi serba raksasa entah hapa-hapa… Ughhh…

*Batuk kecil*

Percayalah, itu tanda roh kamu sedang menderita… Bukan sekadar demam panas, atau demam biasa.. Mungkin sedang diserang kanser membunuh entah apa…

Sebelum roh jadi serba hampir mati… Sebelum hati jadi serba mati…

Kenapa kamu tak tarik kaki, bawa ke tikar sejadah…

Heret diri ke majlis-majlis ilmu… Tarik telinga sendiri supaya dengar perkataan-perkataan baik daripada para asatizah yang bertebaran di radio mahupun kaca TV…

Atau, mendaftar diri dengan paksarela ke program-program keagamaan mahupun usrah mingguan yang berlambak-lambak dan melata-lata atas Tanah Melayu ni…

Sebab, sedar atau tidak…

Ubat hati, ubat roh yang serba sakit atau derita…

Hanya dengan kembali pada Yang Maha Esa…

Selagi hidup rasa terumbang-ambing tak ada hala tuju… Selagi destinasi abadi dan cita-cita serba suci, tak mampu nak dihadam dengan akal yang serba logic tu…

Menimba ilmu, menambah amal, membawa hati dan diri pada Ilahi, itu adalah ubat pada sakit hati dan parah jiwa yang membawa pada roh serba sulit dan derita…

Kalau fizikal serba sihat, serba tip top, serba canggih-manggih…

Takkan roh nak dibayar serba sakit, serba derita, serba kalut?

Jadi…

Supplement roh, anyone?

Advertisements

Mana Tahu…

Setiap kali memandang muka tulus-suci-murni-serba-tak-berdosa anak-anak kecil yang kalau-ikut-hati-nak-gigit-nak-cubit-sampai-lebam, menyerbu rasa serba berdosa… Merenung jauh ke masa hadapan…

“Macam mana mereka bila besar nanti?”

“Macam mana anak aku, bila dia lahir nanti?”

“Macam mana dia nak jalankan kehidupan dengan keadaan dunia yang begini?”

Yelah..

Bukak surat khabar, ada anak kecil yang diculik… Ada anak kecil yang hilang tanpa jejak…

Ada kes jenayah yang tak kira jantina lagi…

Ada kes tembak sana-sini…

Ada pak-pak menteri yang serba-serbi ‘pandai’ dan ‘bijak’ mengurus dan mentadbir Negara…

Ada mata-mata serba tajam macam sniper usha sana-sini mencari mangsa…

Malah, kes rompak sekarang bukan setakat kes rompak… Kes rompak sekarang ni macam ada pakej pulak… Pakej rogol dan bunuh… Macam beli Milo 3 in 1… Macam beli barang dekat kedai, beli satu percuma 2!

Rasa macam takut, macam serba diburu rasa berdosa…

Bagaimana mahu meneruskan hidup dengan penuh daya usaha dan mengelak segala bencana yang tak diingini ini berlaku…

Termenung panjang sambil makan gula-gula hacks… Lama jugak laaa pandang ke langit yang biru dan kadang-kadang mendung berarak dengan angin sepoi-sepoi bahasa tu…

Rasa macam… Macam ada sengat ribu-ribu datang menyengat jantung dan hempedu dengan serentak dan tanpa rasa ragu…

“Apa aku dah buat untuk diri aku?”

“Apa aku dah buat untuk ahli keluargaku?”

“Apa aku dah buat untuk agamaku?”

“Apa aku dah buat untuk masyarkatku? Untuk ummahku? Untuk negaraku?”

Berat!

Rasa nak terkehel kepala sebab fikir berat-berat macam gini…

Serius!

Kadang-kadang terhasut jugak dengan kata-kata orang..

“Biarlah… Apa nak jadi, jadilah… Kita tak kacau orang… Orang tak kacau kita…”

Betul…

Tapi…

Bukan ada je ke, kes yang yang membabitkan pak cik tua yang tak berdosa jalan kaki nak pergi masjid hilang tanpa jejak… Tahu-tahu dijumpai mati dan mayat berulat tepi semak… Sebab kena rompak?

Pak cik tu tak ada musuh, tak ada apa-apa dosa pun… Tapi, dibunuh kejam sampai macam tu sekali…

Memanglah dah ajal pakcik tu, bahagian dia meninggalkan dunia bertemu sang Pencipta dengan keadaan macam tu…

Tapi…

Masih…

Takut…

Seram…

Trauma…

Macam tak selamat dah nak hidup hatta di rumah sendiri…

Salah siapa ini?

Takkan nak salahkan Pak Cik Anuar jugak kot?

*Ok, tak kelakar!*

Sungguh, rasa gerun nak fikir, macam mana kalau dah berkahwin, ada anak…

*Huishhh~ Jauh anganan…*

Adakah anak kita selamat?

Adakah anak dan suami/isteri kita mampu jadi bekalan kita ke syurga?

Dan, mampukah kita jadi isteri/suami dan anak pada ibu bapa kita yang menjadi bekalan ke syurga buat mak ayah kita nanti?

*Nangis!*

Allah!

Kadang-kadang rasa macam tak terhimpun rasa serba salah ini…

Kadang-kadang rasa macam tak terhitung rasa berdosa ini…

Diri sendiri pun belum tentu bagus dan istiqamah nak jadi bekalan dunia akhirat untuk mak ayah apatah lagi suami/isteri…

Macam mana nak bina ummah? Nak capai tingkat daulah Islamiyyah seterusnya tingkat Ustaziyatul alam?

Kalau maratib amal pon lompong…

Kalau usrah pun sikit-sikit kata nanti…

Kalau tarbiyah dah melambai depan mata tapi, buat-buat lupa, buat-buat buta?

*kesat hingus*

Belum cukup kalau takat tuntut ilmu melalui televisyen yang banyak rancangan agama tu… Belum cukup…

Kita ni dah terlalu manja dengan jahiliyyah… Dah jauh hanyut dalam duniawi…

Terlalu taksub dengan bisik-bisik halus syaitan yang kita serba tak nampak tu…

Walhal syaitan tu dah bersumpah dah…

Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.

(Ibrahim – 14:22)

Syaitan sendiri dah bagitahu, yang dia takkan sekali-kali tolong kita bila di akhirat kelak…

“Semua orang tahu tu!”

Ya! Semua orang tahu itu… Tapi…

Ada sesiapa nak ingatkan tak, neraka tu macam mana?

Ok, cuba gambarkan laaa ek…

di hadapannya ada Jahannam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumnnya air nanah itu dan hampir dia tidak bisa menelannya dan datanglah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati, dan dihadapannya masih ada azab yang berat.

(Ibrahim – 14: 16 – 17)

Bayangkan nak minum air nanah…

*Phewww~~*

Tak sanggup nak bayangkan…

Jadi, sekarang ni… Kenapa masih malas, masih manja dan masih lagi rasa tak puas dengan jahiliyyah?

Tak teringin masuk syurga?

tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa). Mereka itu memperoleh rezeki yang tertentu, yaitu buah-buahan. Dan mereka adalah orang-orang yang dimuliakan, di dalam surga-surga yang penuh nikmat. di atas takhta-takhta kebesaran berhadap-hadapan. Diedarkan kepada mereka gelas yang berisi khamar dari sungai yang mengalir. (Warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum. Tidak ada dalam khamar itu alkohol dan mereka tiada mabuk karenanya. Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.

(As-Saffat – 37:40 – 49)

Whooaaa~~~ Jatuh rahang…

Nikmat syurga yang jadi dambaan jutaan manusia…

Rasa…

Rasa macam tak layak nak masuk syurga… Rasa macam tak mampu nak gapai syurga dengan amalan yang serba sedikit yang ada ni…

*Nangis!*

Tapi, takut nak masuk neraka… Takut nak minum air nanah… Takut nak berdepan dengan kala jengking dan  entah apa lagi yang berbisa dan menyiksa dalam neraka tu…

*Nangis laju-laju*

Dah tu…

Nak buat apa supaya kita layak masuk syurga?

Nak buat apa supaya kita tak layak jadi penghuni neraka?

Takkan nak duduk diam-diam…

Kubur sendiri-sendiri katanya…

Ah! Seram!!!

Seram membayangkan nasib diri ni…

Ke syurga tak mampu… Ke neraka tidak mahu…

Jadi…

Apa yang ada buat kita jadi bekal untuk menghadap Tuhan?

Dosa bertimbun, amalan tidak tentu…

Aduh!!!!

Dan, layakkah kita jadi bekalan syurga buat mak ayah kita? Buat suami/isteri kita?

*Tersedu-sedu*

Tak cukup kalau takat cukup solat 5 waktu yang kadang-kadang terbabas waktu…

Tak cukup dengan zakat yang kadang-kadang berkira-kira…

Belum dikira daging saudara-mara yang kita dah makan dan lapah tanpa sedar dan tanpa rela…

Tak banyak amalan lagi ni… Macam mana nak menuai saham di ladang akhirat?

Sebab syurga tu mahal… Sebab syurga tu serba eksklusif…

Sebab syurga tu sangat cantik..

Takkan laaa kita dengan amalan apa ada je ni, nak masuk syurga?

Jadi, kita buat apa selama 20-30-40-50-60 tahun kita hidup atas mukabumi?

Buat kerosakan? Buat maksiat? Larut dalam jahiliyyah?

Ma Shaa Allah~~~ Kita dah jauh nak kejar nikmat syurga Allah yang tak terhitung indah dan nikmatnya itu…

Astaghfirullah…

Perlu kembali dan bawa diri… Heret kaki kembali kepada Ilahi…

Menangis tersedu-sedan pon tak cukup nak bawak diri ke syurga..

Kalau tak kongsi rasa serba insaf sesama kakak, adik, abang, pakcik jual cekodok seberang rumah mahupun makcik tukang sapu dekat pasaraya seberang jalan tu…

Sebab erti kita sebagai khalifah adalah menyampaikan…

Tak perlu nak rasa down sampai nak terjun gaung atau terjun dari tingkat 16 KLCC tu…

Cukup dengan muhasabah, tingkatkan amal, mempelajari ilmu…

Dan ilmu yang serba sedikit tu, cuba dikongsi sebaik mungkin dengan anak-anak, dengan kawan-kawan…

Mungkin…

Mungkin mereka sedang mencari erti hidup mereka…

Mungkin, mereka sedang mencari destinasi abadi mereka…

Tak salah jadi penunjuk jalan… Dapat pahala ajak orang buat kebaikan… Sebab ia bekalan kecil kita ke akhirat…

Jadi, sudah-sudahlah tabur air mata tu…

Bangun! Bergerak!

Sebarkan kebaikan walau sepatah kata…

Mana tahu, ada yang tersentuh dengan sepatah kata itu…

Mana tahu, kerana dia kita masuk syurga…

Mana nak tahu… Sebab sebaran yang sedikit itu, ada hati yang bermuram durja, jadi bahagia…

Mana nak tahu…

Sebab semua tu, caturan Allah… Allah yang pandang kita… bukan orang… Bukan jugak pak cik jual eskrem tu yang nilai kita…

Wallahu’alam…

 

 

 

 

Tuhan Harun

Isu Tuhan Harun…

Kalian ikuti isu Tuhan Harun ini?

Ya… Tuhan Harun itu yang katanya dia itu Tuhan, hingga nyawa penguasa agama itu kelihatan murah nilainya… Hanya kerana mereka ajaran sesat yang sedang disiasat oleh si arwah mangsa…

Dasar manusia serba takbur!

Isu Tuhan Harun, Syiah, dan segala macam ajaran sesat yang bertapak berakar umbi dan beranak pinak dalam Malaysia ni, bagi saya, tidak cukup hanya dengan kerja banteras, tahan, reman, lokap, bicara dan blablablabla…

Sebab, penyudahnya, mungkin akan timbul ajaran baru… Ayah Johar, Tuhan Ismail atau apa entah lagi kebangangan manusia yang gila dan serba jahil dalam agama.

Benar, penguatkuasaan itu perlu…

Tapi…

Memetik kata seseorang (ok, saya lupa nama dia siapa) katanya…

“Tak kisah laaa, Syiah ke, Tuhan Harun ke, Haji Kahar lantik balik diri dia jadi Nabi Melayu ke, hape ke, kalau aqidah umat Islam Malaysia itu kukuh, sungguh, ia tak jadi kudis… Malah, dengan mudah kita dapat kesan dan dengan mudah kita dapat banteras…”

Ya, bagi saya persoalan yang nampak rumit, namun jalan penyelesaiannya sudah terpampang depan mata…

Aqidah…

Perteguhkan aqidah umat Islam di Malaysia…

Bukannya menyogok mereka dengan hiburan yang bercampur-aduk dengan agama blablablabla…

Loya tekak, muntah darah…

Aqidah umat Islam patut diperteguhkan…

Ini tidak, rakyat disogok, digula-gula, dimanja-manja dengan hiburan serba melampau…

Idola Kecil, Mencari Bintang, Akademi Fantasia blablablabla…

Kalau anak tak dapat nyanyi, nangis guling-guling… Kalau anak tak pandai menari, nangis meraung… Kalau anak tak Berjaya, nangis sembunyi diri dalam almari…

Cuba, kalau anak tak pandai ngaji… “Tak pe, banyak masa lagi…” “Tak pe, budak lagi…”

Choiii!!!!

Memang betullah, ade jugak terselit Al-kuliyyah.. Ade jugak laaa terpampang Tanyalah Ustaz… Ada jugaklah usaha dengan rancangan-rancangan agama ni…

Tapi, berapa sangat rating rancangan agama ini bila disiarkan?

Berapa kerat rakyat Malaysia yang tengok?

Aqidah ni, bukan isu enteng yang patut dipandang sipi-sipi…

Macam ayat “Tak pe.. Muda-muda ni, patut enjoy… Nanti dah tua, tak boleh enjoy dah…”

Atau “Biarlah dia tak mahu bertudung, nanti dia bosan dah dengan segala macam, dia back to basic balik!”

Atau ini…

1506068_658167880892334_2080700538_n

Tak pe… Panas kat dunia ni kejap je, kak… heeehuuu~

So, sekarang… Rasanya tak payah rasa nak pelik-hairan dan segala macam laaa kan, bilamana ramai orang terpengaruh dengan ajaran sesat-songsang entah hape mende yang berterabur dan melata-lata di bumi Malaysia ini…

Sungguh!

Sebab apa yang perlu dihairankan?

Bukan sikit orang yang mempertikaikan hukum… Bukan sikit orang yang menidakkan ketuhanan dan keEsaan Allah s.w.t. itu…

Ramai…

Dan, kenapa makin ramai?

“Oh, biasalah.. akhir zaman…”

“Oh, biasalah, dunia di penghujung usia…”

“Oh, biasalah… semua ni dunia je…”

Sudahlah… Berhenti…

Berapa banyak perkara luar biasa yang jadi biasa sekarang?

Takkan laa kes Tuhan Harun pun nak cakap biasa jugak?

Aduh!

Siapa yang rosak sebenarnya?

Kita? Mereka? Ibu ayah? Guru? Ustaz? Ustazah? Naqibah? Naqib? Diri Sendiri?

Tak payah nak tuding jari sana sini, sebab semuanya balik pada diri sendiri… Pada aqidah diri kita sendiri…

Cukupkah bekalan kita dengan hanya solat 5 waktu yang kadang-kadang penuh, kadang-kadang satu… Kadang-kadang awal, kadang-kadang hujung waktu?

Cukup dah ke, bekalan kita?

Kuat dah ke aqidah kita kalau masih nak percaya perkara ngarut-ngarut… Kena mandi bunga sebab nak cepatkan jodoh… Kena baca jampi serapah blablabla buat tolak bala… Cukup kuat dah ke?

Tak payah nak cakap kubur sendiri-sendiri… Tak perlu…

Sebab, bila ayat kamu keluar je kata kubur sendiri-sendiri… Maknanya, kamu belum belajar erti hidup kamu secara Islami 24/7…

Isu aqidah ni, tak payah nak tunggu pak-pak menteri yang dok bergaduh dalam Parlimen tu buat kerja…

Tak perlu laa kot nak harap pak-pak ustaz turun padang dengan sniper…

Kita sendiri patut mula…

Mula mencari diri, mula membina identity, mula membentuk personality…

Takkan nak tengok je orang lain riang gembira tak de keluh kesah dan dengus rengus, bahagia dengan cahaya yang Allah simbah dalam hati dia?

Takkan laaa nak tengok je orang tu pergi tarbiyah, pergi usrah, pergi mukhayyam, pergi rehlah, pergi jaulah dengan bahagia dan berlapang dada?

Takkan nak jadi tukang tengok je?

Takkan laa kot kan?

Mesti nak join jugak… Mesti nak rasa sama-sama kebahagiaan diorang tu kan?

Jadi, kuatkan aqidah…

Betul, tarbiyah bukan segala-galanya… Tapi, segala-galanya bermula dengan tarbiyah…

Nak kuat aqidah, kena ikut tarbiyah…

Nak hati bahagia, kena ikut tarbiyah…

Nak rasa cukup serba ada, ikutlah tarbiyah…

Sebab semuanya bermula dengan kita… Saya, kamu, makcik jual burger sebelah rumah, pak cik jual tong gas belakang rumah…

Semua tu bermula dengan kita…

Samada nak tengok je orang masuk syurga dengan gembira…

Atau nak bawak diri terjun berani mati masuk gaung neraka…

Pilihan ada dua je… Tak banyak…

Fikir-fikirlah…

Aqidah awak, awak kena jaga…

Tak percaya?

Cuba check Tuhan Harun…

Tak sampai seminggu ditahan dalam lokap, sudah diserang angin ahmar sampai tak boleh bangun berdiri betul masa ke mahkamah semalam untuk bicara… Dengan air liur meleleh…

Sedangkan Fir’aun yang katanya tak pernah sakit hingga mengaku Tuhan pun, Allah tenggelamkan dia dalam air Laut Merah… Inikan pula lelaki Melayu itu yang katanya dia Tuhan bernama Harun…

Mana mungkin Tuhan itu bersosok serba tak sempurna seperti manusia…

Mana mungkin Tuhan itu boleh jatuh sakit…

Semua itu atas kuasa siapa kalau bukan Ya Rabb?

Semua itu atas kehendak siapa kalau bukan Ya Khaliq?

Jadi, pilih…

Nak menangis meraung meratap hiba di dunia…

Atau nak menangis meraung meratap hiba di akhirat?

Pilihan ada hanya dua… dan ia di dalam jangkauan kalian…

Tadabbur Surah Al-Baqarah (2:23)

al-baqarah, 23

2:23 – Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

  • Ayat ini adalah hujah dari Allah mencabar orang kafir dan musyrik untuk mencipta sebuah naskhah yang sama atau lebih hebat dari Al-Qur’an.
  • Pada zaman Rasulullah, sewaktu turunnya wahyu Allah pada baginda s.a.w., orang-orang musyrik Mekah seringkali mengatakan bahawa baginda rasul s.a.w. adalah seorang penyair, kerana ayat-ayat Al-qur’an yang diucapkan baginda s.a.w. sebagai wahyu pada para sahabat.
  • Maka Allah menurunkan ayat ini untuk memberi cabaran pada kaum Musyrik Mekah untuk mengadakan ayat yang sama.
  • Tambahan pula, ketika zaman jahiliyah, sebelum kedatangan Islam, kesusasteraan Arab merupakan sesuatu yang sangat dipandang tinggi.
  • Orang-orang Arab – samada mabuk cinta, mabuk rindu, mabuk arak, pergi berperang etc, seringkali menggunakan syair sebagai luahan perasaan mereka.
  • Ketika berperang, syair/sajak ini digunakan untuk membakar semangat para tentera dan mereka dijanjikan dengan harta dan juga wanita.
  • Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu dalam bentuk kalamullah, orang-orang Arab merasa tercabar kerana ayat-ayat Al-qur’an begitu indah.
  • Malah, ayat Al-qur’an terletak pada sudut sastera paling tinggi, yang tak mampu digapai oleh mana-mana ahli sarjana sastera Arab sekalipun.

Aku & Usrah – Part 2

Permulaan usrah…

Masa mula-mula nak join usrah dengan IKRAM Manjung… Ada satu kekeliruan mengacau dan juga satu stigma entah hapa yang datang mengetuk…

Mama dan abah saling berkerut kening, berkerut dahi…

Serius, masa tu aku cam dah tetap hati… Tapi…

Mama abah macam ada doubt..

Yelah, masa tu Malaysia dilanda tsunami pembongkaran tentang Syiah…  Makanya, mama abah takut aku ni jadi pengikut Syiah since tak pernah dengar nama IKRAM…

Lepas tu, aku pun dengan yakin berkata:

“Akak pergi je dulu, kalau rasa macam pelik-pelik, akak dah tak pergi laaa lepas tu…”

Tambahan pula, ahli muslimat Masjid taman aku, dok melabelkan usrah tu konon-konon hak mereka semata… Which is aku rasa sangat weng, sebab ia agak kepartian di situ…

Sebab tu aku macam tak sanggup nak join usrah dengan muslimat masjid tersebut… Walaupun, masjid itu tak sampai seratus langkah dari rumah aku…

Tekad bulat laa kekunun kan nak join usrah masa tu…

Tapi, aku tak mampu nak menipu… Masa mula-mula, ada laaa sikit-sikit rasa culas, malas, dan segala tu datang menjenguk dalam hati..

Heh! Sebelum ni kaki ponteng usrah atau dok masuk sana sini orang punya usrah, tak stick pada satu kan… Tu laa akibatnya…

Tapi, mungkin sebab Kakak usrah yang sangat sabar dan sangat ikhlas dengan aku yang serba laaa weng dan sesat dalam cahaya masa tu…

Maka, cahaya kebahagiaan tu dengan mudah tertempias pada aku…

Siapa sangka aku kini, kalau tak datang usrah satu minggu, eh, rasa macam bertahun je…

Serius! Aku rasa ini semua sangat membahagiakan…

Dan, aku ingin sangat kongsikan kebahagiaan ini pada mereka yang sangat dekat dengan aku…

Alhamdulillah, mama abah tak payah laaa ku risaukan… Usrah dan kelas agama mereka di masjid tersebut senantiasa dihadiri… Eh, kalau ambil attendance dan markah, mesti mama abah punya attendance hampir 90% penuh… Pelajar cemerlang gamaknya!

Aku je, yang sangat culas dan entah hapa aku cari dulu…

*senyum pahit*

Tapi, sungguh aku tak mampu nak masuk korum dengan ahli muslimat masjid tersebut… Harap maaf…

Dan, aku memang mahu kongsikan rasa bahagia ini pada ramai orang…

Sebab tu, even jumpa kawan-kawan dekat area KL/Selangor pun, aku dok nak cakap pasal usrah… Dan, aku rasa mereka bosan nak dengar aku membebel begitu…

Tapi, sungguh…

Sehinggakan rakan-rakan satu ofis pun aku hasut supaya mereka bagi nama pada aku untuk join usrah…

Sebab aku nak diorang pun turut sama dengan aku…

Dan aku sangat berbahagia bilamana seorang kawan ini yang aku tak pernah rasa pun aku mampu nak tarik dia masuk usrah…

Tetapi, seminggu lepas, lepas saja aku balik dari KL dengan hati yang bercampur-gaul pelbagai rasa…

Dia terbuka hati nak join usrah…

Ohhoi! Aku sangat suka… Berbunga-bunga rasa…

Setidak-tidaknya, dia mahu berubah sedikit demi sedikit…

Dan, dia pernah punya impresi yang aku ini serba skema dan serba jumud dengan cara aku berpakaian… Hinggakan dia tak pernah terfikir mahu jadi kawan aku…

Tapi, bila dia bercerita tentang diri dia yang lalu, dan aku mendengar tanpa sebarang prejudis… Dia tahu aku bukan seperti yang disangka…

Aku, Syafiqah yang serba senget, weng dan kadang-kadang gila!

Tapi, sungguh rasa bahagia… Bila mana email yang ku tebarkan ke hampir 15 nama mereka yang aku kenal di ofis… dibalas dengan 5 nama yang berminat mahu menyertai usrah ini dari mula…

Sungguh, aku berbahagia…

Sebab, mahu menebarkan kebahagiaan itu bukan mudah… Tapi, ia jugak tidak susah…

Mungkin, sudah Allah takdirkan 5 nama ini adalah mereka yang sedang mencari cahaya… Mereka yang hatinya Allah panggil untuk mendekatiNya dengan segera…

Dan, sungguh aku masih terus berdoa… Semoga si pencetus aku itu terbuka hatinya satu hari nanti… Sebab aku masih juga ternanti-nanti… Biar dia juga turut sama dalam angkatan ini…

Doakan aku, doakan mereka, dan doakan dia…

Doaku pada kalian juga… Moga Allah angkat doa-doa kita…

Ameen…

Dia yang sangka aku ini skema... Thanks for the lovely present, beb!

Dia yang sangka aku ini skema… Thanks for the lovely present, beb!

Aku dan Usrah – Part 1

Aku kenal usrah dari sekolah menengah… Masa tu, usrah dipanggil halaqah…

Tapi, halaqah yang mana seingat aku, aku tak khusyuk dan tak terasa betul-betul ditarbiyahkan.. Asyik dok nak membashing aku yang cam serba weird je masa tu… Yelah, aku kan cam tak bape nak kawan ngan orang… Masa tu…

Lepas tu masuk matrik… Ada subjek wajib nama Halaqah jugak… Halaqah 1 & Halaqah 2… Nama Naqibah Mariam… Uih~ Aku ingat nama naqibah ku ini… Dia budak Pharmacy…

So, masa dekat matrik, memang tak bape nak culas laa datang halaqah… Sebab dapat markah… Still, aku sengal-sengal ubi kenapa kena ada pergi halaqah masa tu…

Masuk UIAM, aku terus senyap dengan dunia halaqah/usrah… Masa sem 1 dan 2… Masa tu, even join Karisma Club (sebelum bertukar nama kepada INSPIRE Club)… Aku tetap culas nak pergi… Sebab pada aku, datang usrah ni, just dengar orang cakap-cakap je…

*Heh! Dasar orang sesat dalam cahaya!*

Lepas tu, aku mula laaa berjinak-jinak dengan usrah bila dilantik jadi trainers… Itu pun sebab ada seniors Kelab yang dok bagi ayat berdarah… Yelah, kau trainer… Kerja kau trained orang… Kenapa kau macam tak well-trained? Tak ke berdarah je ayat tu kalau kau interpret directly ayat berbunga diorang tu?

Tapi, menjadi seorang Syafiqah yang weng dan sesat dalam cahaya… Aku memang skip2 je kadang-kadang pergi usrah… Boleh cenggitu?

Kadang-kadang aku pergi kelas… Kadang-kadang aku saja pergi program Kelab lain yang buat malam tu jugak…

Kadang-kadang aku saja duduk bilik layan movies…

Kadang-kadang aku tak pergi sebab aku tak mau hadap muka-muka orang dalam tu…

Boleh cenggitu?

Dasar si sesat dalam cahaya memang cenggini!

Dan, melangkah keluar je dari UIAM, aku terus menyambar kerja yang ditawarkan pada aku…

Masa tu rasa tiap malam adalah best dengan menghadap TV nonstop sampai kau terkuap-kuap menahan ngantuk.

Memang dasar manusia sesat dalam cahaya!

Tapi, berapa lama kau tahan?

Aku?

Aku hanya mampu bertahan sebulan… Lepas tu, aku rasa kehilangan yang serba melampau!

Aku rasa hidup aku macam sia-sia… Macam berada di satu garis lurus… Tak beriak, tak beroleng…

Dugaan hebat hidup di Damansara buat aku tak betah dengan rasa yang macam-macam… yang tak enak dan serba resah dalam hati…

Bertahan hanya 6 bulan… Aku kemas barang dan dijemput ayahanda bonda pulang ke rumah tercinta…

Sangka aku, aku akan temui rasa bahagia yang aku cari-cari…

Rupanya…

Nikmat dan rahmat berada di samping keluarga… Makan pakai dijaga… Pekerjaan yang serba mudah dan serba best… Juga tak mampu nak buang rasa kosong dan teroleng-oleng dalam hati aku…

Masa tu mula berangan entah hape-hape…

Jiwa tandus… Tanpa siraman cahaya…

Genap setahun 2 bulan, dengan rasa seolah-olah serba tak kena… Dengan air mata yang sering hadir dalam tidur dan kala sujud dan doa…

Allah jawab persoalan yang datang dengan sebuah teguran dan tamparan maha hebat!

Seorang ofismate hantar email bertanyakan tentang usrah…

Perasaan aku?

Terkesima… Gamam seketika…

Kau tahu kenapa?

Sebab gadis yang bertanya bukan stok tudung labuh macam kau yang baik-baik kat luar tu…

Dia stok kejap buka kejap tutup kepala… Dan aku tak pernah berurusan dengan dia sebelum ini… Yelah company besar, dan punya banyak department… Apakah urusan penting yang related antara Health & Safety dengan CSR team? Jauh jemput-jemput dari kuali!

Masa tu aku terus je post status ke mukabuku… Mencari usrah…

Ya! Usrah yang selama ini culas mahu pergi…

Usrah yang selama ini, ku rela membatu dalam bilik dari menapak mencari redha Ilahi…

Usrah yang selama ini selalu buat aku tak betah sebab terasa kena bashing serba serbi…

Sebab aku tertampar…

Kenapa dia boleh tanyakan usrah pada aku, sedang aku leka dan alpa tidak mahu mencari usrah untuk diriku?

Dan nyata, dia adalah utusan yang Allah hadirkan untuk menjawab semua resah gelisah ku… Dia adalah insan yang jadi asbab utama aku mencari usrah yang aku ikuti kini…

Alhamdulillah…

Dan sungguh aku bersyukur, sebab Allah hantarkan dia sebagai pengetuk hati… Pembawa jawapan…

Cuma, tolong aku… Tolong aku doakan dia… Untuk sama-sama terbuka hati nak join usrah satu hari nanti…

Sebab dia pencetus aku keluar dari momen teroleng-oleng dan terumbang ambing…

Dari duduk dalam satu garis lurus yang serba lurus tak berganjak…

Kepada satu rasa yang kini makin basah dalam hati dan jiwa…

Dan, ya! Aku sedang memperbaiki diri…

Dulu usrah tak sekali jua tak sekala…

In shaa Allah, ini sentiasa berkala-kala…

Doa aku istiqamah… Dan doakan dia juga terbuka jiwa dan hatinya… Biar dia sama-sama merasa bahagia yang aku rasa…

Ameen…

Usrahmate yang membahagiakan...

Usrahmate yang membahagiakan…

Kitab… Kalam dari Tuhan…

Berdebat…

Pertama kali…

Asalnya, aku hanya nak pertahan adik seatok senenek aku yang diasak dengan hujah bukan-bukan (bagi aku) sahabat baiknya mungkin… Cross-debate within Christianity and Islam… Semua pasal penggunaan nama Allah…

Sungguh, selalunya… Debat-debat begini biasanya aku hanya biarkan sepi, sekadar baca dan senyum sendiri bila melihat mereka bertelagah menjadi keyboard warrior agung…

Aku hanya senyum… Ya! Senyum… Sebab aku kadang-kadang merasakan, nilai intelek ku kurang dibanding orang…

Tapi, bila melihat adikku nan seorang ini… Bertatih-tatih berhujah… Diakhiri dengan baris ayat ini…

“Bagi ku Agama ku, Bagi mu, Agama mu…”

Aku rasa a bit off sikit…

Yup! Kadang-kadang, berdiam diri itu lebih baik…

Tapi, ada kala, berbicara dengan si dangkal, ada baiknya kau selit sikit rasa kau sikit bodoh plus kau sikit pandai dari dia…

Dan aku menyelit di tengah kebisuan keduanya… Dengan hujahku yang panjang berjela…

Katanya, Islam itu terwujud beratus tahun selepas Kristian…

Katanya lagi, Islam itu wujud selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul..

Benar, memang benar sebenarnya… Islam itu terwujud kemudian selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul…

Yang terwujud pada zaman Nabi Adam hingga zaman Nabi Isa, adalah agama Tauhid… Agama Tauhid yang mengEsakan Allah s.w.t. semata… Bukannya menduakan Allah dengan Ruhhul Quddus, mahupun Jesus…

Dan, dia membalas katanya, Kristian itu juga wujud semasa zaman Adam… Katanya, carilah dalam internet, sumbernya banyak…

Aku tegaskan di sini…

Kalau Kristian itu terwujud sejak Adam, kenapa tidak Adam saja yang kau sembah? Kenapa Jesus itu jadi tuhan ke-3 mu? Jadi anak Tuhan mu?

Bukankah Adam itu lahir tanpa ibu, tanpa bapa? Dijadikan oleh Allah dari tanah? Bukan lahir dari persenyewaan lelaki dan perempuan?

Kalau benar dari zaman Adam, Kristian itu ada… Kenapa tidak Hawa kau agungkan seperti kau mengagungkan Mariam?

Kenapa?

Pernah kau bertanya diri sendiri?

Hmmm…

Aku hanya mampu senyum… Sungguh! Senyum…

Hujah berdasarkan sumber internet?

You got to be kidding me!

Sejak zaman Nabi Adam dan Hawa, yang terwujud hanya agama Tauhid… Yang mengEsakan Allah semata-mata… Tidak pernah terwujud lagi agama lain selain agama Tauhid pada waktu itu…

Dan, kalau hujah kau adalah kerana dalam kitab Bible mu ada menyebutkan kisah Adam…

Biar aku jelaskan…

Kami, orang Islam… Percaya, bahawasanya, ada 4 kitab yang terwujud di atas muka bumi ini… Yang beragama Tauhid atau Samawi… Yang suci, kalam dari Ilahi…

Iaitu, Zabur – untuk Nabi Daud, Taurat – untuk Nabi Musa, Injil – untuk Nabi Isa, dan Al-Qur’an – untuk Nabi Muhammad s.a.w.

  1. Zabur – untuk Nabi Daud… Masih wujud hingga sekarang… Agama yang memegang pada Kitab Zabur ini sekarang dikenali sebagai Zoroastrianisme… Cuma, umat Islam tidak lagi mengimani kitab ini yang terwujud pada zaman ini, sebab isi-isinya bukanlah asli lagi, malah sudah ditokok tambah sana sini…Zoroastrianism-9780816057238
  2. Taurat – untuk Nabi Musa… Kitab ini masih wujud… Dipegang dan diimani oleh kaum Yahudi… Sungguh, ini laaa kitab Torah yang mereka yakini… Dan, umat Islam tidak sesekali mengimani kitab ini, kerana ia tidak diyakini sumbernya 100% dari Allah… Sudah pasti ia ditokok-tambah berkali-kali…Torah_Reading_Sephardic_custom
  3. Injil – Kitab Nabi Isa… Inilah pegangan kamu bukan? Turun pada Nabi Isa semasa kenabiannya.. .Dan ia tidak sesekali juga kami imani pada zaman ini sebab sudah punya penambahan dari paderi-paderi besar kamu… Bukan semata-mata ayat dari Ilahi…Bible Page
  4. Al-Qur’an – kitab suci diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W… Sungguh, ini adalah kitab suci.. Kerana itu kami imani kitab ini… Sebab ia ayat-ayat suci dari Allah… Seperti termaktub dalam ayatnya yang suci…quran-2154

Dan sungguh, kami mengimani semua Kitab yang turun dari Allah pada Nabi-nabinya… Cuma, bukan kitab itu yang ada pada zaman ini… Kerana kitab itu sudah bercanggahan… Dan tidak lagi layak digunakan sebagai kata rujuk pada Ayat Ilahi yang suci dan tidak punya cacat cela…

Dan, bilamana kamu menyatakan Kristian itu terwujud sejak zaman Adam… Aku tegaskan sekali lagi… Tidak! Kamu sudah terkeliru sama sekali…

Seperti kataku di awal tadi…

Kerana ia kalam Allah pada mulanya… Maka penceritaan tentang Nabi Adam itu ada… Sebagaimana ia diceritakan dalam Al-Qur’an… Buat kamu jadi pedoman… Bukanlah ia membuktikan bahawa agama kamu terwujud sejak zaman itu sejak waktu itu…

Dan kau mahu kembali membaca sejarah?

Silakan! Bentangkan hujah sejarahmu… Mari kita sama-sama mengkaji… Mengkaji secara ilmi… Bukan dengan emosi…

Kajilah… Membacalah… Bukan mengharap pada sumber bisu yang ada pada internet semata… Kerana sumber bisu internet ini… Biasanya dibawa, dihujah oleh yang bukan ahlinya…

Sedangkan, assignment yang dipinta pensyarah jika diberi sumber dari internet yang tidak tahu mana kesahihannya pun, ditolak mentah sang murabbi… Inikan pula, hujah agama seperti ini…

Sungguh, aku juga seorang yang masih lagi mengkaji… Masih lagi mencari.. Dan masih lagi mahu membaiki diri…

Moga sama-sama kita belajar dan mencari hikmah atas perdebatan ini…

Wallahu’alam…