Ini Sejarah Kita: Part 1 – Sunnatullah.

(Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) “Sunnatullah” (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.

(Al-Fath – 48:23)

Sunnatullah – peraturan Allah…

Kita lahir di dunia, membesar, dewasa adalah sunnahtullah.

Takat didih air juga sunnatullah.

Ulat beluncas yang hodoh bertukar menjadi rama-rama yang cantik juga sunnatullah.

Dan, sekian banyak perkara yang berlaku di atas muka bumi ini, semuanya berdasarkan sunnatullah, yang dah tertulis, tersimpan kejap dalam Loh Mahfuz.

Kan?

Naik turunnya Islam – bermula dengan asing, berakhir dengan asing – juga sunnatullah.

Malah, hingga sekecil-kecil atom/zarah juga bergerak berdasarkan sunnatullah.

Hatta ,kau kahwin, mati, hidup, beranak-pinak etc, juga atas pentadbiran Allah – masih, sunnatullah!

Jadi, tak perlu laaa dok Tanya bila orang nak kahwin dan dengan siapa…

*Eh?*

Jadi, bilamana mereka mempersoalkan kedaulahan Islam di dunia pada masa kini, adakah mereka mempersoalkan Sunnahtullah yang Allah dah tetapkan ini?

Hmmm…

Rasanya, kerana kurang ilmu, kurang pembacaan, malah kurang daya nak mengkaji tu yang buat orang menyoal soalan yang bukan-bukan…

Eh, tidaklah bermakna kita perlu berserah je… Biar je… Yelah, nanti-nanti Islam menang jugak! LOL!

Malu ah… Islam menang, tapi, nama awak bukan salah seorang yang menjadi pembawa Islam ke tahap Ustaziyatul Alam tu… Tak ke?

Sunnatullah… Sejarah yang dah berlaku dalam dunia ini, bukanlah suatu kebetulan semata-mata, melainkan ia merupakan setiap peristiwa yang telah tercatat menurut sunnah Allah s.w.t semata-mata.

Kebangkitan, kejatuhan juga pergerakan bawah tanah Islam, semuanya sudah Allah tetapkan.

Dan, memang sudah sunnah Allah Islam itu kembali asing di akhir zaman.

Tapi…

Ia bukanlah alasan untuk kita jadi manusia yang bersikap tunggu dan lihat…

Tunggulah, nanti ada orang yang akan jadi Sultan Al-Fateh era moden…

Tunggulah, nanti Allah pasti akan turunkan hambaNya yang bertakwa untuk jadi seperti Salahuddin Al-Ayubi..

Tunggulah… Nantilah..

Bukankah Allah kata kita perlu berusaha sebelum bertawakkal sepenuhnya pada Allah?

Banyak mana usaha kita?

Banyak mana dakwah kita?

Takkan nak tengok je, jadi pemerhati? Jadi si bisu? Atau jadi si buta yang hilang tongkat? Hanya tunggu orang datang pimpin?

Kenapa bukan kita yang jadi agen penggerak ke arah sunnatullah yang membawa kemenangan Islam satu masa nanti?

Kalau sekadar nak jadi keyboard warrior, kalau setakat tahu bashing di mukabuku, atau bashing di laman blog tanpa daya usaha yang jitu secara langsung dengan badan-badan dakwah yang bergerak aktif…

Rasanya, boleh muntah-hijaukan diri anda sendiri!

*Eh, emosi pula*

Kerana, sunnatullah itu pasti…

Islam, satu ketika dulu pernah mentadbir 2/3 dunia. Ketika bangsa Rom, Parsi, Greek, India dan China tenggelam dalam akhlak kotor dan kalut mereka.

Islam, pada ketika ia mentadbir 2/3 dunia, digeruni dan menjadi kayu pengukur pada tamadun Eropah berkembang biak seperti sekarang. Pimpinan khilafah disegani dan dijadikan sebagai pedoman mereka. Tatkala Islam menjadi serba tinggi dan menjadi sumber rujukan dunia.

Ya, Islam itu yang pernah menghasilkan pemimpin-pemimpin hebat seperti Sultan Ahmad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan ramai lagi. Malah melahirkan para ilmuwan terbilang yang dikenali hingga kini. Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan lain-lain.

Dan, kerana sunnah Allah, Islam jatuh jua… Kerana kepincangan akhlak umat Islam itu sendiri yang leka dan alpa.

Tapi, masih, ia bukan satu kebetulan. Ia masih di bawah pentadbiran Allah Yang Esa semata-mata.

Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.

(Ibrahim – 14:27)

Dan, masih juga, samada kau baik, atau kau jahat, kau kafir atau kau muslim, kau kaya atau kau miskin, semua itu sunnatullah yang telah Allah tetapkan.

Dan sesungguhnya telah Kami binasakan orang yang serupa dengan kamu. Maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?

(Al-Qamar – 54:51)

Dan, telah Allah katakan, seharusnya, setiap yang jadi sejarah itu, harus kita teladani dan ambil iktibar. Bukannya dengan berserah membabi-buta tanpa daya usaha yang ampuh dan jitu.

Ohhoi!

Mari jadi seperti mereka semua. Mari membina diri menjadi Individu Muslim yang mampu menyumbang kepada Baitul Muslim dan Masyarakat Muslim. .Tangga menuju Daulah Islam, dank e arah Khilafah Islam itu, sangat panjang. Apatah lagi menjejak ke tangga Empayar Islam sebelum kembali bergelar Ustaziyatul Alam.

Benar, ia sunnatullah.

Tapi, tak mahukah kita jadi salah seorang penyumbangnya?

*Wink, Wink, Wink*

Wallahu’alam.

 Picture 192

Sumber rujukan:

  1. Daurah IKRAM – Ini Sejarah Kita (5 Oct – 6 Oct 2013)
  2. Ini Sejarah Kita by Thoriq Ahmad
  3. Al-Qur’an