Perak Aman Jaya…

1381623_632467476803381_785020353_n

Perak negeri kedua termiskin di Malaysia…

*ok, ketawa kejap…*

Oh, Cik Sya tetiba rasa nak tulis pasal hal ni…

Lantak laaa kot, tetiba orang dok cakap gila politik plak kan? Tapi, this is an ugly truth yang semua orang kena tahu…

Betul…

Mengakui yang Perak ni negeri msikin… Tak payah tengok jauh, tengok diri sendiri dan jiran tetangga dah cukup…

Contoh terbaik, Manjung ni je laaaa…

Aku sebagai pekerja Vale, patut rasa bersyukur… Sebab, sekurang-kurangnya, gaji ku tidaklah sama dengan kawan-kawan lain yang bekerja dengan kadar gaji yang tak masuk dek akal…

Cuba bayangkan…

Saat harga gula, petrol, minyak masak, tepung dan segala mak bapak barang keperluan… Hatta rumah pun naik harga mencanak-canak… Takat gaji orang Manjung ni, berapa?

SPM – RM900 (ini gaji minimum yang ditetapkan kerajaan)…

Hakikat, masih ada majikan di Perak ini yang menggaji pekerja yang bertaraf SPm dengan gaji hanya RM500 – RM700…

Diploma – RM900 – RM1000

Kalau demand lelebih, memang kena bahasa… Katanya, Perak masih affordable lagi kos hidupnya!

*Hakktuiiih!*

Ijazah – RM1200 – RM1800

Itu pun, kalau dipinta, diberi alasan berjela… Tak de pengalaman… Baru grad setahun dua… Fresh grad… Tak reti buat kerja… Bla bla bla bla… Dan masih, dengan alasan yang sama… Living cost di Perak masih di takuk boleh makan dengan gaji banyak tu!

Huh! Sangat tak masuk akal!

Apa mereka ingat, orang beli beras dengan pasir?

Apa mereka ingat, kereta orang-orang Perak bergerak pakai kuasa air?

Atau mereka fikir, orang-orang Perak ni, masak lauk dengan tanah gamaknya!

Tak sedar ke atau memang sengaja melabangkan telinga, membutakan mata?

Petrol naik, effect 1 Malaysia…

Beras naik, effect 1 Malaysia…

Gula naik, effect 1 Malaysia…

Nah! Kau agung-agungkan sangat kan dengan konsep 1 Malaysia tu?

Kenapa hal-hal ekonomi ni, kau tak 1 Malaysiakan pulak?

Cessss…

Dengan harga rumah yang serba merapu… Ikut  suka dia je nak naik tanpa ada had…

Dengan gaji macam tertera di atas… Kau rasa, mampu orang nak beli rumah?

Mana ada rumah harga RM50,000? Kalau ada, mari khabarkan pada aku!

Paling rendah yang ada di pasaran pon, RM150,000… Jadi kau mahu tengok orang Perak jadi gelandangan?

Kenapa Perak jadi negari seumpama mati?

Sebab si anak muda dah tak betah nak cari rezeki di sini…

Kemudahan asas memang kurang sekali…

Bas? Huh! Paling benci dengan bas Perak Aman Jaya tu… Tak mencukupi… Tak merata-rata di sana sini…

Ada laaa 4-5 buah… boleh dibilang dengan jari.. Sangat tak effektif… Dan sangat selektif…

Jadi, pilihan apa yang anak muda Perak ini ada?

Duduk dengan mak ayah? Habiskan beras tiap bulan?

Nak hulur pada mak ayah pon terkadang ketar jari tangan dan kaki…

Kos hidup sama macam KL, macam Selangor… Tapi, masih… Gaji takat tu jugak…

Pembangunan yang tak seberapa… Dok nak sibukkan Manjung ni dengan segala macam mak datuk… Tapi, gaji had tu, had tu jugak!

Kesian tahu dekat kawan-kawan aku yang tak sempat hujung bulan dah kais-kais….

Aku faham rasa malu mereka bila dah bekerja, dah besar panjang… Masih nak mengadu ngan mak ayah tiada duit dan tak cukup modal buat nak isi minyak kereta…

Tapi, pilihan apa yang mereka ada?

Lepas tu, si balaci bodoh sombong ni…

Ada pulak dia kata, Perak diperintah PR?

Hoh! Kau belajar takat mana? Sejak bila si MB Perak tukar parti?

Katanya, kemiskinan rakyat Perak disebabkan PR yang memerintah…

Hebat laaa PR macam tu… MB Perak dari BN… Tapi, PR yang perintah Perak… Hebat! Hebat! Hebat!

*Clap! Clap! Clap!*

Ntah hape-hape… Kot ye pun tak belajar, bodoh sombong benor nak amik tahu hal politik… Jangan laa membodohkan diri tahap abadi gitu!

Huh!

Benci aku nak cakap dengan orang-orang bodoh ni… Serius!

So, MB Perak… Kau nak kata, untung laaa kau kerja Vale… Tak payah banyak bunyi dekat aku?

Sini… Aku nak cakap…

Aku kesian dekat kawan-kawan aku… Mereka kembali ke Perak dengan harapan nak jaga mak ayah.. senang, sakit pening semua depan mata…

Dah kalau gaji sendiri pon nak buat beli seluar kecik dengan baju kecik pon tak lepas… Apa hal?

Bukan tahap miskin dah… Papa kedana dah!

So, masih nak terkejut terkujat dengan kajian ni?

Nyata laaaa kau sedap-sedap je duduk atas kerusi  tu dengan makanan serba mewah… Rumah besar bertingkat-tingkat… Kereta mewah bagai… Tapi satu benda untuk rakyat sendiri pon kau tak mampu nak bagi!

Dan, kau kata kau terkejut dengan hasil kaji selidik yang aku yakin dah di edit ni?

Kau, sila turun padang! Serius! Turun padang… Tengok masalah rakyat!

Tu belum kira kes budak minum air ketum, ada penguasa pon join kenduri sekali!

Kau tahu?

Kau tahu tak?

Huh! Mesti kau tak tahu jugak!

 

Advertisements

Hak Berpakaian Hak Kami…..?!

seksiseksa

Last week punya kempen dekat company… Tajuk dia, Gender Equality Campaign…

*Heh! Gender Equality sangat!*

Ni bukan nak cerita pasal the said campaign… Ni nak cerita pasal satu point yang diorang stress sepanjang sexual harassment and domestic violence awareness talk.

Diterjemah ke bahasa Melayu, bunyinya lebih kurang begini:

“Tak kisah laaa macam mana pun cara orang tu berpakaian, mereka tak mempunyai hak untuk dicabul atau jadi mangsa sexual harassment!”

“Seksi atau tidaknya seseorang itu, dia bukan objek pelampias nafsu!”

“Nak kata orang seksi saja yang kena raped? Orang tutup aurat pun ramai kena raped!”

Etc Etc Etc…

*Heh!*

Bila pemikiran jadi terlalu liberal… Lepas tu, nak meletakkan salah 100% pada nafsu, bukan pada diri sendiri yang terbuka sana sini baju!

Which is, terbukak sana sini baju tu pun akibat setan dan nafsu diri sendiri jugak… Kan?

Lepas tu, bising-bising canang kata… Hak Berpakaian Hak Kami!

Masih terngiang-ngiang dekat telinga yang si pembagi ceramah tu berkata begini:

“Tak ada siapa boleh ajar orang cara berpakaian… Hak berpakaian hak individu!”

Ohhoi! Cik kak!

Nasib baik laaa kau not-yet-muslim lagi… So, aku maafkan laaa jugak… Sebab kau tak faham… Dan, aku rasa kalau aku bersuara pun, belum cukup ampuh aku nak melawan kau…

Tapi, bilamana si Muslim, yang namanya berbinti… Turut berkata phrase yang sama?

Tak payah pergi jauh… Cukup laaa dengan kenyataan retis-retis kita di Malaysia ni ha…

Ikot laaa depa nak pakai apa pun, asalkan pakai baju, katanya…

*D**n!*

Kalau macam tu, meh aku bagi hujah kat hang…

Hang punya rambut tu, hak hang ka, hak Allah?

Hang punya dada membukit tu, hak hang ka, hak Allah?

Lepaih tu, hang punya lengan, kaki yang stok pakai sampai nak nampak pangkal dada, pangkal paha tu… Hak hang ka, hak Allah?

*Uish~ Awat aku cakap basa oghang utagha?*

*Cik Ta laaa ni kot yang rasuk aku?*

*Gelak kejam*

Bukan main lagi dok nak cakap kat seantero dunia, semua yang ada dekat badan tu, hak dia… Tak de sape boleh kacau…

Woi! Tu sebab laaa Allah suruh kau tutup aurat…

Nak bezakan kau dengan orang jahiliyah…

Kenapa perempuan Kristian dekat biara tu pakai serupa lebih kurang orang Islam?

perempuan biara

perempuan biara

Pakai tudung, tutup leher, labuh baju sampai ujung kaki… Kalau orang tengok dari belakang, sebijik macam Muslim… Sebab tutup dari hujung rambut sampai hujung kaki…

Sebab, diorang tiru orang Islam…

Sejarah membuktikan kak, oi!

Masa zaman Abbasiyah… Waktu Baghdad ada Baitul Hikmah yang memuatkan hampir sejuta buku tu…

Masa tu, Barat dalam zaman kegelapan… Kau tahu apa yang dia pandang pada masyarakat Muslim yang menguasai 2/3 dunia masa tu?

Mereka memandang Islam pada aras tertinggi… Rasa perempuan Islam sangat indah sebab tertutup litup… Sangat dihormati dan disantuni… Sebab hanya muka dan tapak tangan saja yang kelihatan…

Tapi, adakah dengan bertutup aurat tu menghalang perempuan Muslim era Abbasiyah ini, hidup mundur?

Tidak sama sekali!

Kemudian, setelah Kerajaan Abbasiyah ditakluk si bodoh Mongol, kebanyakan buku di Baitul Hikmah dijadikan jambatan semata-mata kerana si Mongol nak lalu atas sungai…

Kemudian, Perang Salib pun berlaku… Yang mana dalam perang salib ni, pihak Kristian Berjaya menakluki Al-Aqsa… Dan habis buku-buku ilmiah zaman Baghdad yang bersisa dari dibuat jambatan si Mongol diambil dan diterjemah mereka.

Dari situ, mereka aplikasikan pakaian bertutup litup untuk perempuan-perempuan biara mereka, agar mereka dipandang tinggi dan dihormati…

nun vs muslimah

nun vs muslimah

Tengok!

Sedangkan si Kafir Harbi tentera Salib pun mengaplikasikan pakaian bertutup litup gaya muslimah bertakwa… Inikan pulak kalian yang dah memang Muslim…

Ooopsss… Muslim warisan.. Muslim atas kad pengenalan!

*Na’uzubillah~*

Dan rasanya, dunia ini memang sudah makin terbalik…

Yelah, bilamana mereka ini dinasihati… Mereka hanya berkata…

“Aku tahu hukum… Tak payah nak nasihatkan aku…”

Kak, awak tahu hukum, tak bermakna awak faham hukum, kak…

Tahu dan faham adalah 2 benda yang berbeza ye, hadek-hadek…

Orang yang tahu hukum Islam, belum tentu dia faham hukum Islam…

Contoh:

A pakai tudung, dia tahu dia kena pakai tudung kalau tak dia masuk neraka… Tapi, dia still pakai baju baby, baju tak cukup lengan, blab la bla…

B pakai tudung… Bukan sebab semata kena pakai tudung sebab Allah suruh… Tapi, sebab dia pakai tudung, dia rasa selamat… Siap pakai handsocks and stoking… Baju biasanya 2 size dari badan dia yang memang slim… Sebab dia tahu, badan dia tu bukan untuk tontonan umum… Hak exclusive bakal suami je nanti…

So, antara A dan B, siapa yang tahu, siapa yang faham?

A – dia tahu tapi dia tak faham…

B – dia tahu dan dia faham…

Sama jugak kes nya, bilamana seorang not-yet-muslim mengaku dia tahu Islam… Serius, dia sekadar tahu… Tapi, dia belum lagi tahap faham!

Yup, dan aku rasa aku pon belum laaa tahap nak faham lagi…

*Sentap*

Dan isu sekarang ialah isu ‘Hak Berpakaian Hak Kami’…

Mak Jemah sekalian…

Isu hak berpakaian ni, hak berpakaian ni , bukan hak korang pon sebenarnya…

Hak berpakaian hak Allah… Allah dah tetapkan dalam Qur’an…

An-nur, 31

24:31 Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Dalam Ayat ni, Allah dah gariskan beberapa point penting…

  1. Menahan pandangan dan kemaluan
  2. Menyembunyikan perhiasan (kecuali dengan lelaki yg muhrim)
  3. Menutup kain kudung ke dadanya

Menahan pandangan dan kemaluan

Kan ada pepatah kata, dari mata turun ke hati? Dari hati turun ke…..?

*Fikir-fikirkanlah…*

Perempuan ni, Allah kurniakan dia sepasang mata yang cantik dipandang lelaki…

Well, actually… Segala-gala yang ada dekat badan perempuan ni, cantik…

*Pheeewwww~*

Sebab cantik laaa, Allah suruh kita jaga pandangan jaga kemaluan…

Menjaga pandangan as in, menjaga adab…

Tak perlu laaa, mata tu macam helang… Sana sini nak pandang..

Oh, zaman teknologi ni… Snap je gambar, masuk dalam IG…

Even, yang baru belajar berniqab, masih tak faham fungsi niqab pun, kecoh nak tangkap gambar.. Show off pada dunia…

Sudahlah mascara bertingkat-tingkat, color mata macam gaya bulu merak… Dengan niqab tu… Serius tak sesuai..

Gamaknya, berniqab sebab seronok semata… Tak faham pun fungsi niqab tu untuk apa sebenarnya…

Kamu jagalah diri kamu… Tolong aku rayu…

Sungguh… Kalau bukan korang yang memanggil-manggil lelaki durjana berhidung belang tu mendekati… Ia takkan jadi…

Stop laaaa buat mata kuyu nak mintak penampar, atau mata sedih gaya nak mintak sedekah dalam mukabuku..

Sudahlah mengundang kontroversi… Malah, ia mengundang nafsu berahi…

Sebab tu laaa orang berniqab pon, adakala orang pandang macam tak pandai jaga maruah diri…

Semua tu bakal jadi fitnah pada diri kamu…

Mata kamu tu, Allah punya… Habis pinjam, Allah Tanya…

Tak percaya?

Menyembunyikan perhiasan (kecuali dengan lelaki yg muhrim)

As stated on the said ayat… Lelaki yang boleh dipertontonkan perhiasan adalah:

  1. Suami
  2. Ayah
  3. Ayah Mertua
  4. Anak-anak lelaki
  5. Anak-anak saudara lelaki
  6. Wanita
  7. Hamba (tak applicable pada zaman ni, sebab tak de istilah hamba lagi untuk domestic helper)
  8. Anak kecil yang belum tahu/mengerti tentang aurat.

Perhiasan pulak as in rambut dan apa yang ada pada badan korang tu…

*Errr… Faham2 sendiri*

So, kalau nak pakai baju baby, boleh laaa depan hubby…

Tapi, kalau sengaja nak pakai depan lelaki lain…. Kau memang sengaja cari maki…

Tahu tak, lelaki yang tak suruh isterinya menutup aurat, lelaki itu dibilang lelaki dayus?

Lelaki dayus ni, dia tak cium bau syurga…

Jadi kewajipan para suami, para ayah, dan adik-beradik lelaki untuk jaga kehormatan perempuan-perempuan dalam keluarga mereka…

Macam mana nak jadi keluarga yang dihormati, kalau aurat sendiri pun, tak rasa perlu dihormati?

Tak ke?

Menutup kain kudung ke dadanya

Allah tak suruh kalau tak bersebab, dik non…

Yelah, dok membangak kata tak sampai seru laaa, belum bersedia laaa…

Ohhoi! Seruan menutup aurat ni, Allah dah bagi 1400++ tahun yang dulu…

Belum bersedia? Orang yang dah meninggal masuk kubur tu, kebanyakannya belum bersedia nak masuk sana lagi…

Tapi, aku yakin… Korang sebenarnya memang nak tutup rambut korang yang cantik, tangan korang yang putih gebu dan kaki korang yang serba anggun tu…

Tapi, yelah… Kadang-kadang factor hasutan tak nampak tu lagi jelas dari hasutan kebaikan yang datang kan?

Tak pe… Korang boleh mula slow-slow…

Sape plak kata kalo nak tutup aurat kena terus pakai tudung labuh, pakai niqab?

*aku pon tak berniqab*

Korang boleh try dengan pakai baju labuh, longgar-longgar… Tak payah nak tayang sangat asset nilai jutaan matawang yang ada dekat badan tu… Tu memang hak exclusive hubby korang…

*If you know what I mean*

Cik kak… Lelaki durjana yang hatinya gelap dihasut setan, sekarang ni, dia mana heran muka kau lawa ke tak… Asal dia dapat je, dia ngap!

So, tak salah, kalau korang cuba hormat diri korang dengan bertutup litup labuh-labuh dulu… baju biar longgar…

Sebab, aku rasa cam rimas je kalau pakai baju ketat-ketat melekap kat badan…

Ke, korang rasa hebat pakai baju melekap-lekap?

*Heh!*

Hikmah besar menjaga pandangan ni adalah selain mengelakkan zina mata… Ia juga menggalakkan korang ingat, Allah tu nak jaga perempuan Muslim… Sebab tu dia suruh perempuan pakai labuh-labuh…

Sebab tu Allah state kan dalam ayat dekat atas dengan permulaan menjaga pandangan dan kemaluan… Sebab dari mata turun ke hati… Dari hati turun ke….?

*hohoho… Korang faham aku rasa…*

So, kempen Hak berpakaian Hak Kami tu… Memang irrelevant laaa kalau nak dibuat bahan hujah…

Sebab, hak berpakaian tu hak Allah…

Tak de laaa korang kuno pon kalau korang pakai baju labuh, tudung labuh semua…

Member aku siap ada PhD bagai lagi… Tak de pon dia tu mundur stok kuno…

Nak bercerita pasal fesyen bla bla bla pon boleh… Tak de laaa sampai tak tahu hal ehwal semasa…

Kita settle kan hak Allah, Allah akan mudahkan rezeki kita…

Simple equation! Tapi, itu pun masih ramai nak menegakkan benang yang basah..

So, argument invalid ye, kalau masih nak tegakkan kempen Hak Berpakaian Hak Kami tu!

Sebab…

HAK BERPAKAIAN, HAK ALLAH!

*Sambil pegang sepanduk*

*Sengih*

 1_520499223l

Karutan,
Syafiqah Sham.

Malaysia Tanah Air Tercinta!

Ketirisan melata-lata…

Laporan audit yang tak habis ku baca.. Sebab sebak menghantui diri… Kepala tepu dengan rasa entah apa…

Apa nak jadi dengan Malaysia ku ini?

Katanya Negara Islami.. Mendukung konsep wasatiyyah…

Tetapi…

*kesat air mata*

*meludah ke tanah*

Rasanya, ini semua hanyalah dongeng kerajaan Fasola yang sudah berkubur sekian lama…

Sungguh aku sebagai rakyat marhaen dari kelas bawahan…

Yelah, aku tak punya asset hingga 2-3 juta Ringgit Malaysia duitnya dalam bank…

Aku tak punya rumah banglo sampai 2-3 buah…

Juga aku tak punya kereta Mercedes mahupun BMW untuk melayakkan aku menjadi rakyat kelas tengah!

Sungguh kerajaan Fasola ini sungguh jelik pimpinannya… Terasa macam ditekan hingga kemek kontang rakyatnya…

Aneh kerajaan Fasola ini… Bila asset polis hilang berjuta-juta, katanya itu semua tiada… Bila gari-gari untuk menangkap penjenayah hilang berguni-guni, katanya, ia bukan apa-apa… Agaknya, mereka memberi zakat fitrah dengan gari dan asset polis bernilai juta-juta itu?

Aku sangka, syarikat saja punya urus tadbir papa kedana, punya urus tadbir yang serba tak kena…

Rupanya, kerajaan Fasola ini, lebih nyata… Lebih hebat… Dan lebih ummmphhh katanya…

Huh!

Aku jadi serba salah…

Aku jadi serba benci nak menghadap dunia…

Malu aku bila Mark Zuckenberg dikatanya pemilik Twitter dalam tulisannya…

Malu aku bila pemimpin no 1 negara kerjanya update Facebook dan Twitter tak kira masa…

Malu aku, bila ada pula yang turut sama menyokong kerajaan Kudeta Mesir dan Basyar di Syria…

Katanya, rakyat usah ngada-ngada… Nanti jadi seperti mereka…

Katanya, rakyat harus bersyukur sentiasa… Kerana mereka guna dana untuk kepentingan bersama!

Katanya, sudah-sudah laaa… Nanti ku beri BR1M sampai dua!

Aneh kerajaan Fasola ini…

Aneh…

Sungguh, keanehan ini bukan jadi-jadian…

Maaf, aku tetap menuntut hak aku dan seluruh rakyat yang rasa dinista dan diinjak di akhirat sana…

Masa tu, kau tak punya masa nak kisahkan berlian harga berjuta, atau asset nilaian harta…

Kerana, kau, aku dan mereka… Semua bogel belaka…

Nah!

Saat itu… Mana kau mahu letak muka…

Bila ditayang satu-satu bagai drama..

Kau jawab laaa..

Aku hanya diam saja…

Sebab ku punya Dia yang Maha Kuasa…

Kerana aku yakin, Dia ada…

Bangunan pencakar langit nilaian juta-juta... Sungguh, apa ertinya pada mata aku, rakyat kelas rendah...

Bangunan pencakar langit nilaian juta-juta… Sungguh, apa ertinya pada mata aku, rakyat kelas rendah…

Nota Hujung Jari,
Syafiqah Sham
Teluk Rubiah.

Luar Biasa Negara Ini…

Luar biasa negara ini
Kehilangan senjata berguni-guni
Ketua Polis Negara amat meyakini
Senjata hilang dilautan dalam sukar diselami

Luar biasa negara ini
Amalan rasuah dijadikan seni
Cedok sana cedok sini
Kalau boleh sampai ke perut bumi

Luar biasa negara ini
Rakyat bawahan dianggap kuli
Pak Menteri kerjanya suka membuli
Sapu duit sampai Bertroli-troli…

Luar biasa negara ini
Anak Menteri minum todi
Pak Menteri tokey Judi
Ini semua salah Machai Bangang Abadi

Luar biasa negara ini
ada menteri takut bini
Tapi dengan K-pop sayang sekali
Kalau boleh nk jemput lagi…

Luar biasa Negara ini
Mempunyai rakyat berstatus machai abadi
Fikirannya serupa orang mabuk Todi
Elok tadah dahi bagi gerudi

Luar biasa negara ini
Amalan membazir dianggap mini
Semuanya untuk keuntungan kroni
Apatah lagi kalau bukan untuk Bini…

Luar biasa negara ini
Bila harga minyak dinaikkan lagi
Dibilang cuma kurangkan subsidi
Disuruh diam disogok BR1M dua kali

Luar biasa negara ini
Bila BR1M diberi heboh sana sini
Jumlahnya boleh dihitung dengan jari
Bila tiba PRU diminta balas Budi..

**Kredit untuk Saudara Khairul Anwar**

Memang, Malaysia tersangat laaaaaa luar biasa! Luar biasa gila!

Entah bila laaaa Menteri-menteri mahu jadi si cakna!

526462_620430454673750_1406871255_n

Sudah laaa begitu…Segala tindakan tidak bijak pak-pak menteri ini, didukung dengan membuta tuli oleh mereka yang konon berlagak ahli!

Hei! Kau ibarat si Tuah yang mendukung pemimpin membuta tuli hingga membunuh Jebat sahabat sendiri!

Sudahlah salah konsep… Bukan TV3 yang memberi rezeki… TV3 hanya penyalur saja… Pemberi rezeki dan rahmat, hanya Allah laaa jua…

Bilamana, pemimpin yang ada tidak bersikap mahu mendidik.. Tapi, pemimpin lebih suka membodohkan, memomokkan malah menakutkan rakyat dengan entah hape drama dan juga kenyataan…

Ya Salaam…

Sesungguhnya, ada balasan buat kalian… Tidak di dunia… Kami tuntut ia di akhirat…

Berhentilah membodohkan diri dan rakyat!

Ini tulisan si bodoh penyokong hak rakyat…

Ya, aku nampak bodoh pada mata si macai sebab menyokong hak rakyat…

Tiada apa-apa… Sebab hanya Allah yang Maha Menilai…

Bukan Tun M, bukan Dato’ N, dan bukan Datin Paduka R…

Harap maklum…

Nota Hujung Jari,
Syafiqah Sham
Teluk Rubiah.